Isnin, 16 Disember 2019, Restoren Nasi Kandar Haji Ramli Simpang Empat Kedah
"Macam nak buka puasa," merupakan dialog pertama yang dilafazkan Hanan sebaik tiba di depan kedai ni. Hi, hi, hi memang ini la time yang lazimnya kami tiba di Kedah apabila nak balik ke Pendang. Sebelum balik ke rumah Mak, memang singgah makan dulu di sini. Yang anak dan isteri Uncle suka ialah ayam bawang dan kangkung goreng celup tepung. Uncle selalunya ambik hati lembu masak hitam, gulai udang dan sambal petai rebung.
Lazimnya kami makan dulu dan bungkus untuk dibawa pulang. Tak mau susahkan Mak untuk siapkan makanan untuk kita kerana kadang2 bila balik ke Kedah, kadang2 tak terus balik tetapi berhenti melancong di mana2 dulu.
Earlier in the day masa dalam perjalanan ke Pendang ingat nak singgah dulu di MAPS Ipoh tetapi kerana bila tiba di Ipoh tu hujan agak lebat maka dibatalkan saja niat tersebut. Yang marah tentu sekali Hanan dan Hanim kerana bila dah nampak MAPS tepi jalan tu kenapa tak berhenti? Tetapi ada baiknya tak pergi hari tersebut kerana besoknya (Selasa) kami mendapat khabar daripada pengunjung2 MAPS hari tu (Isnin) pulang dengan penuh kehampaan akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku sepanjang hari tersebut. Khabarnya Isnin tu memang tak beroperasi.
Berbalik kepada tajuk posting kali ini, kami berempat pada malam ini berpeluang makan sambil sembang2 dengan Haji Ramli, tauke restoren ni. Arwah Abah Uncle semasa hayatnya dulu selalu juga makan di kedai ni bawa kami sekeluarga maka Uncle pun turut juga dikenali oleh beliau.
Antara yang disembangkan oleh Haji Ramli ialah pengalaman beliau semasa berkhidmat sebagai askar dulu. Dulu2 gaji kecik saja dalam askar ni, Pak Long (Haji Ramli membahasakan dirinya sebagai Pak Long) gaji tiga puluh ringgit saja sebulan. Masa serangan komunis di Gubir, Sik dulu lori Pak Long belakang sekali dalam konvoi tu. Kalau tak mungkin Pak Long pun tak dak (mati) dah hari ni.
Dulu masa pindah kerja ke Sarawak, Pak Long naik kapal laut dengan kawan2. 3 4 hari baru sampai. Pak Long kerja sat saja dalam askar, 10 tahun. Lepas berhenti askar, Pak Long kerja tukang masak di Mekah untuk jemaah haji.
Sebelum serasi meniaga di Simpang Kuala ni, Pak Long buka kedai makan kat merata tempat, Langkawi pun pernah tetapi kat sini juga baguih. Meniaga kedai makan ni paling susah sekali nak jaga ialah tukang masak. Ada yang kerja sat saja dah berhenti. Pak Long punya pekerja ada dalam 20 orang lebih dari tukang masak sampai la ke tukang cuci.
Shift pekerja pula ada dua. 7 pagi - 7 petang, 12 tengah hari - 12 tengah malam. Kat belakang kedai ada rumah pekerja supaya kebajikan mereka terjaga. Sambil depa tidur kat belakang tu, keselamatan kedai pun terjaga pasai keadaan kedai yang terbuka macam ni, kawaq (pencuri) pun banyak area ni.
Pak Long lepaih Subuh pi market untuk ambik barang2 mentah. Bawak balik, tukang masak akan masak dan dalam pukui 10 dah siap, kedai pun buka. Rempah pulak Pak Long order mai dari Penang (jangan tanya Uncle beli kat sapa, tu rahsia perniagaan mana boleh habaq).
Bulan lepaih Pak Long buat kenduri untuk cucu Pak Long (aiseh lupa pulak Uncle, kenduri kahwin kot). Pak Long panggil penyanyi 60an L Ramli untuk buat persembahan. Pak Long bagi la sikit saguhati untuk dia.
Demikian la serba sedikit yang dapat Uncle kongsikan benda2 yang disembangkan bersama Pak Long Haji Ramli pada malam tu. Kepada Pak Long, kalau ada yang salah saya kongsikan di sini, bagitau kat saya, saya akan betulkan. Semoga perniagaan Pak Long terus maju.
Besok petangnya lepaih pi mandi kat Carnival Water Park Sungai Petani, ulang mai makan lagi. Hi hi hi...
Wednesday, December 25, 2019
Membakar pepes ayam dan kambing perap NKA Frozen di belakang rumah
Ahad, 15 Disember 2019, belakang rumah
Setelah dekat dua bulan disimpan di dalam peti beku kerana orang2 yang berpantang makan ayam, akhirnya hari ini pepes ayam yang dibeli daripada salah seorang rakan sekerja dapat juga Uncle dan keluarga makan petang ni. Harga tak ingat dah berapa tetapi pepes tu ada la dalam 20 keping kalau tak salah dalam satu bungkusan tu.
Selain daripada tu bakar juga kambing perap NKA Frozen Rembau yang dibeli tempoh hari. Dagingnya satu kilogram. Sosnya pula kita ambil saja dari bekas daging tu kemudian masak di dalam kuali, lepas tu curah pada kambing yang siap dibakar. Boleh juga kita masukkan ayam atau bahan2 lain di dalam sos tu, perap dan kemudian bakar. Harga masa beli hari tu kalau tak salah ialah RM35 tetapi dengan arahan penghapusan subsidi minyak petrol mulai Januari 2020, tak tahu la berapa pulak harganya pada tahun depan. Harap2 makin murah la.

Menghidupkan api arang tak begitu susah kalau dah pakai lilin askar (hexamin fuel tabs) sebagai pemula.
Hmmm, basuh kereta pakai spray air bila la nak siap?
Pedih mata kena asap.
Hanan pula datang mengipas.
Hanim suka dengan pepes ayam.
Terus membakar.
Majlis tahlil ringkas di rumah Nenek
Sabtu, 14 Disember 2019, Petaling Jaya
Pada hari ini telah diadakan suatu majlis tahlil ringkas dan kenduri kesyukuran di rumah Nenek selepas waktu Zohor. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan ia turut dimeriahkan dengan sanak saudara yang datang daripada jauh dan dekat.

Pokok cili fertikasi PPKI SMKPZ yang dah generasi tah keberapa dah. Hidup subur di rumah Nenek. Banyak yang kaler merah pulak tu.
Pokok2 kucai belakang rumah Uncle berpindah ke tempat baru.
Ada sate, nasi impit, nasi, asam pedas, masak lemak daging & cendawan hitam, aiskrim.
Ramai jemaah surau dan sanak saudara yang datang. Uncle pun duduk kat khemah di luar je.
Yang kat tengah berketayap putih tu la salah sorang imam surau kat sini.
Abang Isa dan Lela sibuk melayan tetamu.
Yang berketayap tu Abang Suhaimi, salah seorang sepupu Mawar. Tepi tu of course la Nenek.
Rezeki dikongsi bersama.
Basuh pinggan pun senang, kat depan tu saja.
Aquaria dan ikan2 jerungnya
Jumaat, 13 Disember 2019, Aquaria & KLCC
Parking di KLCC tetapi jauh sebenarnya menapak dari tempat parking tu ke Aquaria yang terletak di Suria KLCC. Dulu Hanan pernah datang sewaktu dah pandai berjalan. Ingat lagi terlupa bawa pampersnya, pakailah dia pampers yang dah lanjut tu.
Bila masuk dalam terowong berkaca tu perasan tak ada tulis kat situ, "Ikan yang anda lihat sebenarnya bersaiz lebih besar daripada apa yang anda lihat." Banyak betul jerung. Jerung ni tak pa, jangan Abang Jerung yang Altimet tu.
Rakaman video:
1. Melihat jerung
2. Malam ini penyu menangis
3. Ikan pari besar
4. Hanan mencuba Maxis 5G
5. Hanim mencuba Maxis 5G
6. Shopping apa tu?
7. Rimau bagi salam
8. Beruang air beku
9. Pingu pun ada

Mula2 rakam dulu kat mana kita parking.
Ooo, ada pulak penanda tempat parking macam ni.
OK, nanti cari lif dekat sini untuk balik ke parking kereta.
First time tau ada kedai nama ni ialah bila ada satu kes sorang pompuan curi barang di kedai nama ni.
Ada rumah salji bawah tu.
Tumpang sekaki.
Tak sejuk pun snowman.
Ahhh, tiba2 dah masuk dalam Aquaria. Ni kat petting pool. Boleh pegang tapak sulaiman dan belangkas.
Kalau tak salah tu piranha.
Wah, clown fish kot?
Hutan hujan dan ikan2 nya.
Ni ikan lampam yang banyak tulang tu ka?
Maxis sewa tapak dalam ni promote 5G nya kepada para pengunjung. Hanan tengah test augmented app kat tab tu.
Wah, boleh menyelam bersama ikan la.
Ini ramai dalam terowong ni.
Besarnya mulut.
Yang ni Yellow Tang kot?
Hanan melihat kuda laut.
Ini pula augmented reality. Macam2 kecanggihan teknologi sekarang.
Shopping time.
Ambik bukan main banyak tetapi semua kena tinggalkan. Hi hi hi!
Bila ambik gambar kat sini baru terasa uuu, jauhnya aku parking kereta kat KLCC nuuu kat sana lepaih tu menapak mai ke Aquaria.
Hanim dah tertidur di medan makan KLCC.
Sapa la punya idea masuk nasi kat dalam mestin ni?
Uncle pilih bento je.
Agak2 ada orang bawa balik tak mestin tu lepaih makan?
Dekorasi pokok krismas kat Taman KLCC.
Subscribe to:
Posts (Atom)