Saturday, April 23, 2011

...dan baby!!!

Lama jugak tak menconteng kat blog nih. Macam2 komitmen sekarang. Mawar sekarang dah 9 minggu kandungannya. Alhamdulillah, setelah mencuba pelbagai ikhtiar dan dikurniakan juga oleh Allah.
Well, kalau nak tanya ikhtiarnya salah satunya ialah dengan menggunakan debunga kurma. Ini import dari luar negara, kebetulan diberi oleh ibu saudara Mawar yang memperolehinya daripada seorang ustaz yang membelinya dari Makkah. Debunga kurma tu dibancuh satu sudu kecil dengan air masak dan diminum tiap2 malam sebelum tidur. Part tidur itu masing2 pandai2 sendirilah.
Takat ni dah pi scan dah baby di salah sebuah klinik swasta di seremban. Sungguh canggih teknologi sekarang ni, baby umur 9 minggu pun dah nampak dah denyutan jantungnya. Bukan main gembira lagi kami melihat baby dengan degupan jantungnya yang amat pantas. Tak sabar nak menunggu dia lahir ke dunia.
Barang2 baby sekarang ni tengah survey. Takat ni dah beli satu kabinet bajunya, siap pasang sendiri tau. Beli satu raga nak bubuh bekas bajunya dan juga bekas mandinya. Yang bestnya beli tiga2 benda tu kaler pink. Boleh jadi anak pompuan la kot nanti. Tengok Mawar pun tak mabuk teruk sangat, cuma malam2 saja nampak tak larat betul. Orang kata kalau baby duduk diam2 dalam perut maknya dan tak banyak hal selalunya baby perempuan. Lelaki ka perempuan ka kami terima saja dari Allah.
Nanti dah ada baby tak leh la lagi nak meeting jauh2 dan pada hari minggu, sekurang2nya untuk tahun2 awal baby.

No comments:

Post a Comment