Tapi paling banyak sekali abah bela ialah masa tinggal di taman mawar, pendang. Seekor pun tak beli, kebanyakkannya ialah hadiah daripada kawan2nya. Riuh tak riuh dengan bunyi puluhan burung macam2 spesis berkicau, ada sekali tu cikgu lim wah heng (smpk setapak, dah pencen) menelefon aku dan berkata, "I can hear a lot of birds singing in the background. Are you at the zoo now?"
Kat sekolah aku dan rumah aku pun boleh tengok sebilangan spesis yang arwah abah aku bela. Antara yang kerap aku tengok ialah merbuk, punai dan burung merbah batu putih seperti yang aku rakamkan kat bawah ni.
Gambar: Merbah batu putih, betui ka nama dia?
Burung ni semangat tolong-menolong dia sangat kuat. Ada sekali tu kat tepi ppki sekolah aku ni ada sepasang burung membawa anaknya yang baru nak belajar terbang, malang nasib anak burung kerana ditangkap oleh seekor kucing yang tangkas. Riuh-rendah kat ppki tengah hari tu kerana ibu bapa burung telah mendapatkan bantuan geng2nya untuk membantutkan selera sang kucing untuk makan pada hari tu. Tapi bunyi bising kicauan burung tidak berjaya menyekat selera kucing hari tu. Sang kucing dapat makan anak burung tapi bukan dalam keadaan yang tenang. Kami hanya boleh menyaksikan hukum alam berlangsung di depan mata kami.
No comments:
Post a Comment