Tuesday, October 23, 2012

Tiga minggu yang ada mesyuarat



Minggu ni minggu pendek, isnin dan selasa bebudak periksa. Rabu bebudak pi lawatan kat lenggeng, khamis dan jumaat cuti bersempena dengan raya haji. Aiseh, mawar punya sekolah cuti hari isnin minggu depan tapi aku sekolah pulak isnin tu. Tak apalah, boleh dia kemas rumah nanti.

Agak sibuk dengan mesyuarat tiga minggu ke belakangan ni. Awal bulan mesorat di negeri hang tuah bertempat di hotel naza talyya. Malam2 habih mesorat terus balik ke seremban. Sampai rumah anak dah lena dan bila bangun pagi nak ke melaka anak masih lena lagi. Sempat lagi pagi isnin 1 haribulan tu pi servis kereta. Pomen siap warning tayar kereta dah botak, dah kena tukar tu bang. Duit lagi, ha ha ha! Mesorat macam biasa la boleh jumpa kengkawan dan kena buat benda2 yang lebih susah daripada pi sekolah. Petang hari pertama tu sempat melilau sekeliling hotel dan makan dekat kolej mara berhampiran hang tuah mall. Pekena kuetiau goreng sepinggan di arked mara di situ. Rasa muda balik makan dikelilingi bebudak kolej. Malam tu bila balik seremban, gps tak guna tu telah membawa aku balik ke seremban ikut jalan lama iaitu masuk lebuh raya plus di plaza tol simpang empat. Patut la tak jumpa pintu gerbang yang dekat plaza tol ayer keroh tu sampai sudah. Esoknya bila nak balik seremban ikut plaza tol ayer keroh, aku key in hotel kings baru la ikut jalan yang aku nak. Gps ni kadang2 dia cari jalan terdekat bawa jalan tah ke mana2.




 Hari ahad 7 Oktober pula kami bertiga memenuhi jemputan kenduri kawin adik pak busu khairul di muar, johor. Hanya berpandukan gps yang kadang2 boleh pakai, kadang2 tak boleh harap akhirnya sampai juga ke kampung parit amat kalau tak salah. Di rumah kenduri kami turut berjumpa dengan keluarga pak long yunus dan keluarga pakcik radhi. Time balik singgah di pekan muar mencari mee bandung yang sedap. Menurut kawan saya, cikgu talib yang dihubungi petang tu, yang sedap sekali ialah mee bandung abang sayang di stesen bas setempat. Mula2 tersesat ke stesen bas ekspres tetapi atas panduan penjual surat khabar di situ maka kami pun menuju ke stesen bas yang satu lagi satu tu iaitu dekat dengan balai polis. Mula2 order satu pinggan dulu, dah sedap tambah satu pinggan lagi dan bungkus dua untuk bawa balik makan kat rumah. Satu yang tak best di pekan muar tu ialah kat pekan dan stesen basnya dah penuh dengan warga asing nepal, bangla, indon dan tah apa2 lagi bersidai merata tempat hingga takut kami nak berjalan kaki. Time balik kami singgah tangkak sebentar melawat mak saudara mawar iaitu busu faridah. Kalau nak tau busu faridah ni meniaga nasi lemak berhadapan bank rhb tangkak. Punya suka dia berniaga, hari raya puasa ketiga dah buka balik meniaga. Sempat juga merasa sambal sotong yang dia masak petang tu sebelum balik. Paling best hanan la sebab sempat pegang tayar basikal mountain bike hingga terbalik petang tu. Nasib baik tak timpa dia. Dia sekarang dah lasak, tunggu masa nak boleh berjalan saja.


 9 hingga 10 Oktober pula aku berulang-alik ke dbp kuala lumpur. Kali ni jadi pembaca luar untuk buku kaimal tahun 3. Tahun 1 penulis, tahun 2 penilai, tahun 3 dah jadi pembaca luar. Tahun 4 mungkin tukar team masuk geng bbt pulak kot. Dalam bengkel kali ni salah seorang panelnya ialah cikgu siti zaiton yang merupakan ketua bidang teknik dan vokasional semasa aku mengajar di setapak dulu. Kini dia dah berjawatan guru cemerlang bahasa melayu dg48 di salah sebuah sekolah rendah di kuala lumpur. Sayang juga pengalaman bertahun2 di sekolah buta mungkin hilang begitu sahaja kerana dia turun ke sekolah rendah dan mengajar budak biasa. Jika bpkhas menyediakan peluang cikgu2nya naik ke jawatan guru cemerlang di sekolah atau program pendidikan khas mungkin kehilangan tenaga kerja yang berbakat tinggi sepertinya tidak hilang begitu saja. Buat kerja dengan dbp yang bestnya ialah kerjanya mencabar, kalau tak tahan sabar mungkin kita lompat naik atas meja lawan editor atau orang bbt sendiri bila kita bertelagah pendapat. Ha ha ha! Mesyuarat di dbp juga best pasai waktu makan tengah hari biasanya akan makan di kafenya dan dah siap terhidang makanan atas meja makan dan kita tak perlu beratur panjang2 makan bufet. Takat ni makan kalau mesyuarat di dbp tak pernah tak sedap. Bagi cikgu2 yang mengajar di sekolah atau program ppki buta, saya cabar cikgu2 untuk apply jadi penulis atau penilai buku kaimal bagi mempelbagai persembahan buku kaimal untuk tahun2 akan datang. Jangan hanya pandai kondem di facebook atau media2 sosial, buat sendiri baru tahu.

 13 Oktober kami bertiga ke klang melawat mak lang lela dan pak lang nazrul hanan. Selain itu nak tukar tayar kereta wira aku yang dah botak. Bila dah masuk kedai tayar macam biasa la, itu rosak, ini rosak, itu kena tukar, ini kena tukar, ini senget, itu bengkok, ini pekak, itu badak, baik tukar saja kereta baru. Nasib baik pak lang hanan dapat rekemen kedai yang harganya lebih murah daripada kebanyakkan kedai di klang. Pak lang hanan juga sanggup meninggalkan sebentar kursus yang dihadirinya tengah hari tu dan datang ke kedai untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Dapat la aku pakai tayar baru cap yokohama dengan rim 15 yang baru. Takat ni berjalan ke ipoh untuk hadiri mesyuarat dan juga pi makan malam di port dickson baru ni semuanya kira ok. Balik petang tu sempat pulak singgah di pasaraya gm yang baru kat klang tu. Banyak sungguh barang yang dijual pada harga borong. Tapi yang paling best ialah kipas lapan bilah yang setiap satunya sepanjang bilah helikopter yang tergantung di siling pintu masuk pasaraya tu.

 15 hingga 18 oktober aku bermesyuarat lagi dengan bpkurikulum di hotel heritage ipoh. Kalau kira hari mesyuarat, dah 30 hari rasanya berada di luar sekolah. Yang program2 sukan atau ko-kurikulum tak kira lagi tu. Mesyuarat tu mulanya aku ingat tak payah pi dah pasai dari hari jumaat membawa ke habih time sekolah isnin tu tiada surat panggilan yang diterima. Petang isnin tu tengah melayan hanan main tiba2 sms diterima, “Hang mai tak mesyuarat ni? Aku dah register satu bilik dengan hang.” Maka petang tu baru la aku tau bahawa mesin faks sekolah aku dah rosak. Ish ish ish... Maka petang isnin tu pegawai berkenaan bertungkus-lumus memastikan surat panggilan mesyuarat sampai ke sekolah. Pagi selasa pi sekolah dulu menyetelkan kad jemputan barbeque ppki untuk diberi kepada pentadbir sekolah. Setel baru drive. Bila balik rumah nak ambil beg baju, mawar masih ada di rumah kerana dia jaga pmr di sekolah set pengambaran lagenda budak setan (syaitan) tahun ni dan giliran dia jaga paper ialah paper lewat sikit hari selasa tu. Setelah makan nasi lemak maka aku pun berangkat la dengan bekalan air beku, twisties dan buah limau, kiwi dan plum yang dipotong mawar. Time drive sekarang ni aku tak rasa macam dulu2 dah, mengantuk memanjang. Nasib baik ada bekal makanan dan minuman sambil drive. La ni nak bawa keta laju2 pun tak boleh dah ada speed trap aes 24 jam. Cerita pasal hotel heritage, aku rate dari segi layanan dan makanan agak baik. Hotel pertama yang menghidangkan quaker oat untuk sarapan pagi. Pilihan makanan juga banyak. Sayangnya semasa proses perkumuhan di jamban bilik penginapan hotel masalah akan timbul kerana tiada paip getah untuk digunakan semasa mencebuk. Ada kalangan kami mengambil jalan yang mudah menahan air dalam bath tub, lama juga tu nak penuh. Katanya biar melambung bil air hotel. Bila dah mesyuarat tak ada ke mana2 dah. Kalau ada sesi “kajian lapangan” pun biasanya aku berehat saja dalam bilik, jarang la cari ole2 dibawa balik kerana time mesyuarat jarang bawa duit banyak. Kalau yang ada beli ole2 bawa balik pun semasa mesyuarat di langkawi iaitu beli ceklat. Waktu drive balik ke seremban aku beruntung kerana ditemani dua orang member yang nak turun di putrajaya, tak la mengantuk semasa memandu kerana ada cerita nak dibualkan. Salah satu cerita yang dikongsikan ialah berkenaan salah seorang daripada mereka yang sedang menyiapkan tesis masternya berkaitan murid deaf blind. Rasa kasihan sahaja tak membantu mengisi perut yang lapar dan cerita member aku, murid yang menjadi subjek kajiannya telah mempelajari isyarat tangan deaf blind dan kini mempelajari refleksologi di salah sebuah institusi kerajaan. Dia berpengalaman ke negara matahari terbit dan bertemu sendiri dengan seorang professor yang deaf blind. Dengan teknologi semua orang boleh belajar. Teknologi pula pantas berkembang dan boleh mengakibatkan kita cepat obselete, baru aku nak pakai windows 7 dan office 10 dah keluar pulak windows 8 dan office 13.