Saturday, June 8, 2013

Sampai satu apa pun tak tau

Bagi yang dah dapat statement daripada bonuslink baru2 ini mungkin akan kecewa dengan perubahan loyalty untuk pengisian minyak dengan shell. Berbanding mendapat satu mata untuk setiap ringgit yang diisi dengan petrol shell, kini pengguna kad bonuslink hanya akan mendapat satu mata dengan setiap pembelian satu liter petrol shell. Ini bermakna kita dapat satu mata bagi setiap rm1.95 bagi yang mengisi ron95 dan rm2.70 bagi yang mengisi ron97. Perubahan ini amat mengecewakan bagi aku yang merupakan salah seorang pengguna yang kadang-kala terpaksa mengisi shell kalau tak ada petron atau petronas.
Dua malam lepas di salah satu stesen minyak shell berhampiran plaza tol senawang, aku gagal menebus 3000 mata untuk kupon rm30. Alasan yang diberi oleh juruwang di kaunter ialah tiada orang yang menjaga komputer di pejabatnya untuk check point. Ada seorang pekerja yang nampak macam manager stesen on duty kat tempat barang2 runcit yang macam tau2 aku tak puas hati dengan keengganan stesen mereka untuk bagi penebusan malam tu. Bila ditanya bila ada orang yang akan jaga komputer dalam pejabatnya, juruwang di kaunter juga jawab tak tau. Akhirnya aku cakap kalau tak boleh tak payah isi minyak dan aku belah macam tu saja. Masa aku nak exit aku bagi lampu tinggi suluh kedai dalam shell tu.
Jawapan tak tau adalah merupakan suatu kepantangan dalam meniaga. Masalah lain yang yang pernah aku alami dengan shell ialah di sebuah stesen yang berhampiran dengan pusat dakwah dekat stadium paroi. Salah satu terminal minyaknya asyik reject kad kredit aku. Kemudian aku beralih ke terminal lain boleh pulak pakai kad kredit aku. Tak puas hati, aku masuk mengadu kepada juruwang kat dalam akan masalah yang dihadapi. Selamba saja dia jawab, terminal tu memang ada masalah untuk pakai kad kredit. Kemudian bila aku tanya kenapa tak tulis sikit "tak boleh guna kad kredit di terminal ini" juruwang kata tak boleh. Kemudian dia tanya pulak kenapa encik marah tak boleh guna kad kredit di terminal tersebut aku cakap balik kerana terminal tersebut dah buang masa aku yang nak bergegas ke tempat lain. Aku demand nak jumpa manager stesen dan sama seperti seperti kes stesen shell kat plaza tol senawang, tak tau bila orang nak ada.
Shell harus mencontohi petronas yang memudahkan penebusan hanya dengan meleretkan kad loyalti di terminal pam. Kalau takut isu sekuriti mungkin shell boleh mencontohi petron yang membolehkan juruwang mengendalikan urusan tersebut di kaunter juruwang dan tidak memerlukan juruwang masuk pulak ke dalam pejabat untuk check point.
Aku dah tawar hati untuk menggunakan bonuslink di shell. Kalau nak menggunakannya pun mungkin kerana tak ada stesen minyak lain atau nak tebus reward harijadi di parkson. Emmm, mana pulak gunting nak potong kad bonuslink ni...

No comments:

Post a Comment