Tuesday, December 25, 2018

Jalan2 Di Alor Setar Part 1

Setelah meninggalkan MRSM Taiping menuju ke Alor Setar, hujan renyai2 mulai turun. Alhamdulillah, hujan turun setelah selesai melawat Taiping. Seperti yang kita tahu Taiping merupakan antara kawasan yang menerima jumlah hujan paling tinggi di Malaysia.

Sampai di Alor Setar agak lewat petang. Dah pukul 7.00 malam. Tak terus turun di Pendang tetapi nak makan Nasi Lemak Royale Hijau Kuning di Sungai Korok dulu. Ada misteri yang perlu diselesaikan sendiri.

Beberapa bulan dahulu aku ada makan Nasi Lemak Royale yang dibeli di sebuah restoren di Putrajaya. Setup restoren tu aku rasa lain macam daripada yang aku pernah makan di Sungai Korok. Ada uniform khas untuk pekerja2nya. Yang aku pernah makan di Sungai Korok tak ada pakai uniform2 tu. Hanya sebuah kedai makan biasa di bawah pokok besar tepi jalan dan hanya sebuah warung yang simple.

Bila tiba di kawasan rumah kedai berdekatan Kompleks Hijau Kuning memang nampak tersergam sebuah kedai/restoren berlabel Restoren Nasi Lemak Royale Hijau Kuning dan di dalamnya boleh nampak pekerja2 yang beruniform sama seperti di Putrajaya. Well, yang ni bukan yang aku kenai sejak kecik. Jadi aku drive depan sikit dan jumpa sebuah lagi Restoren Nasi Lemak Royale Hijau Kuning.

Restoren yang aku biasa makan ni bukan sebahagian daripada rumah kedai tetapi hanya berbumbung zink konsep terbuka. Yang ni la yang aku pernah makan sejak kecik2 dulu.

Dah selesai makan. Macam berbuka puasa pulak makan waktu Maghrib ni. Antara lauk yang diambil petang tu adalah ayam goreng dan udang gulai.

Tu dia jawapan tauke kedai bila ditanya tentang Nasi Lemak Royale Kuning yang dijual di Putrajaya.

Bagi yang nak tanya kat aku mana yang sedap, tu terpulang kepada citarasa masing2. Yang ni yang aku biasa makan sejak kecik. Resepi kuah2nya agak manis manakala yang kuah2 yang versi restoren tu mungkin lain sikit. Tepuk dada tanya selera. Sedap tak sedap masing2 ada preference sendiri.

Kita lupakan bab sapa yang original, aku kalau balik Pendang suka pi makan kat Restoren Haji Ramli Nasi Kandar, Simpang Empat. Guide nak pi senang saja. Turun dari Plaza Tol Alor Setar Selatan tu, lepas Stargate, sampai trafik light, belok kiri tuju ke Pendang. Jalan terus saja sampai ke Simpang Empat. Nanti akan nampak kedainya di sebelah kiri sebelum trafik light di Pekan Simpang Empat.

Lapaq punya pasai, Hanan sanggup makan sendiri.

Yang sedap kat sini nasinya. Konsisten resepinya. Lauk yang aku suka sambal petai dan rebung. Ada kangkung goreng ranggup dan peria goreng ranggup. Kuahnya memang sedap la.

Dengar cerita ada satu restoren yang namanya sama di Shah Alam. Belum pernah try lagi jadi tak boleh komen. Nanti satu hari bila dah try baru boleh jawab. Tapi sementara itu hanya screen capture di bawah menjadi panduan :)

Yang di Shah Alam ada lapik daun pisang. Ini screen capture dari Google.

Yang di Simpang Empat tak lapik daun pisang. Yang cedok nasi tu taukenya Haji Ramli. Ini screen capture dari Facebook.

Jalan2 Di Taiping Part 2

Setelah meninggalkan Zoo Taiping kami ke MRSM Taiping pulak, tak ada la masuk ke dalamnya walaupun Hanan ajak masuk. Cukuplah sekadar bergambar di pintu masuknya sahaja. Hanan dan Hanim kalau nak masuk pun biarlah sebagai pelajar atau pun sebagai warga kerjanya pada suatu hari kelak. Insya Allah.







Hanan sibuk ajak masuk ke dalam maktab.

Jalan2 Di Taiping Part 1

Setelah memasuki lebuh raya, tiba2 teringin pula nak singgah Taiping. Ni tempat aku belajar dulu ni. Aku batch 1995 MRSM Taiping. Nombor daftar pun ingat lagi 95206. Ha ha ha! Tapi sebelum bawa Hanan dan Hanim tengok sekolah Abah, apa kata kita singgah dulu ke Zoo Taiping.

Zoo Taiping ni merupakan antara zoo terawal di Malaysia. First time mai sini ialah dibawa oleh arwah Abah semasa bawa aku balik unutuk bermalam. Tak ingat banyak sangat tetapi dalam lawatan kali ni setelah berpuluh tahun, dah banyak perubahan rasanya. Patung orang utan @ monyet tahun 1995 pun dah tak ada rasanya.

Mula2 kita mesti beli tiket. Harga amat berpatutan kerana OKU compliment @ free. Zoo Negara pun masih free rasanya.

Nama lain untuk Zoo Taiping ialah Taman Mergastua Sultan Idris Shah.

Tu kanan tu. Tapi kena ada kad OKU la. Dewasa RM16, Kanak2 RM8.

Mula2 nak dapatkan atau melihat secara keseluruhan zoo ini, kita naik dulu perkhidmatan kereta api yang disediakan. Setelah menunggu untuk seketika, kereta api pun bergerak.

Menunggu kereta api bergerak.

Duduk koc depan sekali.
  
Sesekali kereta api berhenti dan akan ada penerangan oleh pemandu tentang haiwan2 yang dilihat.

Burung2 di dalam sangkar.

Ada badak sumbu.

Ada zirafah.

Gajah Tok Mia.

Kemudian setelah selesai pusing satu round, para penumpang akan diturunkan di satu kawasan macam taman permainan. Dari sini bolehlah jalan kaki untuk melihat dengan lebih dekat @ lama haiwan2 di zoo ni.

Ni dalam sangkar burung.

Sempat bermain jongkang-jongket di kawasan permainan.

Ada burung besar yang dibiarkan bebas di dalam zoo.

Melihat pekerja zoo memberi makanan kepada zirafah dan kuda belang.

Bukan senang dapat shot ni.

Masih menunggu pekerja zoo nak bagi makanan tu.

Ha ha ha! Ada seekor kuda belang terlepas dari kandang tadi tetapi dah dihalau masuk balik ke dalam kandang.

Dah penat berjalan. Dah lapar.

Jom balik!

Bagi yang tak sempat nak masuk untuk melihat haiwan, boleh juga merakam gambar kenangan di sekitar pintu masuk zoo (boleh tengok gambar2 di bawah). Ada patung2 haiwan seperti buaya dan harimau untuk dijadikan teman posing. Kedai Marrybrown pun ada kalau budak2 nak makan ayam goreng. Kami beli waffle je petang tu. 




Monday, December 24, 2018

Jalan2 Di Ipoh Part 3

Screen capture dari Google tentang Nasi Ganja / Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh.

Setelah selesai breakfast di hotel maka kami pun check out. Tengah hari ni nak try salah satu rekemendation orang Ipoh sendiri tentang Nasi Ganja Ipoh yang dikatakan best. Bila sampai depan kedai memang nampak orang beratur panjang. Parking pun takdak. Mawar pulak bertanya, "Halal ka? Atas tu tulis Kedai Kopi Yong Suan?" Ha, ha, ha! Ini bagi aku salah satu kelaziman kedai2 makan di negara kita sejak zaman dulu lagi.

Bagi orang Pendang @ Alor Setar yang pernah makan Mee Pin di Pekan Tokai, dulu konsepnya pun macam ni. Makanan memang dimasak orang kita tetapi kedai yang kita order ayaq tu taukenya Cina. Tapi taukenya tak meniaga benda2 haram untuk orang Islam. Jadi sama la macam kat kedai ni. 

Parking agak jauh sikit tengah hari tu. Parking di jalan seberang berhampiran balai polis. Sampai di kedai, Mawar, Hanan dan Hanim pun duduk dulu sementara aku join the line untuk beratur. Bagus orang2 Ipoh ni, "Kalau nak makan di sini, duduk tunggu kat meja je bang, kami yang beratur ni untuk beli bungkus. Nanti pelayan akan datang ambik order di meja."

Ooo macam tu. Bagus juga. Tak macam Nasi Kandar Beratur di Penang. Makan ka, bungkus ka semua kena beratur. Pelayan2 kedai ni pun ramai. Sat saja order hidangan dah pun sampai. Oh ya apa yang sedapnya nasi kat sini? Bila ditanya kepada informer masa beratur tadi, ayam goreng merahnya sedap. Memang betul sedap. Dah habih makan nasi aku siap order ayamnya saja untuk diratah.

Nasi yang kami order hari tu merupakan nasi putih dengan lauk ayam goreng merah, ada jelatah, telur masin sebelah dan kuah campurnya yang sedap baru dalam lima ringgit lebih. Wah, untung kome orang2 Ipoh, teman nasi bajet kat Seremban dapat nasi satu cawan, ayam kecik, kuah ceroi, sayur timun potong halus2 dah lima ringgit.

Ayaq sirap dan teh o ais pulak boleh buat bancuh jadikan satu atau dua gelas lagi. Manis gileee! Masa basuh tangan di dapur kedai (singki basuh tangan memang disediakan di dapur), memang aku tengok tahap kebersihan adalah memuaskan. 

Sori gambaq nasiknya tak ada. Dah abih makan.

Pekerja kedai (kanan) pun nak interframe.

TQ Mahfuz for the useful information tentang kedai ni.

Sunday, December 23, 2018

Jalan2 Di Ipoh Part 2

Movie Animation Park Studios(MAPS), 5 petang, 2 Disember 2018

Cetakan tiket nak masuk ke MAPS. Empat orang, empat keping. Ini kadar pukul rata. Tak ada rate OKU, kanak2 atau dewasa. Untuk tiket masuk petang ni, semuanya sama, RM35.

Setelah solat di hotel maka kami pun menuju ke MAPS. Untung ada Pakcik Waze, turn left, turn right, kami pun sampai.

Parking kereta kat sini free. Dulu2 mungkin ada sistem kupon kerana tengok ada palang2 parking automatik serta mesin bayaran parking di pintu masuk MAPS ni. Akan datang mana tau mungkin nak parking kena pakai app pulak. 

Di depan pintu masuk utama.

Kerana sampai awal dari jam 5 petang (ka 4.30 petang?) maka kami tunggu la dulu di pintu masuk. Hanan sempat posing depan kereta stunt.


Hanan dan Hanim duduk di stroller yang disewa.

Untuk ke taman temanya, kita perlu melalui jambatan dari pintu masuknya yang berjarak lebih kurang 100 meter. Bagi yang tak daya nak jalan jauh2 ada disediakan sewaan stroller untuk bawa anak2 serta buggy elektrik pada kadar yang berpatutan.

Untuk berjalan2 dalam ni ada brosur yang disediakan. Ini aku kutip yang pengunjung lain tercicir hari tu. Pembayar tiket RM35 tak dapat kot benda ni?

Umi meneman Hanan & Hanim menaiki Red Baron. Sapa tahu Red Baron tu sapa? Red Baron atau nama betuinya Manfred von Richthofen ni salah seorang Ace kapal terbang pejuang Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Salah satu title games DOS aku layan masa first year di USM dulu.

Hanim bermain bola di Coral Kingdom. Kalau dah tak tahan panas, dalam ni ada playground sejuk beraircond dan ada kafe.

Hanan di Tree House.

Suka berinteraksi dengan benda2 baru.

Merakam Umi dan Hanim dari bumbung Tree House.

Dari Tree House kami ke Zugo's Crystal Quest. Nak naik benda ala2 Mr Bean naik dalam Episod Mind The Baby tuh (roller coaster) tapi baru saja beratur, hujan pun turun selebat2nya. Maka aktiviti2 @ permainan2 tempat tak berbumbung pun ditamatkan kerana faktor keselamatan. Kerana hujan turun dari petang sampai la ke malam (sehingga 9.00 malam), kami tak merasa la nak lakukan aktiviti2 @ permainan di tempat yang tak berbumbung. Duit dah bayar dah, takkan nak balik? Kita pusing2 dulu.

Dekat Cave Of Wonders. Ni bergambar semasa hujan lebat ni.

Kalau boleh, Abah pulak duduk dalam troli tu hangpa tolak.

Sebenarnya banyak aktiviti di tempat tertutup/berbumbung lain yang boleh dilakukan seperti tayangan wayang Boboiboy, Rumah Hantu, Smurfs, Rumah Pelbagai Dimensi yang telah kami berempat alami pada hari tersebut.

Ni tengah tunggu nak tengok wayang Boboiboy. Sambil2 tu melihat2 peta MAPS. Best juga wayang 4Dnya. Sori tak boleh rakam atau pun Facebook Live dari dalam panggung tu :)

Akhirnya dapat duduk dalam troli masa depa pi toilet.

Hujan tengah lebat time ni. Tu depan tu Monkey Business, kedai cenderamata.

Kereta dalam Smurf ni, yang saiz besar Hanim saja boleh bawa.

Rumah Papa Smurf.

Ada petugas memastikan kelancaran pemanduan.

Sebelum Hanan dan Hanim ke Smurf Playland kat atas tu, kami masuk ke Smurfs Theatre. Best juga aktivitinya tapi tak boleh rakam aktivitinya kat dalam tu.
  
Dah malam.

Stunt Legends Arena pun kensel show kerana hujan.

Hanan melihatkan tanda2 mulai boring. Ajak bergambar dengan Boboiboy pun tak mau. 

Naik juga ke atas pentas untuk bergambar setelah dipaksa.
 
Umi posing sebagai ikan duyung di Wormhole Technologies.

Biru mata hitamku.

Hanan akhirnya dapat main yang dia suka, Bumper Blast.

Melihat orang makan 'api', sembur 'api'.





Di depan Kedai Tok Aba. Sedap juga minuman kokonya. Ingat pesan Boboiboy, bubadibako @ buat baik dibalas koko.

Hanan mengenen nak beli cenderahati di Monkey Business.

Nasihat ikhlas aku, kalau musim hujan atau ramalan hujan toksah pi la. Nanti rasa rugi pulak bayar sampai RM100 lebih sorang tapi aktiviti @ permainan tak merasa. Kalau bayar RM100 lebih baik datang pagi2 sampai tutup pukui 10 malam, solat jamak dalam tu, mandi dalam tu macam aku pi Angry Bird di JB dulu

Satu benda aku frust ialah menjelang malam tak ada makanan yang special kita boleh nikmati dalam ni. Food courtnya seperti Starship Restaurant pukui 8-9 malam dah tutup. Yang tinggal macam Kafe Tok Aba pun tak ada jual nasi goreng atau heavy2 sikit. Kena la makan di luar.

Oh ya, malam tu kami dalam tercari-cari nak makan apa sebelum pulang ke hotel terjumpa pula Kedai Burger Cheese Ipoh @ Selera D'rumbia Jalan Kuala Kangsar-Ipoh. Yang ni tak plan atau cari pun dalam waze atau internet. Nampak saja kedai kat tepi jalan tu terus kami berhenti untuk makan. Tak sangka pulak rezeki Allah bagi malam tu untuk kami memang best. Mula2 order nasi putih, mee goreng, tomyam, telur dadar, sayur dan air saja. Tengah makan2 baru perasan menu burger cheese mandi tu jadi order la satu. Sedap. Lain kali boleh singgah lagi ni.

Layan cerita Hantu Kak Limah sambil menunggu pesanan makanan tiba.

Tu dia aih, balik modal ke kome juai 17 ringgit je burger ni?