Khamis, jumaat, sabtu dan ahad baru-baru merupakan hari
yang sibuk bagi kami sekeluarga. Ini kerana kami membuat persediaan untuk
majlis perkahwinan paksunya abdul hanan dan juga majlis cukur jambul abdul
hanan.
Maghrib khamis tu kami pulang ke pj. Hanan sempat jugak
berak masa main stereng kereta semasa tunggu umi dia beli barang2 untuk
hantaran paksu dia. Ha ha ha, anak bertuah dah besar panjang dan nak tumbuh
gigi dah. Tu yang sibuk mengasah gigi di stereng.
Pada malam sabtu tu, lepas isyak maka berlangsunglah
majlis akad nikah di masjid dekat rumah pengantin perempuan. Dalam gelabah tu
kesian paksu terlupa jawapan untuk soalan yang ditanya oleh tok kadi. Biasalah
tu, kalau kita parkinson macam2 boleh jadi. Nasib baik tok kadi tak suruh jawab
jugak2. Ha ha ha!
Setelah akad nikah ada sedikit jamuan kecil di rumah
keluarga pengantin perempuan. Sedap jugak nasik ayam malam tu cuma perut aku
meragam entah apa yang salah makan pun tak tau.
Esoknya kami menghadiri majlis kenduri sebelah pengantin
perempuan yang diadakan di dewan orang ramai yang lama jugak kami pusing2 cari
tak jumpa. Maklum la, ramai pula yang buat kenduri kawin kat area rumah
pengantin perempuan hari tu.
Mak aku pun turut mai. Naik keretapi malam jadi lone
ranger. Setelah abah tak dak raya tahun lepas, dia kerap jalan mai melawat aku
dan adik aku lina di sini. Kadang2 sorang, kadang2 ditemani nurain, begitulah
nampaknya.
Oleh sebab aku ada kamera video peninggalan arwah abah,
(hmmm, sapa pun tak mau benda tu pasai tapak untuk charger dan data transfer
dah hilang, nasib baik boleh pinjam sekolah punya sat) maka aku tak la makan
dulu dan melilau mengambil gambar suasana majlis. Tiba time pengantin untuk
makan beradat (ka beradab?) aku dan mawar pun dipanggil la untuk duduk makan
sebelah pengantin. Ha ha ha, merasa jugak lauk pengantin yang sedap2 tu.
Malam ahad tu kedua2 rumah pengantin mengadakan sedikit
kenduri tahlil dan arwah. Dalam kegembiraan kita harus mengingati mereka yang
telah tiada.
Pagi ahad tu time subuh, announcement dibuat oleh ajk
surau hukummiah, ada kematian. Maka majlis cukur jambul abdul hanan delay ke
pukul 11 pagi.
Ramai sungguh jiran yang hadir untuk majlis cukur jambul
hanan pagi tu. Sepupu aku bang cik fauzi pun ada dalam ramai2 tu. Mereka yang
hadir pagi tu marhaban beramai2. Kami bertiga memakai baju putih. Aku dan hanan
berbaju melayu manakala mawar berbaju kurung. Teringat pulak time akad nikah
dulu pasai baju melayu putih tu la yang dipakai dulu.
Time angkat hanan masa pusing untuk dicukur jambul oleh
mereka yang hadir, sebak rasa di hati kerana alangkah seronoknya kalau kedua2
abah kami ada untuk mencukur jambul hanan.
Selesai majlis cukur jambul maka tetamu yang hadir
dijemput menikmati jamuan yang turut menandakan kenduri meraikan perkahwinan
paksu hanan bermula. Ramai sungguh yang datang. Sebelah keluarga aku antara
yang hadir ialah pak andak sekeluarga, pak ngah dan along lina dan pak busu
sekeluarga.
Pengantin tiba diiringi kompang jam 2.00 petang. Paling
best majlis hari tu ialah pak menakan kami yang sorang tu pukui lagu ada la
dekat 5 ka 6 lagu. Ha ha ha, janji happy! Aku ada juga nyanyi dua lagu, anak kampung
(jimmy palikat) dan tak perlu diucapkan (sudirman).
Time blog ni ditulis paksu dan maksu hanan sedang
berhoneymoon di langkawi. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia bersama hingga
ke akhir hayat dari kami bertiga.
No comments:
Post a Comment