Tuesday, February 23, 2016

Update Honda PCX 150

Saya baru saja beli, merah juga... petang ni technician akan hantar di rumah... harap2x puas hati.. please update ur blog pasal penggunaan pcx 150, saya baru 1st timer rider.. hehehehehe on Honda PCX 150 bagiku setakat ni
   
Masni Ng
   
on 1/8/16

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah di atas pembelian anda untuk Honda PCX 150. Semoga ia akan berkhidmat dengan setia untuk anda bagi tahun2 yang mendatang.

Berbalik kepada cerita PCX saya, awal bulan tiga ni genaplah setahun berkhidmat untuk saya. Setakat ni baru servis sekali untuk 1000km yang pertama. Kalau ikutkan kena servis pula apabila mencecah 5000km tetapi kerana bergilir-gilir digunakan ke tempat kerja dengan 'bini' yang satu lagi iaitu Toyota Vios, setakat ni belum cecah lagi pun 3000km. Rasanya nanti bila free cuti seminggu cuti sekolah ni bolehlah rasanya nak pi tukar minyak enjin (minyak hitam).

COOLANT
Setakat ni apa yang saya alami ialah pernah sekali cecair penyejuk (coolant) berkurangan di tabungnya. Tiada kebocoran tetapi mungkin kerana suasana negara kita yang panas maka mengakibatkannya berkurangan. Tidak banyak yang perlu dilakukan, beli saja sebotol coolant (tak jumpa yang Honda rekemen dalam buku servis tu) tetapi beli saja kat tauke kedai jual skuter tu. Dia cakap yang ni Yamaha Nouvo pun pakai bos.

PENUNGGANGAN SEWAKTU HUJAN
Sesuatu yang perlu diambil pot oleh penunggang PCX ialah pengendalian semasa hujan. Saya tak pasti adakah anda mengalaminya atau tidak tetapi apa yang saya alami ialah tayar belakang akan membuang apabila kita mengambil selekoh. Huuu seram rasanya kalau jatuh kat selekoh, risiko digelek, dilanggar memang ada tu.
Risiko membuang tu tak pernah dialami semasa menunggang Honda Wave sebelum ini. Jadi kalau time hujan memang saya bawa slow saja PCX tu. Sayang weh, beli cash satu sen tak hutang sapa2.

DIKENCING KUCING
Jiran sebelah saya ada membela beberapa ekor kucing. Kalau masa ada Honda Wave dulu tak pernah dikencing kucing walaupun banyak ekor yang keluar masuk rumah saya tetapi entah mengapa dengan Honda PCX ni rajin pula kena pancut dengan kucing. Yang tak tahan tu betul2 tepi kiri dan kanan tempat kaki berhampiran tangki minyak. Oh puas la pulak buka pili air dan spray air pagi2 buta nak pergi sekolah. Dah spray air tu kena berhati-hati pulak menolak motor takut tergelincir. Penyelesaiannya tutup dengan plastik.

AJK RONDA MERENTAS DESA SEKOLAH
Paling best ada PCX ni ialah jadi ajk ronda merentas desa sekolah. Kita ada motor (skuter) tak perlu la jadi ajk bungkus hadiah, mc atau penamat dan lain2 yang leceh tu. Hidupkan lampu hazard dan berpusing-pusinglah. Cuma kalau menyelamatkan budak yang penat atau cramp tu jangan naik bumper, memang sangkut. Kat bumper PZ dah pernah sangkut sekali.  

Malaysia dan Israel







Kalau diamati kedua-dua imej di atas pasti anda perasan bahawa bendera Malaysia berada di sebelah kiri manakala bendera Israel berada di sebelah kanan. Imej ini dirakamkan oleh seorang guru saya yang melawat ke Timur Tengah beberapa minggu yang lalu. 

Beliau menyatakan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di salah sebuah pantai di negara Israel. Apakah interpretasi anda akan gambar tersebut?
Adakah Malaysia sasaran seterusnya Israel?
Adakah Malaysia rakan Israel?
Terpulang kepada pendapat kita masing-masing untuk berhujah. 

Tetapi perhatikan pula bendera negara Amerika Syarikat yang dikatakan sekutu kuat Israel, tetapi benderanya diletakkan selang beberapa tiang dengan bendera Israel. Anehkan?