Tarikh: ehhh, salah pulak. Itu untuk format blog PPKI.
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana juga anda berada. Tahun ini aku tak balik beraya di Pendang tetapi balik semasa minggu kedua cuti penggal pertama yang lalu (masa puasa). Minggu pertama cuti sibuk dengan appointment kesihatan Hanan di Serdang, Alhamdulillah setelah echo dibuat, Hanan dah discaj dan tak perlu lagi datang untuk temujanji jantung.
Ini merupakan kali pertama Nissan X-Trail berjalan jauh (balik Pendang). Ok la sikit jalan siang2 bulan puasa dengan suasana jalan yang tidak sibuk. Hmmm, dalam pada tu nampak juga dari celah2 tingkap kereta orang minum air, hisap rokok di waktu siang. Ha ha ha! Aku? Puasa la. Alhamdulillah, sejak darjah 5 @ 6 memang puasa penuh saja sampai umur 37 ni.
Pandu X-Trail lutut pun rilek sikit drive jauh2 kerana ada auto cruise. Sayang duit ka sayang kaki? La ni kesan eksiden tahun 1999 di lutut kanan dah mula rasa dah.
Kami sampai di Pendang dah waktu Maghrib. Buka puasa dengan air Ribena, oren yang dibawa sebagai bekal di depan Kedai Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat. Tunggu sebentar yang ramai2 dalam kedai dah abih makan dan keluar barulah kami berempat masuk makan pula.
Di kedai ni, yang nak bungkus ada satu barisan, yang nak makan satu barisan. Jadi cepat la sikit para pelanggan dilayan.
Balik kali ni aku mengambil kesempatan melawat bapa mertua dan ibu mertua kepada adikku yang jatuh gering sejak beberapa minggu yang lalu. Kemudian pulang ke Alor Belat iaitu kampung arwah Tok dan Wan aku. Singgah sebentar melawat kubur Abah di Masjid Lahar Budi. Syukur kawasan perkuburan semuanya baru dikemas. Hanan dan Hanim pula dah pandai pegang2 batu nisan bertegur sapa dengan Wan (Abah).
Dari kubur kami ke rumah sepupu2 aku pulak iaitu Naim dan Asri. Berkat bulan puasa ada dua-dua keluarga tu pada hari tersebut. Rumah depa berdua ni dibina berhampiran dengan rumah Tok dan Wan aku.
Tinggal kenangan. Rumah pusaka Tok dan Wan ni dah tak ada lagi. Gambar ini dirakam dari sekeping foto di rumah Abang Naim.
Dari kiri mak den, den (yang tak berbaju tu), budak sebelah den ialah sepupu den iaitu Asri, sepupu den Nizam dan moyang den. Baris belakang dari kiri Kak Cik Kiah (sepupu den), Tok den Hajah Mah binti Endut dan Wan den Haji Ahmad bin Ali.
Beberapa hari setelah sekolah bermula aku mendapat panggilan daripada DBP untuk menghadiri satu mesyuarat pembaca luar bagi salah satu buku teks untuk kegunaan tahun 2018. Dapat juga bertemu kembali Dr Kway Eng Hock yang juga merupakan salah seorang pembaca luar untuk buku teks tersebut. Kami berdua bersama Puan Suzana (GPK di SK Kelang) merupakan penulis buku Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan Tahun Satu Edisi Pertama (2011 kalau tak salah). Dalam sembang2 dengan Dr Kway tu, ada kemungkinan dia nak kembali menulis pada tahun hadapan. Aku? Biarlah aku memerhati dari jauh sebagai pembaca luar pun jadilah. Ilmu di dada ni sikit sangat sebenarnya.
Hooo sejuk. Lupa bawa blazer.
Akhirnya raya pun tiba tetapi tetap ada tragedinya di hari Sabtu terakhir Ramadan. Pagi Subuh itu tetiba tekanan air penduduk Taman Indah Jaya menjadi sangat rendah dan akhirnya bekalan air pun terputus. Gila weh, esok nak raya ayaq tak dak. Rupa2nya paip air uzur bawah tanah yang berusia lebih 30 tahun akhirnya pecah pagi itu di tepi jalan besar yang berhampiran.
Kerja2 baik pulih dirumitkan lagi dengan binaan rumah2 kedai kecil di atas rezab jalan. Itulah akibatnya kalau mengabaikan peraturan larangan menceroboh rizab jalan. Bila kami lalu di tepi jalan di mana kerja2 pembaikan sedang berjalan, penuh dengan pakcik2 dan atuk2 yang sesetengahnya menutup kepala dengan tuala mandi (tak sabar nak mandi kot?)
Hari tu kami agak bernasib baik kerana kerja2 memasak dilakukan dengan bekalan air yang dibawa Mak Lang Lela dari Klang. Untuk mandi-manda pula kami menumpang mandi di rumah Pak Long Isa yang terletak berhampiran. Bekalan air hanya pulih sepenuhnya jam 6.00 petang.
Malam itu setelah tamat solat Isyak di Surau Hukumiah, maka tradisi berkunjung takbir raya dari rumah ke rumah pun aku ikuti bersama geng surau. Tapi malam ni hanya rumah mak aku saja yang buat jemputan takbir raya. Yang lain semua surrender tak buat kerana tragedi yang berlaku siang tadi. Salah seorang geng surau turut mengeluh, nak raya tahun ni sungguh mencabar. Jam 12.30 tengah malam tu masa aku nak tidur, terdengar sayup2 makcik di rumah belakang tengah mengomel, "Ni nak masuk daun kunyit pulak." Tak habih masak rendang lagi la tu.
Besoknya setelah mengenakan pakaian terbaik (baju Melayu yang kainnya dibeli di Jakel KL semasa cuti sekolah hujung tahun 2016), aku membawa Hanan bersembahyang raya. Kemudian hantar Hanan balik, bawa Hanim pula ke surau untuk mendengar khutbah raya. Mula2 duduk atas riba kemudian nak diriba kemudian dah bangun berpusing2 tapi dah abih khutbah baru la kami balik.
Habih makan dan minum, kami pun bertolak balik ke Padang Kemunting, Pangkalan Balak, Melaka. Ini kampung arwah Moyang Hanan dan Hanim (Nek Mok). Konvoi empat kereta ini terdiri daripada kereta kami, Pakcik Khairul, Mak Lang Lela dan Pak Su Azmi. Setelah melawat rumah saudara-mara, kami bermalam di Homestay Bunga Tanjung yang pemiliknya merupakan salah seorang daripada ibu saudara Mawar. Malam tu kami bermain bunga api. Menjelang pukul 10 malam hujan lebat pun turun.
Berswafoto pada petang raya pertama di hadapan pintu masuk Chalet Bunga Tanjung.
Pagi esoknya, sesudah Subuh aku keluaq pi beli sarapan pagi di salah sebuah kedai makan yang kebetulan terletak berhampiran dengan Pondok Polis Pangkalan Balak. Mula2 sampai ada dua meja saja yang ada pelanggan. Satu meja ada tiga otai tengah makan, satu meja lagi ada sorang saja tengah makan. Selesai aku memesan makanan untuk dibungkus, berduyun2 orang pelanggan sampai.
Pesanan untuk bungkus 6 nasi lemak, 2 bihun goreng, 2 kuetiau goreng dan 2 mee goreng yang tinggal nak masuk ke dalam polisterine dari tray tak mencabar. Yang thrill order bungkus pagi raya kedua ni tak kira di Pendang atau Pangkalan Balak ialah pesanan roti canai. Aku order 12 keping. Tukang tebar time aku sampai tu baru tengah setup. Tunggu dekat setengah jam juga tapi misi berjaya pagi tu. Yang order 15, 20 keping tak tau la pukul berapa baru dapat pagi tu. Di Pendang pernah sekali aku tengok depan mata aku, customer ambik sendiri roti canai yang baru diangkat dari kuali, masuk dalam pinggan, cedok kuah sendiri, potong que orang lain yang dah sampai lamaaa sebelum dia. Macam tak dak kesan kan ibadah puasa sebulan tu?
Pagi tu sebelum check out semestinya ada aktiviti bermain pasir dan mandi-manda di pantai Padang Kemunting. Land mark chalet yang kami sewa ni ialah Menara Penyelamat JPAM. Ada tapak khemah pengakap juga di seberang jalannya. Tengah hari tu setelah check out, kami semua makan tengah hari di Restoren Pokok Pelam. Lokasinya berhampiran dengan stesen janakuasa elektrik Teluk Gong. Kalau nampak asap2 tu memang itulah lokasinya kerana ada hidangan ikan bakar. Lain2 specialty ada juga sup ekor, sup campur, sup gear box. Don't mess with sambal belacannya, memang pedas tapi sedap.
Konvoi kemudian berpecah. Nenek dikhabarkan ke Nilai 3. Kami pula pulang ke rumah bagi membuat persiapan untuk omak den datang jauh dari Pendang nak beraya dengan kami. Masa balik puasa hari tu aku berjaya memujuk mak untuk beraya di sini. Pak Long Yunus di Moncehster antara yang sangat gembira bila tahu mak nak raya di sini.
Mak tiba dengan Lina, Nurain dan Faris. Dah malam juga sampai. Malam tu kami makan nasi dengan kambing Mydin marinated. Esoknya (raya ketiga) dalam pukul 10 pagi kami konvoi dua kereta ke Gemencheh. Mula2 singgah beraya di rumah Pak Long Yunus di Pekan Gemencheh. Tengah hari tu kami makan bihun soto. Kemudian kami pun balik kulu, istilah kami guna untuk cakap balik ke Kampung Sungai Jerneh. Jalan kampung kami ni jalan mati. Kalau jalan sampai ke hujung akan tiba di empangan air. Sungai Jerneh merupakan salah satu sungai yang dikorbankan untuk pembinaan empangan tersebut. Kecik2 dulu itu sungainya aku, adik-beradik dan sepupu2ku main air. Tapi itu semua tinggal kenangan saja.
Tiba di rumah arwah Atuk dan Uwan den yang kini dijaga oleh keluarga Pakcik Rodhi, dah nampak asap dari bahagian dapur. Ada la benda spesial tengah buat tu kalau nampak asap2 ni :)
Pak Busu tengah mengadjust api untuk memasak rendang maman ayam kampung. Kalau order online RM70 - RM80 sekilo untuk yang dah siap masak. Nak bungkus ni balik makan di Pendang boleh tapi kena drive balik terus la.
Lemang pun ada. 12 batang. Kalau satu unggun api pun dah pedih biji mata, bayangkan dua unggun api.
Hanim excited tengok ayam kampung.
Hanan bermain dengan sepupu2nya.
Kenapa pulak kereta ehhh, SUV tu pun tumpang bergambar sekali?
Kami tak bermalam di kampung tapi petang tu juga balik ke Seremban. Balik ke Somban osah gilo jamn. Bila pikir2 balik tak patut ke mana2 pun hari tu kerana esoknya (Rabu) orang dah mula kerja. Perjalanan yang sepatutnya sejam setengah jadi tiga jam. Tidur malam tu memang pegang lutut kanan la, ha! ha! ha! Orang kata, "Real men use three pedal," aku pun real men juga apa pasai X-Trail ada tiga pedal juga cuma yang kiri sekali tu parking brake, kah! kah! kah!
Esok paginya Tok (mak den) pun bertolak pulang. Cadangnya nak ajak pi Port Dickson tetapi kerana Nurain takut kasut sukan, ayam, lembu dan kambingnya dicuri kawaq dan mat pit yang sentiasa mencari peluang mencuri di Taman Dahlia, Pendang tu maka depa pun balik.
Hanan dan Hanim bermain motor bateri di Mydin Senawang. Operasi mencari kambing marinated untuk tetamu bertandang gagal kerana dah abih. Tapi jumpa juga di Mydin Seremban 2 esoknya.
Keluarga Pak Long Isa, Pak Su Azmi dan nenek datang beraya pada hari Sabtu.
Malamnya Hanan dan Hanim main bunga api bersama Irfan (keluarga Mak Lang Lela datang beraya).
Ya Allah, ketemukanlah kami lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Amin Ya Rabbal Alamin.