Sunday, January 27, 2013

Astro yang loqlaq

malam 22 januari 2013 hari tu dekat2 nak abih berita pukui 9 malam saja2 bukak chanel 104 ria nak tengok cerita apa yang astro "ulang tayang balik" malam tu, ye la nak langgan movie dan citra apa ke nama tu tak mampu, layan je la yang basic. ada ka patut dia tayang macam2 aznil raya sedondon 2007? rugi sungguh bayaq bil mahai2 tayang rancangan ulangan tema raya di bulan bukan raya. kalau cerita p ramlee ka tak la marah, ini rancangan raya. loqlaq sungguh...


Sunday, January 6, 2013

Destinasi Cinta 2, Bukit Fraser

Pada 20 hb (khamis) dan 21 hb disember hari tu menjelang hujung2 cuti persekolahan kami bertiga telah ke bukit fraser. Saja nak pi tengok, nanti orang tak boleh pekonon macam kata mak nurkiah hanum dalam cerita masam2 manis.

Kami bertolak pagi dari rumah ikut lebuhraya lekas kemudian lalu depan sekolah cikgu shaari dalam cerita masam2 manis tu, zoo negara dan masuk lebuhraya pantai timur tu. Lalu genting sempah, gps dah kalut suruh ikut lalu ikut genting highland. Kami abaikan dan turun di raub.

Alhamdulillah, hanan kali ni sihat. Semangat nak jalan2 kot. Lalu ikut raub nak ke buki fraser jalannya agak berliku2. Bawa proton wira banyak kali turun ke gear dua. Lebih kurang kita naik cameron ikut tapah tapi jalannya lebih sempit.

Menjelang tengah hari dah sampai ke kaki bukit fraser. Kami berhenti sat makan dan minum.

Gambar: Di kaki bukit fraser.

Setelah makan dan minum aku sempat bertanya kepada tuan punya kedai akan laluan balik arah yang satu lagi iaitu ikut kuala kubu bharu. Katanya laluannya lebih baik berbanding dari raub. Boleh try time balik esok. Kami kemudian terus menaiki bukit fraser (dengan keta la). Rupanya nak naik cuma jalan satu lorong sahaja dan nak turun esok ikut jalan yang lain pula. Kata mawar dulu2 cuma hanya ada satu sahaja jalan yang digunakan untuk naik dan turun serta ada tetapan masa untuk naik sahaja dan turun sahaja. Jalan naik ke bukit fraser lebih sempit dan tak boleh kita berhenti posing2 ambik gambar. Ha ha ha!

Sampai di bukit fraser kami mencari penginapan dahulu. Boleh pulak ada resort tu tutup bila kami tanya pada hari itu. Ada juga banglo untuk disewa tapi sapa berani duduk sebesar2 rumah hanya 3 orang saja? Ronda punya ronda jumpa shahzan inn yang dekat padang golf di tengah pekan bukit fraser tu. Harganya rm150 semalam sekali breakfast. Kalau esoknya iaitu jumaat, check in rm190 lebih. Untung jadi cikgu boleh jalan2 hari orang lain kerja pada musim cuti sekolah. Aku rekemen shahzan inn untuk orang datang bercuti ke sini kerana biliknya agak selesa, breakfastnya pun bagus dan layanan kakitangan hotel juga baik. Bagi yang tak boleh lena tanpa kipas errr macam aku ni kena bawa kipas sendiri, itu saja.

Setelah mandi dan solat kami pun turun merayau (dengan keta la). Berhenti depan majlis daerah raub dan bergambar kat situ. Kemudian ke suatu medan makan siap ada taman mainan tah apa nama aku dah lupa.

Gambar: Senyum!!!

Gambar: Kali pertama jumpa buaian, lama main. Menangis2 tak nak turun.

Hanan yang dah pandai bertatih tak nak turun bila dah naik buaian. Menangis mencemik2 bila kena turun buaian. Ha ha ha! Kalau nak tau hanan kat rumah atau ke mana2 kami tidurkan dia tanpa buaian. Memang susah sikit kalau nak lenakan dia tapi rasanya nak usung besi buaian tu ke mana2 adalah jauh lebih susah. 
 
Kat medan makan kami cuma order bungkus nasi goreng dan sayur campur. Kat situ kami minum minuman panas dan waffle. Harganya adalah berpatutan. Bila balik ke hotel bila dah makan, hanan dan mawar dah lena aku layan tiwi sorang2. Ooo, lupa nak bagitau tiwi hotel ni ada astro. 

Gambar: Jam ni kalau buat kat tepi rumah kami pun cantik juga.

Pagi esoknya (jumaat) kami bangun awal. Turun makan breakfast sampai kenyang. Tengah hari check out dan sambung ronda2 pekan bukit fraser lagi. Bergambar depan round about yang ada menara jam tu. Kami kemudian balik ikut jalan ke kuala kubu bharu. Jalannya agak baik. Namun jaraknya kena tambah lagi satu jam (4 jam) nak balik ke seremban berbanding kalau datang ikut raub.
 
Bukit fraser ni pada pendapat aku sesuai untuk pengantin baru yang nak berbulan madu dan untuk mereka yang nak merehatkan minda. Kalau nak cari sayur2, strawberi, keledek macam cameron highland tu sini tak ada. Malam2 pula sunyi saja dan tenang sahaja.








Burung arwah abah bela

Arwah abah dulu suka bela burung. Macam2 burung dia bela. Paling awai aku ingat ialah seekor burung kenyalang yang dipanggil Daud masa dia jadi ado kuala nerang. Last2 mati termakan gula2 getah yang dilempar orang lalu lalang tepi kuarters kami tinggal.

Tapi paling banyak sekali abah bela ialah masa tinggal di taman mawar, pendang. Seekor pun tak beli, kebanyakkannya ialah hadiah daripada kawan2nya. Riuh tak riuh dengan bunyi puluhan burung macam2 spesis berkicau, ada sekali tu cikgu lim wah heng (smpk setapak, dah pencen) menelefon aku dan berkata, "I can hear a lot of birds singing in the background. Are you at the zoo now?"

Kat sekolah aku dan rumah aku pun boleh tengok sebilangan spesis yang arwah abah aku bela. Antara yang kerap aku tengok ialah merbuk, punai dan burung merbah batu putih seperti yang aku rakamkan kat bawah ni.

Gambar: Merbah batu putih, betui ka nama dia?

Burung ni semangat tolong-menolong dia sangat kuat. Ada sekali tu kat tepi ppki sekolah aku ni ada sepasang burung membawa anaknya yang baru nak belajar terbang, malang nasib anak burung kerana ditangkap oleh seekor kucing yang tangkas. Riuh-rendah kat ppki tengah hari tu kerana ibu bapa burung telah mendapatkan bantuan geng2nya untuk membantutkan selera sang kucing untuk makan pada hari tu. Tapi bunyi bising kicauan burung tidak berjaya menyekat selera kucing hari tu. Sang kucing dapat makan anak burung tapi bukan dalam keadaan yang tenang. Kami hanya boleh menyaksikan hukum alam berlangsung di depan mata kami.