Tuesday, April 5, 2016

Jawapan untuk komen Honda PCX

Komen 1: (Oleh SoulFly)
maintanance macam mana? minyak hitam and minyak gear, belting dll macam mana? mahal tak nak service moto ni?

Jawapan:
Setakat ni mileage baru 3 ribu km. Baru tukar minyak hitam sekali saja. Ingat nak tukar minyak hitam masa cuti sekolah baru ni. Sibuk jalan2 jadi tak pi. Lagi satu malas nak pi servis sebab belum cukup 5 ribu km dan tak tahan bahang panas equinok. PCX ni naik dalam Seremban saja :)
Rajin2 check takung coolant, musim panas ni coolant berkurang cepat.

Komen 2: (Oleh Unknown)
Pakai je idling stop tu. Sbnrnya ianya satu feature yg sangat berfungsi. Sy dah pakai pcx v2 hampir 3 tahun.60k++ km. Sentiasa on idling stop button. Alhamdulillah bateri masih cun. ( cuma tengah nk cari bateri baru buat standby tak tau bila nk kong )

Jawapan:
Inilah otai sebenarnya. Boleh kita jadikan pusat rujukan.

Komen 3: (Oleh: Are Ziz)
Menarik ..saya memang tengah cari skuter ..sebab nak berulang dalam 100km pergi balik sehari..asalnya cari SYM atau Kymko...tapi ntah macam mana tengok kat website the best scooter PCX150...NO 1/56 tu...

Jawapan:
Skuter jenama apa pun bagus. Janji ada jaminan pengeluar. Tepuk dada tanya selera... errr seluk poket tengok budget :)


No comments:

Post a Comment