Penerbangan yang ku claim balik tambang teksi berlepas dari klia pada waktu pagi. Walaupun takut naik kapai terbang kerana takut waktu naik dan turunnya yang menggoncang jiwa, aku lebih takut lagi kena saman polis yang menyorok di belakang pokok getah yang nak menyaman ku kerana bawa keta laju atau potong lori babi di garisan berkembar. Aku rasa kerajaan kita hanya buat jalan cuma dua lorong supaya dia boleh saman orang yang memotong di garisan berkembar, ada la hasil nak buat projek2 mega. Heh...
Sampai di hotel aku check in duduk apartmen dengan member yang datang dari utara dan selatan. Semuanya masih mamai kerana tiba dengan bas ekspres jam 4 pagi tadi. Bila ditanya dah makan ka belum semuanya dah makan di warung berhampiran masjid muktafibillah, pekena pulut ayam. Aku pulak kerana lapar turunlah berjalan mencari warung yang dikatakan.
Nasi lemak sambal ikan kayu/aya, kuih pau inti nyok dan karipap inti ikan kayu menjadi santapan aku tengah hari tu. Aku kemudian berjalan ke kedai shell cari prepaid, membeli keropok losong di warung kuih makcik yang dah nak tutup kedainya kerana meniaga sampai tengah hari saja katanya.
Aku kemudian balik apartmen untuk rehat2 sementara menunggu taklimat jam 3 petang. Tak ada pun rupanya taklimat. Kemudiannya aku bersama2 member yang lain ke stesen bas, member nak beli tiket balik.
Malamnya mesorat pun bermula. Takleh cerita kerana semuanya sulit dan menyulitkan. Hari2 berikutnya ada la pi pasar payang cari keropok keping dan pi losong beli keropok losong. Duit nak beli banyak2 memang ada tapi kederat nak membawanya tak cukup. Ada dalam peti beku belum bergoreng lagi.
Harap2 tak ada mesorat jauh2 dah kot lepas ni.