Hobinya semasa kecil ialah memukat ikan, menjala ikan dan menangkap burung. Sejak kecil lagi beliau telah berjinak2 dengan senapang laras datuk aku. Tidak aku sangka pemergiannya pada senja aidilfitri ketiga itu setelah beliau menjala ikan dan menembak burung di kampung kami, kampung alor belat. Beliau pergi dalam keadaan gembira hingga akhirnya kata adik ipar aku yang menemaninya petang itu.
Dia mula berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di pejabat tanah kota setar dan akhir perkhidmatannya di pejabat daerah kota setar sebagai seorang pegawai daerah. Sejak dia bertukar ke pejabat daerah kota setar, aku berasa tak sedap hati kerana terasa sesuatu akan berlaku padanya.
Selalunya dalam walet aku ada habih banyak rm200 tapi tak tau kenapa menjelang minggu2 nak raya aku menghimpun sebanyak2nya duit pecah rm5, rm10, rm50 dan rm100 sampai beribu2 duit di dalamnya. Rupa2nya nak buat sedekah orang solat jenazah dan pengurusan jenazah abah.
Sebelum dikebumikan, ramai sungguh yang melawat jenazahnya termasuk kdymm sultanah kedah dan yab mb kedah. Solat jenazahnya penuh masjid lahar budi sehinggakan dilakukan sebanyak 5 kali.
Pemergiannya sungguh mengejut. Kini sebagai anak yang sulung beban yang ditanggung amat hebat untuk mengendalikan dua keluarga yang ditinggalkan. Moga2 ahli keluarga semua sepakat melaksanakan wasiatnya.
Semoga rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah...