Ya Allah ya tuhanku, berikanlah
kekuatan untuk menamatkan ibadah puasa ramadhan ku pada tahun ini.
Pejam celik pejam celik dah tiba
kita ke 10 malam terakhir ramadhan tahun ini. Kalau bebudak nak periksa ini
timenya untuk pecutan terakhir kita melipatgandakan ibadah kita di bulan
ramadhan ni. Tahun depan belum tentu jumpa lagi ramadhan.
Dengan bonus yang masuk hari ni
(9 ogos) maka akan berbondong2lah kakitangan kerajaan membawa keluarga untuk membeli
keperluan raya. Apa pun yang dipertikaikan sesetengah pihak tentang keihklasan
kerajaan bagi bonus, aku tetap bersangka baik kerana kerajaan kita memang
prihatin akan keluh-kesah kita nak sambut raya.
Kami tahun ni takdak menunggu sampai
saat akhir nak beli keperluan raya. Baju raya dan keperluan dah dibeli
berdikit2 sejak awal tahun. Aku nak pinjam kata2 arwah bapa mertua aku yang
disampaikan oleh mawar, “Berapa banyak kali pergi shopping pun tak pernahnya
cukup barang yang dibeli selagi tak tiba hari raya.”
Tahun ni macam tahun lepas aku
pasang pelita minyak tanah yang diisikan diesel sejak malam 15 puasa lagi. Tak
tau la kenapa payah benar nak beli minyak diesel walaupun kita rakyat malaysia.
Ada yang beli beratus2, beribu liter (untuk diseludup keluar negara) lepas
macam tu saja. Kalau kena tangkap pun nasibnya kurang baik hari tu kerana ada
operasi hari tu.
Nak beli minyak tanah untuk isi
memang aku tak sanggup, bukan tak berduit tapi kalau satu liter dah lebih harga
rm4.50, baik isi petrol ron97 yang harganya rm2.80 oppps rm2.60 seliter.
Kuih raya tahun ni dibuat oleh
nenek, mak lang dan umi hanan. Ada cornflake madu, tart gulung dan lain2 lagi. Sedap
kuih2 yang dibuat. Kalau beli entah apa2 rasanya.
Kami juga gantung bendera di
pagar rumah. Ada la tiga batang bendera kecik iaitu cenderamata masa majlis
hari guru bersama tok mat beberapa bulan lalu.
Kami bertiga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada
semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment