Alhamdulillah, setelah diperiksa oleh oleh pakar jantung kanak2 hospital serdang dan pakar kanak2 hospital seremban, baby hanan tak perlu makan ubat2 yang penuh sebekas tu lagi. Dia pun dah boring makan ubat. Daripada mula2nya yang telan apa saja ubat yang disumbat ke dalam mulut sehinggalah dia dah pandai reject (luah balik) ubat2 yang dia rasa tak sedap. Pernah satu peringkat nak bagi dia makan ubat maka bancuhlah dalam susu. Mula2 saja dia akan sedut susu sampai habis tetapi kecerdikkan bayi pramatang terserlah apabila setelah beberapa kali feeding dia akan merasa dulu susu tu ada ubat atau tidak. Dia akan rasa sikit2 dulu dan tak mau hisap setelah terasa ubat yang dibancuh sekali.
Tetapi abah baby hanan kejam macam askar jepun. Nak tak nak terpaksa la dia telan jugak dan taktik bancuh ubat dalam susu terpaksa ditamatkan kerana tak sanggup tengok dia melolong macam kena dera. Dalam banyak2 ubat tu ada satu sirap untuk jantung yang dipanggil sirap fermeusen kot kalau tak salah. Ubat ni expired tiap2 2 minggu jadi kena ambik selalu. Ada sekali tu dalam slip ubat kena ambik pada tarikh 26 disember. Takut farmasi hospital tutup kerana cuti bawaan krismas yang jatuh pada hari ahad 25 disember, call la farmasi tanya tutup atau tidak. Alhamdulillah, buka dan tak terputus la bekalan ubat baby hanan.
Baby hanan dah pandai macam2 sekarang. Kadang2 dia nak pegang botol susu sendiri dah. Belum boleh meniarap lagi (tetapi boleh ditiarapkan kalau nak) tetapi dah boleh pusing2 atas tilam spannya yang makin kemik tu. Kelmarin timbang dah 4.8 kg dan tinggi 52 cm (ka 62 cm?) kalau tak salah. Botol bpa yang dapat hadiah kelahiran dia tu aku isi biji sagu dan jadikan mainan dia, errr, kami goncangkan la. Dah pandai senyum dan gelak. Mulut menceceh cakap apa tak tau la. Kelmarin lepas ambik darah, mencemek2 mulut menangis macam mengadu sakit kat umi dia.
Ada satu malam dia meragam sakit perut. Jadi umi dia dukung bawah kipas. Aku pun pi la dekat muka baby hanan, dia paling muka ke arah lain. Bila pergi pulak ke arah dia paling muka tu, dia paling lagi ke arah lain. Itu maknanya dia dah cam muka abah dan uminya.
Kalau tentang mengecam suara abah dan umi pulak, dari dalam hospital lagi dah cam. Masa dia duduk wad dengan umi dulu bila aku datang melawat panggil saja nama dia dari jauh dah mencangak2 cari sapa yang panggil dia.
Sekarang ni malam2 dia dah lena dan tak berjaga malam macam mula2 balik rumah dulu. Cuma kerana dia rajin pi sekolah macam umi dia, kadang2 kalau terbangun pukui 4 pagi lepas minum susu tu dia tak mau lena dah, excited nak pi sekolah.
Demikianlah kehendak Allah Taala seperti firmannya dalam surah Al-Insyirah, selepas setiap kesusahan dan ujianNya akan ada kesenangan.
No comments:
Post a Comment