Thursday, August 30, 2012

Alor Belat di google map dan pelan rumah arwah tok dan wan





Kenduri Kesyukuran Ditunda Ke Ahad, 16 September 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh kenduri kesyukuran harijadi Abdul Hanan bin Noor Azlan dan open house aidilfitri telah ditunda ke hari Ahad, 16 September 2012 bermula pada jam 12.00 tengah hari (lebih kurang) di rumah kami bernombor 748, jalan bukit galena 15, taman bukit galena, seremban. Kat bawah ni ada peta laluan bermula dari exit seremban yang pertama dari utara/kuala lumpur iaitu seremban labu. Sorilah dalam bahasa inggeris pasal copy dari google maps.




Panduan bagi yang pakai penunjuk arah macam dalam rally pula seperti di bawah.
Plaza Toll Seremban Utara
Seremban, Negeri Sembilan
1. Head northeast on Jalan Sungai Ujong toward Jalan Labu


230 m
2. Turn left onto Jalan Labu

2.0 km
3. (Nampak JPA3 sebelah kiri) then Turn right

240 m
4. Take the 1st right

550 m
5. Take the 1st left toward Jalan Bukit Galena 15

700 m
6. Turn left onto Jalan Bukit Galena 15

210 m

Jalan Bukit Galena 15
Taman Bukit Galena, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Wednesday, August 29, 2012

Kekalutan pagi raya


Gelaran ‘badak’ dan ‘gemuk’ merupakan satu gelaran yang sinonim aku terima masa sekolah rendah. Nak kata gemuk rasanya tak ada la besar mana tetapi mungkin kerana cukup makan mungkin bebudak2 lain yang mungkin tak cukup makan dengki dan menggelar aku sedemikian. Bila dah sekolah menengah hinggalah kerja dan tahun2 awal perkahwinan badan naik sikit2 sehinggalah pernah naik sampai 105 kg (saiz seluar pernah sampai 50 inci) dan kena marah dengan doktor yang buat medikal check up untuk lantikan jawatan kerana dah obes.

Tapi mulai awal tahun ini sehingga posa yang baru tamat tiba2 ukur lilit pinggang mula menyusut. Hari2 akhir tu ada pi ke kedai untuk beli seluar. Pilih saiz 42 inci masa fitting dah muat elok2 tapi bila pakai balik masa raya pun dah longsoih (terjun kalau tak pakai tali pinggang). Nak kata diet tak juga tapi makan memang agak kurang di bulan posa di samping pagi2 minum quacker oat dan susu sebelum ke sekolah.

Bila seluar dah longgar timbul pula kesukaran seluar2 yang dah lama selesa dipakai tiba2 kena ikat dengan tali pinggang pula untuk dipakai. Kalau nak tau, kadang2 bila balik saja rumah, buka pintu, kempis saja perut sikit maka seluar akan terjun depan pintu. Mawar pula kata masa mula2 kawin dulu dia nak peluk pinggang aku tangan tak sampai tapi la ni dah sampai.

Pagi raya di home stay di pendang bila aku try seluar baju melayu yang di tempah pada awal tahun tiba2 mempunyai pinggang yang besar. Rumah tali pinggang tak ada pulak tu. Nasib baik mawar sempat jahit kancing tambahan pagi tu, kalau tidak pakai kain pelikat saja la pi semayang raya.

Oh ya tahun ni kami balik raya pendang dulu. Giliran kampuang den la pulak tahun ni setelah raya kat pj dan melaka tahun lepas. Kami balik naik exora pada malam jumaat tu. Punya la banyak keta sampaikan kami berhenti lena dan semayang subuh di tol kuala kangsar. R&R semua penuh dengan umat manusia termasuk la yang tak raya puasa pun sibuk memenuhkan jalan pada malam tu.

Peel orang malaysia memandu aku tak paham, ada ka naik bukit tekan brek? Orang naik bukit tekan pedal minyak. Merangkak la kenderaan di area ipoh dan area lain yang berbukit.

Had laju pun rasanya kita kena naikkan supaya seseorang tidak boleh memandu kurang dari 120 km/jam hingga 130km/jam bagi lorong laju manakala lorong memotong hendaklah tiada had. Tak perlu kita memandu bawah 110km/jam sedangkan negara seperti jerman yang ada autobahn ‘mencadangkan’ speed limit (Richtgeschwindigkeit) ialah 130km/jam. Had 110km/jam hanya sesuai untuk kereta haji bakhil yang labi bawa dalam cerita labu labi dulu.

Kenapa perlu lebih laju? Ok, teorinya keta depan lajunya 110km/jam, maka katakan yang kedua ikut jarak selamat akan kurang lagi beberapa km/jam, begitulah seterusnya berkurang lagi laju keta yang ketiga, keempat, kelima sehinggalah pak maun yang belakang sekali tu akan bawa keta sambil tekan brek untuk elak melanggar kenderaan belakang.

Tahun ni kami beraya di rumah baru (onn sewa) di sebuah taman perumahan dekat tol pendang. Mak tak tinggal dah di rumah sewa lama di taman mawar setelah beberapa kali dipecah masuk pencuri. Kali terakhir dipecah masuk habis dengan pingat2 kurniaan sultan kedah kat abah pun abih disapu. Pencuri dah pun ditangkap polis tetapi tindakan lanjut sampai sekarang tak dengar cerita.






Pagi raya tahun ni pi semayang raya di masjid tempoyak. Time sampai tok imam tengah briefing pasai semayang raya. Alhamdulillah, selit punya selit merasa jugak aku semayang saf pertama tinggal lagi tak pi duduk belakang imam. Ha ha ha!






Abih semayang raya kami semua konvoi pi masjid lahar budi. Beraya dengan abah, tok dan wan. Menantu yang sulung, sir majidi memimpin bacaan doa pagi tu. 


Kemudian kami pi beraya rumah mak menakan sulung sebelah arwah abah kami, wa. Time sampai tu ada kedua-dua keluarga sepupu lelaki anak arwah kakak abah kami yang tengah pun tengah beraya sama iaitu naim dan asri.






Selepas beraya di rumah wa kami beraya di rumah asri dan naim pula. Rumah depa dua ni dekat dengan tapak rumah tok dan wan. Sayang juga masa pihak muzium negeri kedah mintak nak ambil rumah tok dan wan untuk dipindahkan ke sebelah muzium negeri kedah sebagai rumah warisan di alor setar abah tak bagi. Lepas tok dan wan takdak rumah tersebut terbiar begitu sahaja dimakan anai-anai.
Specialnya rumah tersebut ada satu ruang yang dipanggil lepau. Kat situlah arwah wan yang pernah menjadi imam masjid lahar budi mengajar kumpulan makcik akan hal-hal agama secara mingguan. 




Petangnya kami bertiga pi jalan2 kat pekan aloq setaq. Ikut jalan aloq belat. Sempat la berhenti sat2 tepi bendang posing amik gambaq. Bila sampai aloq setaq kami bergambar kat menara aloq setaq. Hajat kemudian nak makan mee rebus abu jalan teluk wan jah tapi malangnya tokei kedai cuti. Kemudiannya kami menuju pula ke simpang kuala untuk pekena nasi kandar haji ramli tapi signboard kedai kata raya keempat baru kedai buka. Balik la rumah mak makan rendang.







Pagi raya kedua kami pi beraya di rumah lin dan rumah mertua lin pula. Setelah berehat sebentar kat rumah mak, petang tu kami bertolak balik ke seremban. Waktu berhenti di r&r hanan yang pemurah dengan senyuman menerima duit raya dari seorang makcik yang dalam perjalanan nak ke tapah dari terengganu. Dalam pada itu badan hanan mula panas, mungkin penat berjalan dan lena tak puas. Sampai rumah dah agak tengah malam.
Setelah basuh baju dan kemas rumah lebih kurang pada pagi raya ketiga kami bergerak pula ke petaling jaya. Nak raya dengan nenek hanan dan pakcik pulak. Petang tu pegi nagoya kat carefour subang, umi hanan beli kain langsir baru. Lepas tu kami ke klang untuk beraya di rumah lela, yakni mak lang hanan. Punya la lama tak pi klang sampai sesat entah ke mana di taman botani dan sekitar giant kelang tu. Supaya lain kali tak sesat lagi maka terus save koordinat dalam gps lookato yang tahap kepercayaannya sangat rendah tu. Lain kali harapnya tak sesat lagi.
Setelah semayang maghrib kami pi pula beraya di rumah ayah dan mak nazrul (suami mak lang). Kemalangan telah menimpa ayah nazrul pada penghujung bulan puasa di mana beliau telah dilanggar dari belakang oleh kereta semasa bermotorsikal dan patah kaki kanannya (kalau tak silap). Sewaktu tiba malam tu beliau sedang solat di atas kerusi roda dengan kaki yang berbalut. Masuk besi katanya.
Lepas beraya kami balik ke pj. Pagi raya keempat kami pi beraya di rumah pak usu hanan (azmi). Mak su hanan yang berbadan dua siap masak laksa lagi. Setelah itu kami pi beraya di rumah mertua mak su. Sedap juga bihun goreng yang dihidangkan.
Lepas zohor kami pun balik. Hanan yang demam dijaga oleh umi manakala abah mula mengelap kipas, basuh filter aircond dan vakum rumah. Masa bulan posa sori la nak semua2 tu, sempat basuh dua bilik air saja masa bulan posa itu selepas hanan dan uminya lena lepas terawih. Tengah kemas2 tiba2 mak busu telefon nak datang dengan beraya dengan keluarga mak ngah. Maka aku pun berenti la kemas rumah pi beli mee untuk digoreng. Umi hanan pula mula memasukkan kuih2 raya ke dalam balang. Waktu keluarga mak ngah dan mak busu datang dah nak senja. Hanan yang demam pula terkulat2 melihat sepupu2nya yang ramai tu bermain.


Pagi raya kelima kami pi beraya di rumah wan hanan (mak andak aku) di senawang. Kami kemudian ke tesco untuk membeli sedikit barangan untuk buat barbeque semasa keluarga wan hanan datang beraya malam nanti. Malamnya api barbeque yang cuba dinyalakan oleh abah hanan tak nak hidup. Nasib baik la atuk hanan (pak andak) ada dan malam tu kami bakar daging kerbau, sosej ayam, daging burger ayam dan dicicah ayaq asam. Bukan main sedap lagi.






Di sini aku mengambil kesempatan untuk menjemput semua ke majlis kesyukuran ulang tahun pertama kelahiran abdul hanan dan open house aidilfitri pada hari sabtu, 15 september 2012 bermula pada jam 12.00 tengah hari di rumah kami di nombor 748, jalan bukit galena 15, taman bukit galena, seremban. Datang la beraya.

Tuesday, August 14, 2012

Pelita minyak diesel

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kekuatan untuk menamatkan ibadah puasa ramadhan ku pada tahun ini.

Pejam celik pejam celik dah tiba kita ke 10 malam terakhir ramadhan tahun ini. Kalau bebudak nak periksa ini timenya untuk pecutan terakhir kita melipatgandakan ibadah kita di bulan ramadhan ni. Tahun depan belum tentu jumpa lagi ramadhan.

Dengan bonus yang masuk hari ni (9 ogos) maka akan berbondong2lah kakitangan kerajaan membawa keluarga untuk membeli keperluan raya. Apa pun yang dipertikaikan sesetengah pihak tentang keihklasan kerajaan bagi bonus, aku tetap bersangka baik kerana kerajaan kita memang prihatin akan keluh-kesah kita nak sambut raya.

Kami tahun ni takdak menunggu sampai saat akhir nak beli keperluan raya. Baju raya dan keperluan dah dibeli berdikit2 sejak awal tahun. Aku nak pinjam kata2 arwah bapa mertua aku yang disampaikan oleh mawar, “Berapa banyak kali pergi shopping pun tak pernahnya cukup barang yang dibeli selagi tak tiba hari raya.”

Tahun ni macam tahun lepas aku pasang pelita minyak tanah yang diisikan diesel sejak malam 15 puasa lagi. Tak tau la kenapa payah benar nak beli minyak diesel walaupun kita rakyat malaysia. Ada yang beli beratus2, beribu liter (untuk diseludup keluar negara) lepas macam tu saja. Kalau kena tangkap pun nasibnya kurang baik hari tu kerana ada operasi hari tu.

Nak beli minyak tanah untuk isi memang aku tak sanggup, bukan tak berduit tapi kalau satu liter dah lebih harga rm4.50, baik isi petrol ron97 yang harganya rm2.80 oppps rm2.60 seliter.

Kuih raya tahun ni dibuat oleh nenek, mak lang dan umi hanan. Ada cornflake madu, tart gulung dan lain2 lagi. Sedap kuih2 yang dibuat. Kalau beli entah apa2 rasanya.

Kami juga gantung bendera di pagar rumah. Ada la tiga batang bendera kecik iaitu cenderamata masa majlis hari guru bersama tok mat beberapa bulan lalu.

Kami bertiga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua.