Ini merupakan posting pertama dengan menggunakan tab yg aku menangi dlm cabutan ssp bsn februari 2013 yg lalu. Baru dapat 2 minggu lepas melalui kurier ke sekolah. So far ok saja. Bila guna sebagai telefon tak ada privasi kerana ia menggunakan pembesar suara, semua orang kat tepi boleh dengar perbualan kita.
Ini pun tak abih migrate data dari telefon nokia c3 yang lama lagi. Mungkin akan buat time cuti sekolah ni kot. Telefon nokia c3 masih diguna untuk kalau travel jauh kerana payah sungguh nak jawab telefon dan tulis sms semasa semasa memandu. Heh heh heh, memandu sambil pakai telefon adalah salah dari segi undang2.
Minggu terakhir sebelum cuti sekolah aku menghadiri mesyuarat dengan bpkurikulum di hotel seri petaling kuala lumpur. Mungkin mesyuarat terakhir dengan mereka untuk tahun ini kerana mesyuarat akan datang pada penghujung jun aku akan terlibat sebagai ajk karnival permainan pendidikan khas kebangsaan yang akan berlangsung di port dickson. Sebagai penyelaras dokumentasi dan buku pertandingan, semua kerja hanya berlangsung dalam minggu sebelum dan minggu berlangsungnya karnival. Jadi pada kengkawan ahli mesyuarat sorry la den tak dapek la nak tolong kali ni.
Dalam cuti sekolah ni pun aku akan menghadiri satu mesyuarat dengan dbp. Tarikh tak boleh la bagitau kerana kalau orang tau ia akan memberi ruang kepada penjenayah menganiayai kita. Walaupun ada security yang ronda rumah kita, penjenayah kerap study pattern pergerakan kita. Dunia sekarang macam2 boleh berlaku dan kita harus berikhtiar dan berdoa memohon perlindungan kepada Allah. Kali ni katanya nak buat mesyuarat readers buku kaimal tahun 5. Alhamdulillah, baru saja rasanya semalam ditimpa hujan ketika pulang bermotosikal bermesyuarat untuk membuat kurikulum tahun satu pada tahun 2009 di putrajaya, dah nak terbit buku tahun 5. Kurikulum tahun 6 pula kurikulum dah siap tinggal lagi nak buat modul, untuk bahagian tmk daripada 3 bab, 2 dah siap dan tinggal bahagian powerpoint untuk dibuat pada mesyuarat akan datang. Penulis bahagian tmk tahun 6 kelak boleh ambil modul kami buat untuk buat buku teks. Untuk murid2 kita tak ada istilah berkira, jaws pun kami kongsi, ha ha ha!
Mesyuarat baru ni paling best buat part tmk. Ada tiga pakar ict cacat penglihatan iaitu cikgu zakaria dari smpk setapak, cikgu yusuf dari smk vivekananda dan cikgu hafiz dari sjk jalan hamilton. Kejap saja 2 modul dapat disiapkan.
Menghadiri mesyuarat kali ini bermakna aku terpaksa tidak menyambut sambutan hari guru peringkat sekolah. Tahun ini grand sambutannya, pada pagi ada baca yassin, lepas tu ada sukan rakyat, lepas tu ada pula majlis sambutan persaraan 2 cikgu dan seorang cikgu cuti tanpa gaji dan diakhiri dengan majlis hi-tea di royal bintang. Huuu hebat sungguh.
Berbalik kepada cuti sekolah inilah timenya untuk cikgu2 berehat daripada datang ke sekolah. Tapi tak juga kerana ada juga yang kena datang ke sekolah siapkan pbs, buat kelas tambahan, latih budak olahraga dan seribu satu macam. Aku sendiri nak kena juga datang ke sekolah untuk hantar return pendidikan khas sekolah. Gitu la kerja cikgu2 zaman sekarang.
Hari jumaat cuti wesak baru ni kami bertiga serta ahli keluarga isteri ku telah konvoi 3 kereta ke desaru, jb dan jpo. Sorry la tak ada gambar untuk dishare kerana entah mengapa tak boleh pula upload gambar pakai tab ni (alasan malas buka netbook...). Air laut desaru sangat jernih. Anak aku dan abang2 sepupunya sangat seronok bermain di taman air hotel lotus desaru. Ramai sungguh orang singapura yang datang menginap, kuasa membeli mereka 1.5 kali lebih daripada kita. 10 dolar singapura dapat beli barang kita yang 25 ringgit. Kalau ekonomi kita tak terus improve kekal la kita sebagai traveller yang menempah tiket kapal terbang murah ke vietnam. Kenanya degil pula bawa anak yang sakit bawa berjalan (sayang duit tiket kapal yang dibeli murah daripada burn) apabila kena tahan tak boleh naik kapal terbang tak tau kat siapa nak mengadu. Bukan aku menghina atau mengeji tapi kasihan la pada anak kecil yang tak tahu apa2. Nasib baik ada mazidul, tapi bolehkah mazidul sentiasa berada hampir dengan masalah untuk dikongsi satu dunia?
Kalau korang buka di youtube tentu korang perasan tentang satu janji pakatan rakyat untuk kurangkan harga kereta. Melaluinya kalau duti eksais dihapuskan harga kereta boleh kurang hingga tinggal dekat2 setengah harga kereta. Untuk oku dah ada pekeliling bahawa boleh dapat 100 peratus pengurangan duti eksais. Senang cerita kalau nak beli inspira tu boleh dapat harga dalam 60 ribu saja. Bila aku tanya kepada mof (berdasar alamat emel dalam pekeliling format pdf) untuk harga jualan kereta nasional tak dapat jawapan, aku adu pula kepada bahagian pengaduan awam jabatan perdana menteri barulah dapat jawapan daripada mof. Jawapan yang diterima sangat mengecewakan. "Harga setiap model tertakluk kepada pengedar."
Apa salahnya keluarkan satu senarai harga untuk rujukan kami para oku? Aku lepas mesyuarat di hotel seri petaling berpeluang merayau di kedai kereta perodua dan proton. Bila ditanya kepada salesman perodua, "Tak banyak loo bos, 2 3 ratus saja," itu untuk myvi. Manakala bila ditanya kepada salesman proton, "Kalau inspira saya boleh kasi dalam 3 ribu." Isunya di sini adakah pengiraan oleh pakar ekonomi pkr dalam youtube itu satu penipuan atau memang tak ada penguatkuasaan pelaksanaan pengecualian duti eksais untuk oku bagi pembelian kereta nasional? Duti eksais boleh dirujuk di web maa.
Bagi yang boring2 boleh baca http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Proton_(cars) dan http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Perodua
Payah2 tak payah pakai kereta, tumpang kereta orang kah kah kah!
Monday, May 27, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)