Tuesday, September 23, 2014

Kebocoran kertas UPSR



Aku berasa sangat kasihan kepada budak2 darjah enam yang terpaksa menduduki semula hampir kesemua kertas peperiksaan yang dikhabarkan bocor. Beberapa tangkapan polis bagi mengesan dalang yang mula2 menyebarkan soalan2 tersebut diharap dapat dijadikan pengajaran agar ianya tidak berulang lagi.

Dikhabarkan katanya soalan peperiksaan telah ‘ditangkap’ gambarnya dan dikongsi melalui group whatsapp. Ia lebih canggih berbanding kejadian soalan periksa yang bocor suatu masa dahulu di mana soalan peperiksaan disalin pada carbon copy.

Ada yang menyatakan punca kebocoran soalan disebabkan tekanan mengejar kecemerlangan oleh pihak2 berkepentingan. Ada yang berseloroh kata selepas ini PT3 dan SPM juga akan mengalami nasib yang sama.

Kita tunggu dan lihat.

Berikut aku kongsikan satu imej yang diterima dalam group whatsapp sekolah aku. keh, keh, keh!
 

No comments:

Post a Comment