Dengan segala rasa rendah diri saya dan keluarga menjemput tuan / puan sekeluarga tak kira saudara mara, sahabat handai tak kira jauh atau dekat untuk sama-sama meraikan Kenduri Aqiqah Ainul Hanim binti Noor Azlan serta sepupunya Ilman Asyraf bin Azmi seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: Ahad 1 Februari 2015 Masihi /11 Rabiul Akhir 1436 Hijrah
Masa:11.00 pagi hingga 3.00 petang
Alamat: No 12, Jalan PJS 4/21A, Taman Indah Jaya, 46000, Petaling Jaya, Selangor
Sunday, January 11, 2015
Monday, January 5, 2015
Ainul Hanim nama diberi
Abdul Hanan melihat pelita yang bahan bakarnya diadun 20% kerosin dan 80% diesel yang dipasang di atas tempat di mana uri Ainul Hanim ditanam. 45 hari tanganku hitam2 dan berbau diesel. Keh, keh, keh!
Pada petang 1 Zulhijjah bersamaan dengan 26 September merupakan hari yang bersejarah bagi aku. Hari Jumaat itu aku menerima kelahiran anak perempuan aku yang merupakan cahaya mata kedua, lahir pra matang 31 minggu. Isteri aku telah mengalami pendarahan pada jam 4.00 pagi pada hari itu.
Maka dalam gelap2 subuh itu mula2 kami menghantar Hanan ke rumah pengasuh yang merupakan ibu saudara aku di Senawang. Kemudian tiba di HTJ, aku terus hantar Mawar ke wad bersalin. Selesai solat subuh di surau di depan wad kecemasan HTJ, aku terus naik ke wad bersalin semula.
Takut tak sempat menunggu di sebelah isteri sewaktu delivery, aku memang tak pergi ke mana2 sampai la ke petang. Melalui whatsapp, mesej dihantar kepada sanak-saudara dan rakan2 mohon didoakan semuanya selamat.
Tanpa sempat dipanggil, pada jam 4.30 petang rupa2nya Mawar telah bersalin. Tak dipanggil masuk untuk tunggu di samping isteri juga macam masa delivery Hanan dulu. Aku melihat Ainul Hanim kali pertama melalui inkubator mobile, ditolak oleh seorang nurse dan seorang doktor menuju ke wad nicu di bangunan baru. Wah, putih juga anak aku ni, macam abang dia jugak, bila ditanya akan beratnya, doktor cakap 1.8 kg. Syukur kepada Allah, itu dah lebih 800 gram berbanding Hanan dulu, peluang lebih tinggi untuk survival.
Sampai depan pintu nicu, akhirnya disekat oleh jaga, "tak boleh masuk encik. nanti lagi 2 atau 3 jam baru boleh masuk. encik pergi beli pampers dan baby wipe dulu ya dan hantar ke sini." Pergilah beli barang berkenaan di Hospimart yang berbau waffle tu.
Dengan menggunakan alasan untuk menghantar pampers dan baby wipes, aku tak perlu tunggu lama untuk masuk tengok Ainul Hanim. Menulis nama, mencuci tangan dengan sabun, bertukar memakai sandal wad merupakan rutin yang sama semasa melawat Hanan di wad nicu dulu.
Bila dah masuk ke nicu, bunyi mesin2 yang sama juga kedengaran seperti melawat Hanan di wad nicu dulu. Nurse-nurse yang menjaga pun yang sama juga. Ainul Hanim yang di dalam inkubator aku sentuh dan aku qamat. Jika ini takdir Allah maka saya redha, ucap saya kepada nurse yang menjaga Ainul Hanim. Tak perlu nak dicari salah sapa2 atau salah apa2, dah tertulis dalam Luh Mahfuz macam Hanan juga. Kali ini kita dah usaha dengan suntikan dexametasone (dadah yang Lee Chong Wei pakai tu, dah sahkan? dua2 sampel positif kan?) untuk matangkan paru2 baby sejak minggu 26@28 kehamilan, drip magnesium sulfat untuk lindungi otak baby (lima hari Umi duduk hospital untuk buat tu, kesian Hanan rindu kat Umi dia). Hujung bulan 12 baru2 ni sewaktu appointment Mawar dengan klinik pakar HTJ menunjukkan semua ujian untuk mengesan punca kelahiran pra matang adalah negatif. Yang tahu hanya Allah Taala dan itu ketentuannya.
Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat
buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” –
Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
Aku kemudian ke wad bersalin semula. Mawar masih di delivery room, recovering kata nurse. Kemudian bila Mawar ditolak keluar dari delivery room, dia dihantar ke wad kelas satu, berpindah dari wad kelas tiga yang dia mula2 masuk pagi tadi. Oh, ya semua katil wad bersalin memang penuh bulan 9 ni, projek kahwin bulan 12 tahun lepas punya cerita. Itu nurse yang cakap kat isteri aku.
Di wad kelas satu sempat sembang kejap dengan Mawar, masa di delivery room doktor cakap dah 'buka' kat bawah tu. Ada pendarahan, baby awak sangat aktif, dia nak keluar, kita kasi dia keluar ya. Kalau nak tahan bersalin nanti banyak komplikasi.
Maka kata Mawar, doktor pun tebuk la lubang kat bawah tu dan keluarlah Ainul Hanim. Masa kat delivery room Mawar pulak demam secara tiba2, itu yang dia dan Ainul Hanim diberi antibiotik sebaik selepas delivery. Malam tu aku balik rumah tidur sorang2. Hanan tidur di rumah mak saudara aku, Hanim tidur di wad nicu, Mawar tidur di wad kelas satu (ok la tu merasa juga wad kelas satu yang tak sempat masuk masa Hanan dulu).
Besoknya nenek dan Ucu datang melawat Mawar di wad. Oh ya lupa nak bagitau, nenek dah datang pada Maghrib hari Jumaat tu dengan Acik tapi terpaksa balik kerana waktu melawat telah tamat, walaupun nak tunggu di ruang legar luar wad pun tak boleh. Kesiankan? Ada satu pakcik tu dengan isterinya enggan berganjak setelah waktu melawat tu tamat. "Anak perempuan saya kat dalam tu, suaminya tak ada. Saya la kena uruskan. Nanti siap urusan dokumentasi saya balik la. Ingat saya nak datang lama2 kat hospital ni?" Jaga pun berlalu. Keh, keh, keh!
Pada tengah hari Sabtu tu setelah Mawar melihat Hanim kali pertama maka Mawar pun didiscaj. Hanim masih di wad lagi. Tiada masalah yang besar. Hanya menunggu cukup berat badan, dapat minum susu, dah kencing, dah berak. Ada demam sikit dan kuning, kena la drip antibiotik dan lampu biru tu. Oh pening kepala kalau tengok lama2.
Pagi Raya Haji dengan berbaju raya, kami bertiga ke wad nicu. Umi pi tengok Hanim dulu sorang2, Hanan tengok Youtube dulu dalam kereta dengan Abah. Dulu pagi raya haji 2011, Hanan dan Umi sama2 raya haji dalam wad di Hospital Serdang, Abah tengok orang potong kambing2 aqiqah Hanan di Surau Al-Hukummiah. Ooo nangis, nangis...
Kerana cuti 7 hari Abah dah nak abih dan Hanim belum tentu bila akan balik serta kemungkinan Umi kena rooming in di wad picu bersama Hanim dalam masa terdekat, maka dengan sedihnya Hanan diambil nenek untuk dijaga bersama abang2 sepupunya di PJ sehingga Hanim didiscaj. Ooo nangis lagi. Hanan tak nangis la, seronok nak dibawa berjalan naik kereta Civic Ferio Acik.
Maka rezeki Hanim, esoknya setelah Hanan dibawa pulang nenek, Umi pun ditelefon hospital untuk tinggal di wad bersama Hanim. Kini berjuanglah Hanim ditemani Uminya untuk meningkatkan berat badan, menunjukkan dia boleh menyusu dengan kuat serta bebas daripada sebarang penyakit.
Semasa tempoh rooming in tu, rasanya tak sampai seminggu kot, petang2 lepas sekolah Abah datang ke wad. Mengambil pakaian2 Umi (dan buah-buahan, kuih, kek yang orang dalam pantang tak boleh makan) untuk dibawa balik serta menghantar pakaian baru. Tidur la sorang kat rumah sambil main telegram dengan Umi sampai terlelap (ya, dah ada mobile internet pakej OKU, terima kasih Maxis!)
Ahli St John Chapter Maktab Perguruan Perlis, Perlis 2004 tertidur di depan Hanim. Note that lampu biru dipasang kerana Hanim ditimpa kuning.
Sejuk sungguh wad baru ni.
Petang hari Hanim nak discaj hujan turun dengan lebat dan angin juga kencang. Malam itu juga Hanan dihantar pulang oleh nenek. Maka bermulalah kehidupan Hanim sebagai warga Taman Bukit Galena.
Bukan kembar, itu special effect la.
Subscribe to:
Posts (Atom)