Thursday, April 7, 2016

Jalan2 Cuti Sekolah: Bukit Merah Laketown Resort (Catatan Lewat)

Cuti pertengahan penggal pertama yang lepas aku dan keluarga balik ke Pendang. Hmmm, panas berbahang equinoks. Bila buka air shower dalam bilik air tu asyik panas je memanjang tak kira mandi waktu awal pagi ka malam ka, macam pasang water heater.
Rumput2 memang kuning la. Ujian Allah pada hamba2nya.Ingat nak melawat saudara2 tapi hanya melawat kubur Abah di Masjid Lahar Budi dan Kedai Nasi Kandar Haji Ramli saja. Tak larat nak berjalan2 dalam cuaca yang panas. Lain kali la ya.

Dalam perjalanan balik kami singgah di Bukit Merah Laketown Resort. Tempat ni kali pertama aku pi ialah bersama dengan keluarga dulu. Ni antara taman tema air yang best pada zaman mula2 buka dulu. Last kali pergi ialah masa mesorat data JPWP KL di situ. Siap dapat pi melawat 'sedara' terdekat kita di pulau tu :)

Mesorat data yang pi tu paling tak boleh lupa ialah batang engkol bas patah ketika menaiki bukit jalan ke resort tu. Hu hu hu!

Kali ni kami memilih bilik penginapan di kampung air errr, bilik biasa tu dah abih. Bilik studio RM400++. Huuu merasa juga duduk bilik mahal. Tak ada pakai trivago ka menda tu. Takut pakai kad kredit :)

Setelah parking di depan lobi hotel, barang2 semua naik buggy tu. Hanan kata hotel ada buggy ada wifi :).
Drebar buggy siap angkat barang naik ke bilik. Bagi la RM5 duit kopi.

Selesai letak barang, kami pun ke Eco Park. Harga tiket budak2 dengan orang dewasa tak ingat. Yang den ingat den sebagai OKU hanya bayar RM10 untuk masuk Eco Park, tree view dan naik love boat.

Melihat haiwan dari view atas pokok. Puas juga memusing pedal basikal dengan tangan.

Nak kacang encik!

Hanim nak pegang hamster.

Hanan melihat merak.

Haaa, ini view Taman Eco Park dari bilik kami.

Makan breakfast sebelum pergi mandi kolam. Tak ada la pi mandi di taman tema air tu, makan kat kolam dekat lobi hotel tu je.

Tak sempat sampai kolam dah main air.

Hanan memujuk Hanim yang menangis.

Tuesday, April 5, 2016

Jawapan untuk komen Honda PCX

Komen 1: (Oleh SoulFly)
maintanance macam mana? minyak hitam and minyak gear, belting dll macam mana? mahal tak nak service moto ni?

Jawapan:
Setakat ni mileage baru 3 ribu km. Baru tukar minyak hitam sekali saja. Ingat nak tukar minyak hitam masa cuti sekolah baru ni. Sibuk jalan2 jadi tak pi. Lagi satu malas nak pi servis sebab belum cukup 5 ribu km dan tak tahan bahang panas equinok. PCX ni naik dalam Seremban saja :)
Rajin2 check takung coolant, musim panas ni coolant berkurang cepat.

Komen 2: (Oleh Unknown)
Pakai je idling stop tu. Sbnrnya ianya satu feature yg sangat berfungsi. Sy dah pakai pcx v2 hampir 3 tahun.60k++ km. Sentiasa on idling stop button. Alhamdulillah bateri masih cun. ( cuma tengah nk cari bateri baru buat standby tak tau bila nk kong )

Jawapan:
Inilah otai sebenarnya. Boleh kita jadikan pusat rujukan.

Komen 3: (Oleh: Are Ziz)
Menarik ..saya memang tengah cari skuter ..sebab nak berulang dalam 100km pergi balik sehari..asalnya cari SYM atau Kymko...tapi ntah macam mana tengok kat website the best scooter PCX150...NO 1/56 tu...

Jawapan:
Skuter jenama apa pun bagus. Janji ada jaminan pengeluar. Tepuk dada tanya selera... errr seluk poket tengok budget :)