Medini? Mana tu? Kalau sebut Legoland kat Johor tau tak? Ha, ha, ha! Asalnya ambik cuti untuk ke Desaru untuk meraikan pengantin baru iaitu Abang Isa dan Kak Haine tetapi akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan hanya kami berempat yang free minggu tu.
Video Resepsi Abang Isa dan Kak Haine
Hmmm, cuti hari Jumaat dah ambik. Nak kensel atau tidak? Nekad hari Selasa atau Rabu tu check kekosongan Lego Hotel... Wah, ada offer. Bayar untuk satu malam tapi dapat stay dua malam. Breakfast tak ada tapi tak kisah boleh bawa bekal. Kat Medini Mall tu pun ada kedai makan macam2.
Bagi yang tak suka baca karangan Uncle boleh tengok video kat bawah. Anak Sembilang pun ada ambik gambar juga :)
Video Jalan-Jalan Ke Medini Johor Bahagian 1
Bahagian 2 belum sempat buat lagi. Video Bahagian 1 tu tunjuk gambar makan di Restoren Kari Kambing 40 Hari, check in di hotel, mandi di pool hotel, makan malam di Chicken Rice Shop Medini, menonton show di lobi hotel dan suasana di lawatan ke Legoland Theme Park.
Kalau tengok video tu, kesan Covid-19 begitu ketara kepada industri pelancongan negara. Memang sunyi Legoland. Ada sekali Hanan naik kereta tu sorang2 dia saja. Siap dua orang staf naik kereta lain untuk temankan dia drive. Dulu first time datang beberapa tahun dulu nak beli tiket masuk Legoland pun pikir panjang punya ramai manusia beratur nak beli tiket.
Dalam video bahagian 2 yang belum sempat Uncle buat ikutnya nak sambung dengan video masuk Water Park dan Sea Life Aquarium serta review Nasi Beriani Abah. Doakan Uncle diberi kesempatan untuk menyiapkannya ya?
No comments:
Post a Comment