Thursday, August 4, 2016

Kembara Dekat Honda PCX 150: SMKPZ ke A Famosa Resort

Tarikh: 3 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari (bertolak ke A Famosa Resort dari SMKPZ) - 5.00 petang (sampai Taman Bukit Galena)

Sudah agak lama tak bermotosikal yang jauh dan keluar dari kawasan Seremban. Dulu dengan Honda Wave 125 ada juga pergi bermesyuarat di Putrajaya tetapi dengan PCX 150 hanya digunakan ulang-alik ke sekolah, pergi surau, pergi kedai, pergi pasar malam dan pergi bayar bil-bil di pekan Seremban tu.
Bayar bil naik motor jauh lebih senang berbanding bawa kereta. Satu jam boleh siap.
Kenapa pulak Cikgu Lan pergi A Famosa Resort di hari sekolah ni? Ambik CRK atau tipu MC untuk pergi mandi kolam atau melawat safarikah? Hari ini Cikgu Lan kena hadiri Program Profesionalisme Guru Pendidikan Khas, Pegawai PPD Dan Pegawai JPNS Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Tahun 2016. Dengan bayaran RM35 setiap seorang (???) majlis ni turut meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan hari ni pula last day Syawal.
Pengarah yang dikatakan akan hadir pada hari ini tiada kerana menghadiri satu mesyuarat lain di Johor. Dalam program hari ini beliau diwakili Timbalan Pengarah, Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali.
Pada awal pagi nak jalan jauh ni kita isi minyak la dulu. Minyak yang aku pakai ialah RON 95 Petronas. Ni Vios pun pakai ni juga. Bukan nak promote Petronas tetapi stesen minyaknya memang dalam perjalanan hari-hari ulang-alik ke sekolah. Kalau ikut untung points baik pakai Petron lagi kerana satu ringgit satu point berbanding Petronas satu liter satu point tapi tak ada pula stesen Petron laluan aku nak pi kerja pagi-pagi.
Isi minyak pagi tu RM5 saja. Dari tinggal lagi 2 bar minyak, bila dah isi kurang dari 2 bar nak penuh. Lepas la ni rasanya pi balik ke A Famosa Resort.
Jam 12.30 tengah hari maka bertolaklah aku dari SMKPZ. Melalui Kampung Sentosa pi tinggal beg komputer dan botol air bekal di rumah Mak Andak. Kemudian jalan lagi terus masuk ke lebuh raya melalui Plaza Tol Senawang. Bila dah pulas throttle sampai habis dapat cecah 110 km sejam.
Skuter PCX ni rasanya dapat bawa dengan pantas bila di trafik light jalan pekan saja. Lebuh raya bukan teritory PCX ni. Dengan cuaca yang baik, perjalanan adalah lancar. Aku cuma bawa motor di lorong perlahan dan lorong tengah. Lorong memotong memang tak masuk kerana bahaya kenderaan lain yang laju.
Dalam tempoh dekat sejam sampailah di A Famosa Resort. Dah siap register kehadiran aku pun ikutilah program yang ditetapkan.

Bergambar bersama rakan-rakan guru.
 
Yang kanan GPK PPKI SMKPZ, pastu GPK PPKI SMK Seremban 2, pastu bakal GPK PPKI SMK Bukit Kepayang dan bakal PPP Unit Pendidikan Khas.

Menunggu majlis bermula.

Nampak tak keriangan cikgu yang dapat hamper cabutan bertuah tu?
 
Pertandingan persembahan antara daerah.

Meja VIP. Dua dari kanan adalah Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Timbalan Pengarah JPN Negeri Sembilan.

Hari ni makanan yang diletakkan dalam tray-tray tu antaranya ialah kuah lodeh, nasi goreng, mee goreng, rojak, buah tembikai, sandwich, air sirap, kopi, teh, kek, karipap dan popia. Kalau ada yang terlepas tak tau la. Aku siap makan lebih kurang pukul 4 petang. Nak tunggu sampai acara habis leceh rasanya. Pertandingan persembahan baru yang nak kedua. Ada lagi lima atau enam persembahan lagi. Itu tak kira dengan nak cabut hamper bertuah lagi.
Balik yo lah. Bila start skuter saja check berapa kilometer dari sekolah ke sini. Emm, 52 kilometer. Bila sampai ke rumah minyak tinggal lagi dua bar. Kiranya pi balik hari ni RM5 saja. Ok la tu. Tak pening2 bayar tol dan cari parking (belum kira kena blok kereta lain pulak nanti).

Gambar PCX150 Cikgu Lan. Balik dulu la kawan-kawan. Kalau balik lambat takut hujan.

Bergambar di pintu masuk resort.

Tak pergi shopping kat Outlet sebelah tu ka?

Bulan ni dah banyak habis duit beraya la weh.

Cepat la jalan, dah panas dah ni.

Ok la ok la ni gambar last.