Tuesday, August 17, 2010

Bangun Lan, kita dah lambat!

Alhamdulillah, dah enam hari kita posa termasuk hari ni la kalau sempat berbuka petang nanti. Nampaknya client2 saya semuanya dah balik, maklum la depa ni semua balik pukul 1.20 petang hari ni.

Hari ni client2 saya semuanya periksa Ujian Selaras 2. Tak banyak peristiwa yang menarik hari ni kecuali salah seorang client saya cirit masa di kelasnya.

Oh ya lupa nak ucap selamat berpuasa kepada semua, puasa jangan tak puasa kecuali yang tak boleh puasa tak apalah. Pejam celik pejam celik raya la kita.

Bulan puasa memang banyak dugaan. Client2 cikgu2 di atas tengah sibuk trial SPM hingga ke petang dengar ceritanya. Tak apa banyak pahala beribadat di bulan posa ni.

Masa saya bujang dan tinggal di Taman Melati Kawasan 8 bersama adik saya Onn dulu salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa kami terbangun lewat untuk sahur. Tidak la sampai habis waktu sahur tu, ada la 5 minit lebih kurang. "Bangun Lan kita dah lambat!" kejutnya pagi tu. Entah kenapa la saya sendiri pun tak dengar bunyi jam loceng pagi tu. Pagi tu kami makan lebihan nasi beriani yang kami beli untuk berbuka petang sebelumnya. Ha, ha, ha!

Itu kira ok la ada nasi jugak. Tapi setelah dia kerja kat Sabah, bangun sahur sorang lebih mencabar. Kalau tak makan nasi waktu sahur, bancuh la segelas Nestum 3 dalam 1 dan Ali Caffe segelas. Cukuplah tenaga untuk ke petang tetapi time sahur mesti minum air banyak2, cikgu modalnya air liur.

Alhamdulillah setelah berkahwin makan minum saya terjaga. Pagi2 isteri bangun masak, balik sekolah pun dia masih sempat masak. Hujung minggu masak macam2.

Tahun ni untuk raya baju semua dah siap beli sebelum puasa lagi. Langsuir ehhh silap langsir dah siap gantung seminggu sebelum posa. Rumput carpet yang penuh rumput asing pulak siap potong petang akhir Syaaban. Pokok pisang hutan dah siap tebang buang separuh. Kalau hangpa nak tau walaupun pisang hutan ni kecik sangat untuk dimakan, jantung pisang dia lemak dan sedap dicicah dengan sambal tempoyak.

Alhamdulillah projek buku teks dah siap walaupun tadi editor talipon tanya tentang sesuatu berkaitan buku berkenaan. Dah nak publish katanya. Kalau ada royalti harap2 boleh la simpan sikit nak pi haji, buat tile porch rumah, tukar absorber keta, pasang sayap kat belakang keta, beli kamera digital slr, beli notebook, beli... (macam2 nak beli, cukup ka?).

Projek dengan satu bahagian kpm pun dah habih awal penggal dua yang baru ni. Jadi sekaranglah masanya untuk mula studi kerana nak ambik PTK DG41 yang tahap 2 pulak bulan Oktober nanti.

No comments:

Post a Comment