Lama tak dan mengarang di sini, sibuk dengan sistem2 (ada yang kata merapu, tapi kalau dah saya yang menurut perintah apa lagi nak dikata) yang aku terpaksa key-in. Abih la kuota broadband dibuatnya.
Mengambil peluang cuti yang agak banyak hari pada sambutan maulidur rasul dan thaipusam yang lalu, kami bertiga telah balik ke pendang. Ini merupakan kali pertama abdul hanan melalui perjalanan yang jauh. Kalau hari tu balik masih dalam perut, kali ni abdul hanan boleh tengok sendiri kubur tok wan dia.
Dalam perjalanan balik kami detour ke pulau pinang. Bukan mencari rojak, pasembur, laksa penang atau buah pala tetapi melawat universiti sains malaysia. Di sini banyak kenangan aku kongsi bersama arwah abah aku.
Arwah abah aku buat degree pertamanya di usm pada lewat 1970an sarjana muda pengajian pembangunan luar bandar kalau tak salah aku. Semasa mengaji tu la arwah kawin dengan mak aku. Setelah bekerja sehingga menjadi penolong setiausaha majlis daerah sungai petani maka pada tahun 1986 dengan dua isteri dan anak 7 atau 8 orang, arwah mengambil cuti tanpa gaji dan meneruskan pengajian peringkat sarjana perancangan bandar.
Waktu tu kemelesetan ekonomi sedang berlaku. Untuk menampung pengajian dan keluarga nasib baik tok dan wan ada banyak bendang. Sifat wan (ayah arwah abah juga imam masjid lahar budi) yang cintakan ilmu pengetahuan menyebabkan beliau tidak lokek mengeluarkan belanja bagi menampung pengajian abah dan juga keluarga.
Waktu itu keluarga aku tinggal di desasiswa bakti manakala keluarga satu lagi pula tinggal di sungai lalang. Hujung2 minggu, time takdak kelas atau assignment abah aku dengan jip suzuki KQ9393 nya akan pulang ke sana.
Hidup time tu sangat susah, tak mewah macam sekarang ni. Budak2 tengah membesar makan banyak mana pun tak cukup. Mak aku tak duduk diam, malam2 buat kuih untuk dijual di kantin2 di kampus. Paling sedih sekali tu masa nak hantar kuih, jatuh basikal habih semua kuih bertaburan atas jalan. Tapi mak tak pernah putus harapan, demi nak bantu suami dan bagi anak2 makan maka diteruskan juga jualan kuihnya.
Aku pun tolong jual jugak kuih tapi tak ada la kelui "kuih, kuih" macam siti nurhaliza tu. Pernah sekali tu tunggu kuih yang dijual di bilik tv asrama budak2 pompuan. Oleh sebab masih kecik lagi (darjah 2 atau 3) akak2 tu tak kacau atau halau keluar.
Puncak kesusahan masa abah mengaji ialah ketika satu kali dia bawa suzukinya atas jambatan pulau pinang tu tiba2 enjin jipnya luruh jatuh atas jambatan.
Bila dah graduate, orang dari brunei turun pada hari graduasi tawarkan pekerjaan. Sampai sekarang tak tau kenapa dia tolak.
Maka hari sabtu tu semasa aku makan kuetiau th'ng dengan mawar dan abdul hanan yang lena dalam stroller, sebak aku memandang rumah kelamin yang pernah aku duduk bersama keluarga aku. Macam2 kenangan abadi di sini.
Aku sendiri belajar peringkat matrikulasi dan ijazah pertama aku di sini. Ada satu hajat yang tak sempat kami tunaikan bersama di sini iaitu sama2 cuti belajar iaitu abah menyambung peringkat doktor falsafahnya dan aku pula peringkat sarjana. Mungkin satu hari nanti mana tau abdul hanan atau adik2nya mengaji di sini, mungkin aku akan sambung belajar. Mungkin time tu aku dah berusia 50 lebih atau 60 lebih tetapi semangat nak kembali ke usm tak pernah padam.
Kami sampai pendang lewat petang. Malam tu ada sedikit kenduri tahlil diadakan. Esoknya kami ke alor belat melawat sanak-saudara yang teringin nak dukung abdul hanan. Nak tunjuk jugak abdul hanan pada orang alor setar tapi depa pulak ke penang pagi tu, ada orang nazak nak mati katanya. Lain kali la noo. Tengah harinya kami pi pekena nasi kandar haji ramli di simpang empat. Mulanya nak makan mee abu di jalan day tetapi tutup la pulak kedai mamak tu hari tu. Hmmm, banyak kali balik tak dapat2 makan lagi.
Esoknya kami pun balik ke seremban dengan turut membawa mak aku yang ada appointment di hospital petronas pada minggu tersebut.
No comments:
Post a Comment