Thursday, March 28, 2019

Tarp Shelter Di Ulu Bendul

Rabu, 27 Mac 2019, 9.30 pagi - 2.00 petang, Ulu Bendul

Hari ni kami pergi berkelah di Ulu Bendul. Sempat pasang tarp sambil tengok Hanan dan Hanim mandi sungai. Ada bawa bekal nasi lemak yang dimasak Mawar dari rumah. Aku sempat masak/goreng sosej daging masuk bawang putih, bawang besar dan kentang dalam mestin. Pakai fuel tab je senang. Maggi ayam pun masak juga dalam mestin tu. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Dah selesai berkemas, pekena cendol durian dan kuetiau goreng pula di gerai yang berhampiran.

Susun barang dulu.



Cara setup tarp guna 2 batang pokok dan 2 batang penyapu:
1. Ikat dua hujung tarp ke dua batang pokok. Adjust la ketinggian ikatan setinggi mana yang hangpa rasa sesuai, seeloknya lebih dari tinggi kepala kita semasa berdiri.
2. Pacak paip pvc dua kaki yang diruncingkan salah satu hujungnya ke tanah. 
3. Kemudian masukkan batang penyapu ke dalam paip pvc. 
4. Ikat hujung tarp ke batang penyapu.
5. Ulang pada langkah 2 pada hujung tarp yang satu lagi.

Ikatan tarp pada pokok adalah dengan menggunakan getah pengikat barangan pada motorsikal/ bungee rope. Ia mudah dilaraskan berbanding kalau guna paracod.

Masak2 bermula. Curah minyak lepas tu campak je sosej yang dah dipotong2 tu. Dalam 5 minit masukkan bawang putih, bawang besar dan kentang. Kacau sampai masak. Maggi ayam lagi senang, tuang air lepas tu masukkan Maggi dan rencahnya. Kacau sampai masak.

Hanan nak tolong masak.

Kacau, kacau jangan hangus.

Kalau dapat pasang tarp setup A Frame lagi cantik. Ada satu pokok di tempat di mana foto dirakam tetapi khemah akan menutup laluan pejalan kaki ni pulak.

Hanan dan Hanim sedang makan.

Lain kali boleh datang lagi.

Makan di tepi sungai, apa pun nampak sedap.


Cendol durian RM10. Sedap juga ni. Durian sebiji yang betul bukan pes durian macam di sesetengah tempat.

Dekat je Gerai Cendol Joseh ni dengan Ulu Bendol. Kat sebelah kanan peta tu. Dalam 250 meter kot.