Thursday, January 14, 2010

Macam2 cara menipu!

Petikan e-mel yg aku dapat

Sekiranya ada menerima panggilan telepon dari nombor yang tidak dikenali dan nombor talian tetap, maka anda dinasihatkan berhati-hatilah. Baca perbualn di bawah bagaimana penip[uan ini berlaku...(kejadian benar yang menimpa adik saya sendiri)

komputer : Panggilan dari XXX bank, anda sedang telah membuat pembelian barangan/tiket penerbangan menggunakan kad kredit berjumlan RM4350.70, tekan 1 untuk pengesahan tekan 2 untuk bercakap dengan pegawai bank.

Panggilan di atas merupakan perangkap awal, anda tentu terkejut dengan pembelian tersebuit sedangkan anda tidak mengguanakn kad kredit seperti yang di sebut.... mangsa pasti akan menekan 2 untuk bercakap dengan pegawai bank (kononya)...

Pegawai bank pula akan menyatakan bahawa kad kredit tersebut mempunyai outstanding sebanyak RMXXXX, ini boleh menyebabkan anda semakin panik. seterusnya pegawai penyamar tadi akan bertanya beberapa soalan seperti pernahkan kita membuat permohonan kad kredit di pasaraya, atau melalui ajen... dan mereka menambah kemungkinan maklumat anda telah di gunakan oleh agen-agen kad untuk membuat kad kredit palsu..

Seterusnya mereka kononnya akan menyambungkan panggilan anda ke Bank Negara untuk membuat laporan.. di sana seorang lagi pegawai bank negara (yang menyamar sebagai pegawai penyiasat dari unit siasatan) akan bertanyakan kepada anda beberapa soalan yang sering di ikuti dengan perkataan .."adakah anda faham..." mereka akan bertanya berkaitan dengan baki wang dalam akaun, nombor akaun bank dan bermacam soalan berkaitan dengan akaun bank anda, seterusnya memaklumkan kepada anda bahawa akaun anda aka dibekukan selama 3 hari untuk penyiasatan..anda juga ditegah daripada menceritakan hal ini kepada sesiapapun atau berurusan dengan pihak bank, lebih-lebih lagi bank yang menghubungi anda sehingga siasatan selesai dan atau sehingga peguam mereka menghubungi anda...

Perlu diingatkan kerana jika anda menggunakan telepon bimbit... nombor yang tertera adalah sememangnya nombor telepon bank yang sebenar, ini termasuklah nombor telepon bank negara... tapi cubalah anda hubungi nombor tersebut dan tanyakan nama pegawai yang mengurus kononnya menyiasat kes anda atau berikan nombor rujukan yang kononnya boleh digunakan untuk merujuk kes anda.. anda tentu terkejut bila diberitahu tiada pegawai seperti yang didakwa dalam bank terlibat atau bank negara dan nombor rujukan kes adalah tidak wujud langsung.

Mereka sebenarnya ingin mendapatkan nombor akaun bank dan meklaumat lain mengenai akaun anda. Cara mereka bercakap dan menyoal anda amat meyakinkan seolah-olah mereka ini memang pegawai bank atau pegawai bank negara sebenarnya.

No comments:

Post a Comment