Tuesday, May 8, 2012

Alhamdulillah semuanya selesai juga



Khamis, jumaat, sabtu dan ahad baru-baru merupakan hari yang sibuk bagi kami sekeluarga. Ini kerana kami membuat persediaan untuk majlis perkahwinan paksunya abdul hanan dan juga majlis cukur jambul abdul hanan.
Maghrib khamis tu kami pulang ke pj. Hanan sempat jugak berak masa main stereng kereta semasa tunggu umi dia beli barang2 untuk hantaran paksu dia. Ha ha ha, anak bertuah dah besar panjang dan nak tumbuh gigi dah. Tu yang sibuk mengasah gigi di stereng.
Pada malam sabtu tu, lepas isyak maka berlangsunglah majlis akad nikah di masjid dekat rumah pengantin perempuan. Dalam gelabah tu kesian paksu terlupa jawapan untuk soalan yang ditanya oleh tok kadi. Biasalah tu, kalau kita parkinson macam2 boleh jadi. Nasib baik tok kadi tak suruh jawab jugak2. Ha ha ha!
Setelah akad nikah ada sedikit jamuan kecil di rumah keluarga pengantin perempuan. Sedap jugak nasik ayam malam tu cuma perut aku meragam entah apa yang salah makan pun tak tau.
Esoknya kami menghadiri majlis kenduri sebelah pengantin perempuan yang diadakan di dewan orang ramai yang lama jugak kami pusing2 cari tak jumpa. Maklum la, ramai pula yang buat kenduri kawin kat area rumah pengantin perempuan hari tu.
Mak aku pun turut mai. Naik keretapi malam jadi lone ranger. Setelah abah tak dak raya tahun lepas, dia kerap jalan mai melawat aku dan adik aku lina di sini. Kadang2 sorang, kadang2 ditemani nurain, begitulah nampaknya.
Oleh sebab aku ada kamera video peninggalan arwah abah, (hmmm, sapa pun tak mau benda tu pasai tapak untuk charger dan data transfer dah hilang, nasib baik boleh pinjam sekolah punya sat) maka aku tak la makan dulu dan melilau mengambil gambar suasana majlis. Tiba time pengantin untuk makan beradat (ka beradab?) aku dan mawar pun dipanggil la untuk duduk makan sebelah pengantin. Ha ha ha, merasa jugak lauk pengantin yang sedap2 tu.
Malam ahad tu kedua2 rumah pengantin mengadakan sedikit kenduri tahlil dan arwah. Dalam kegembiraan kita harus mengingati mereka yang telah tiada.
Pagi ahad tu time subuh, announcement dibuat oleh ajk surau hukummiah, ada kematian. Maka majlis cukur jambul abdul hanan delay ke pukul 11 pagi.
Ramai sungguh jiran yang hadir untuk majlis cukur jambul hanan pagi tu. Sepupu aku bang cik fauzi pun ada dalam ramai2 tu. Mereka yang hadir pagi tu marhaban beramai2. Kami bertiga memakai baju putih. Aku dan hanan berbaju melayu manakala mawar berbaju kurung. Teringat pulak time akad nikah dulu pasai baju melayu putih tu la yang dipakai dulu.
Time angkat hanan masa pusing untuk dicukur jambul oleh mereka yang hadir, sebak rasa di hati kerana alangkah seronoknya kalau kedua2 abah kami ada untuk mencukur jambul hanan.
Selesai majlis cukur jambul maka tetamu yang hadir dijemput menikmati jamuan yang turut menandakan kenduri meraikan perkahwinan paksu hanan bermula. Ramai sungguh yang datang. Sebelah keluarga aku antara yang hadir ialah pak andak sekeluarga, pak ngah dan along lina dan pak busu sekeluarga.
Pengantin tiba diiringi kompang jam 2.00 petang. Paling best majlis hari tu ialah pak menakan kami yang sorang tu pukui lagu ada la dekat 5 ka 6 lagu. Ha ha ha, janji happy! Aku ada juga nyanyi dua lagu, anak kampung (jimmy palikat) dan tak perlu diucapkan (sudirman).
Time blog ni ditulis paksu dan maksu hanan sedang berhoneymoon di langkawi. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia bersama hingga ke akhir hayat dari kami bertiga.

Thursday, May 3, 2012

Majlis cukur jambul anak kami

Kepada semua sanak saudara, rakan dan taulan adalah dijemput untuk menghadiri majlis cukur jambul anak kami Abdul Hanan bin Noor Azlan di No 12, Lorong PJS 4/21A, Taman Indah Jaya, 46000, Petaling Jaya, Selangor pada hari Ahad ini, 6 Mei 2012 jam 10.00 pagi.

Pada tengah harinya pula akan diraikan perkahwinan adik kami Azmi bin Mohd Ali dan cinta hatinya Norshahidah binti Mohamed Yusof.
 
Semoga kehadiran kalian akan lebih memeriahkan majlis.