Friday, April 9, 2010

Terbanglah punai

Kalau korang nak tau kat belakang rumah ni ada sepasang anak burung punai suka landing ataih daun pisang. Sambil2 tu cari makan kat rumput karpet. Dalam tu duk tengok ada ibu dengan bapa dia yang masih observe dari jauh.

Jalan2 Tree Top Walk Sungai Sedim

Cuti sekolah yang baru ni aku sempat pi Tree Top Walk (TTW) di Sungai Sedim, Kulim. TTW ni dah dibuka secara rasminya oleh KDYMMulia Sultan Kedah pada tahun 2009. Inilah kali pertama aku pi ke sana bersama isteri, mak dan abah. Abah aku kebetulan hari tu ada mesorat di Kulim jadi hanya kami 3 orang saja la yang naik. Naik TTW ni tak la segayat naik yang kat Hutan Negara di Pahang nun kerana struktur binaannya yang diperbuat daripada besi berbanding yang di Pahang yang buat pakai tali saja.Lepas naik TTW aku turun mandi kat tempat flying fox bawah tu. Memang best, lama dah tak mandi ayaq sungai.

Tuesday, April 6, 2010

JPA3 datang menyelamat

Hari ni den kughang sihat, sakit tekak, selsema dan batuk. Walaubagaimanapun den totap poei sekolah. Potang nyo, sampai yo den kek ghumah, den terus vakum sikit ruang tamu yang kebetulan penuh dengan semut merah yang dah padam kena spray pagi tadi masa nak pi sekolah.
Habih yo vakum, ternampak van JPA3 berhenti depan rumah Cikgu Lee, jiran sebelah ghumah ni. Bukak la pintu, yo lah jiran prihatin la kato kan, mana tau ada yang cedera ka apa. Sekali anggota JPA3 tu meninjau pokok depan rumah jiran den. Humang hai, bosa gadang sarang penyengat tergantung ataih pokok. Mulo2 anggota JPA3 tu mintak la spray serangga kat jiran den, sekali dia bawak keluar yang water based punya, tak leh la spray buat flame thrower tu. Den pun bagi la yang den punyo. Apo laei spray la anggota JPA3 tu kat sarang penyengat tu. Terima kasih anggota2 JPA3 kerana menyelesaikan masalah dengan cepat.

Monday, April 5, 2010

28 Mac 2010 Nurul bertunang dan Jepah kawin

Itu hari den balik kampuang den kek Monceh. Sepupu den yang duo oghang tu soghang bertunang dan soghang laei kawin. Ucapan tahniah ajo lah yang dapek den sampaikan. Moga2 diberkati Allah Taala.

Last of the Wira aka Evo 3..

Bangun pagi tu nak pi kedai beli tauge masuk dalam kuetiau goreng baru perasan meter keta ni 66000 km. 66000 yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Dengan keta ni la aku amik lesen, maklum la kerajaan kita tak mampu nak adakan banyak keta auto untuk OKU macam aku ni ambik lesen. Dengan keta ni jugak la aku bawak mak dan adik pi Cameron Highland makan angin, ehh silap makan strawberi. Dengan keta ni jugak la aku bawak tunang (sekarang isteri) pi Cameron Highland jalan-jalan. Keta ni dah pernah sampai Pantai Timur masa aku mesorat kat K Terengganu dan juga rombongan meminang adik aku kat Kg Labok, Kelantan. Keta ni jugak dah kena saman dua kali, kali pertama pasai potong double line dan sekali lagi pasai eksiden, langgar nazir sekolah lagi. Keta ni juga pernah menjadi jet pejuang ketika berulang-alik Seremban-KL-Seremban masa keja kat Setapak dulu.Takat la ni
macam2 yang dah pernah rosak kat keta ni, nak manja2 dengan aku la katakan. Yang eksiden dengan nazir hari entah la apa yang rosak kat depan tapi semua insuran bayaq la. Lampu signal kanan dan brek ketiga dah pernah tukar. Side mirror kanan pun dah patah, aku nak lipat ke dalam masa parking, terus patah. Eksorber dah pernah tukaq sekali, mungkin nak kena tukaq pulak yang belakang pasai dah bunyi tikus. Anak buah aku yang dua tahun hari tu naik keta dia concern bunyi apa tu? Bila jawab kata bunyi tikus terus dia kata syoh, syoh. Ha ha ha! Bracket windows dah tukaq kiri dan kanan untuk penumpang hadapan dan driver. Sport rim dah pasang yang set kedua. Tayar pulak Hankook HP199, bentuk V bunganya. Tobat tak pakai bunga straight dah lepas eksiden hari tu. Ekzos pun dah tukaq kepada yang bunyi kuat sikit. Minyak RON 95 buleh isi tapi selalunya batuk2 dan takdak pick up. Kalau RON 97 ok je, kalau V Power, dia naik bukit ontokkk yo bunyi nyo jang oi. Loan ada 6
tahun lagi, harap2 boleh pakai sampai habih la keta ni.

Nurhanni / Yaya

Yang pulak Nurhanni, adik kepada Yoyo tadi. Tuk dia panggil dia Yaya. Sekali tengok macam jantan tapi pompuan.

Nurhanna / Yoyo

Yang ni anak buah aku, anak sulung adik aku. Nurhana nama dia tapi tuk wan dia panggil dia yoyo. Budak ni cukup takut dengan aku, tengok sikit saja mesti terus nangis.