Hari Selasa 28 Mei 2019 pada pukul 11.30 pagi macam tu kami berempat bertolak balik ke Pendang. Tahun ni giliran beraya di PJ jadi balik la awai2 untuk mengunjungi saudara mara yang masih ada. Perjalanan di sepanjang lebuh raya PLUS Alhamdulillah berjalan lancar. Raya nanti rasanya baru heboh penuh RNR2 tu. Heboh nak makan, nak pi bilik ayaq sampai ada yang kencing kat tepi pokok. Ha ha ha!
Petang tu berbuka puasa di Restoren Haji Ramli Nasi Kandar di Simpang Empat. The one and only in Kedah and Malaysia. Menjelang 7.15 petang semua makanan dan minuman semua dah ada atas meja. Ooo, 7.30 petang baru berbuka rupanya kat sini, 7.17 petang tu kat Seremban. Kih, kih, kih! Banyakkan bersabar.
Sampai di rumah Mak lebih kurang jam 9.00 malam. Duk tak lama tu Nurain pun sampai rumah. Diambil oleh kakaknya Lin dari USM Penang.
Esoknya kami berempat pun keluar melawat saudara mara. Tapi mula2 pi klinik dulu kerana Hanim demam pulak pagi ni. Selepas pi klinik kami ke rumah Mama Zuriah di Mergong. Sempat juga berjumpa dua orang lagi adik perempuan aku iaitu Nana dan Rinie.
Kami kemudian ke rumah mak saudara aku iaitu Wa di Alor Belat. Wa merupakan kakak sulung arwah Abah aku. Dia kini tinggal bersama salah seorang cucunya setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Selain berjumpa Wa, sempat juga berjumpa salah seorang anaknya iaitu Bang Chik Fauzi yang kebetulan pulang mengunjungi ibunya.
Dari situ kami ke rumah Asri iaitu sepupu aku. Asri merupakan anak ketiga kepada arwah kakak kedua arwah Abah aku iaitu Asiah. Pada usia 46 tahun, dia baru menerima cahaya mata keempat yang dinamakan Asraf. Asraf kini berusia 3 bulan kelihatan sangat sihat dan bersemangat badannya.
Asri baru sahaja kehilangan abangnya yang kedua iaitu Naim sebelum bulan puasa yang lalu. Ditemukan telah meninggal dunia di tengah2 bendang bersebelahan rumah pada waktu pagi. Dikatakan meninggal akibat serangan jantung. Malam sebelum ditemui jenazahnya di bendang dikatakan dia ingin melihat waunya yang sedang terbang di udara.
Di sebelah rumah Asri, kami mengunjungi pula Ngah Li. Ngah Li merupakan suami kepada arwah kakak kedua arwah Abah aku iaitu Asiah. Sambil berbual, Hanan sempat bermain dengan Rembo-Rembo peninggalan arwah Naim.
Hanan sedang memberi Rembo-Rembo makan. Ayam2 ni semua tidur atas pokok waktu malam.
Kemudian kami menziarahi kubur arwah Abah di Masjid Lahar Budi. Oh ya, kami juga mengunjungi kubur arwah Naim. Kuburnya masih baru dan ditanda dengan dua ranting pokok puding.
Dari kubur kami ke Tanah Merah. Ni Tanah Merah Pendang bukan Tanah Merah Kelantan. Kami ke rumah Pak Long Harun iaitu ayah mertua kepada adikku Lin. Setelah berbual sebentar kami pun pulang ke rumah Mak.
Mengunjungi sanak saudara semasa bulan puasa selain mengeratkan silaturahim, kita juga tak payah duduk lama2 dan tak menyusahkan tuan rumah nak angkat makanan serta minuman. Kalau datang berkunjung time raya, di pihak tuan rumah akan rasa bersalah kalau tak angkat makanan dan minuman manakala di pihak yang berkunjung rasa bersalah pula kalau tak makan. Maka berulanglah cerita saban tahun berkaitan pembaziran makanan (wang), serangan sakit jantung, bacaan gula naik, bacaan kolestrol naik, jamban RNR penuh dengan orang2 yang cirit-birit :)
Apa2 pun Ramadhan masih tinggal beberapa hari lagi dan marilah kita mencari Lailatul Qadar yang merupakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Oh ya, lebih baik daripada 1000 bulan tu bukan bermaksud 83 tahun tetapi infiniti kerana bangsa Arab pada ketika zaman Rasulullah tu bagi apa2 yang nilainya lebih dari 1000 bermaksud sangat banyak dan tak terhitung lagi. Ilmu ni aku kongsikan daripada tazkirah usai Solat Terawih yang aku dengar di Surau Al-Hukummiah PJ.
Bagi yang nak mencari kelainan sikit untuk juadah pada hari raya ni apa kata try buat rendang maman dimasak bersama daging salai? Resepinya boleh tanya kat Wak Google. Cuma aku cadangkan cuma satu iaitu tambah beberapa batang serai bagi yang tak tahan kepedasan cili padi.
Ni rakaman beberapa minggu lalu. Hanim menolong menyiang maman. Nampak banyak ehhh maman yang nak disiang? Ni baru satu kilo daun maman yang masa dibeli dah dibuang akarnya.