Monday, July 17, 2017

Reunion Guru-Guru & Pelajar-Pelajar SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak

Tarikh: 16 Julai 2017 (Ahad)
Masa: 11.30 pagi hingga 1.15 tengah hari
Tempat: Koperasi dan Gelanggang Goalball SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak

One way or the other, i will always miss the blind world. Be it the school, the students or my fellow colleague. Maka apabila saya menerima mesej jemputan untuk menghadiri reunion guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan beberapa minggu yang lalu, saya tidak mahu melepaskan peluang tersebut untuk hadir dan bertemu dengan rakan-rakan yang lama.

SMPK Setapak semasa perasmiannya oleh Dato Musa Hitam (saya tak pasti sama ada sebagai Menteri Pelajaran atau Timbalan Perdana Menteri) pada awal tahun 1980an dahulu hanya berjiran dengan kebun getah dan Kem Wardieburn. Apabila saya dan keluarga berSUV (ha! ha! ha! ni tengah tunggu X-Trail diservis ni, tu yang boleh berblog ni) dari Bulatan Pahang, macam2 bangunan baru telah tumbuh di kiri dan kanan jalan sebelum sampai ke SMPK. Ternyata dalam beberapa tahun semenjak saya bertukar tempat kerja ke Seremban, banyak pembangunan telah berlaku di sekitar kawasan Setapak ni.

Tiba di SMPK, saya amat tertarik dengan surau baru SMPK. Suraunya dahulu terletak di bangunan asrama  lelaki, kini terletak bersebelahan dengan blok yang ada PSS. Ala2 kat RnR PLUS surau SMPK yang baru ni. Syabas kepada pihak sekolah dengan pembinaan surau yang baru ini.

Saya dan keluarga telah disambut oleh Cikgu Fekkeri yang mempersilakan kami terus ke Koperasi SMPK. Oh lupa pula nak cakap, pada hari ini SMPK turut mengadakan Hari/Karnival Koperasi SMPK bertempat di gelanggang goalball sekolah. Sempat juga bertanya kepada cikgu-cikgu yang handle gerai jualan, kena beli kupon ka? Tak ada la cikgu, kita pakai cash aje. Ini saya puji, tak seperti kebanyakan sekolah yang jual kupon RM30, RM50, paksa pelajar dan guru beli kupon tersebut. Kemudian nak dapat untung (atau nak balik modal?), jual air tin yang kosnya RM1 pada harga RM1.50 atau RM2.00. Tu tak masuk jual nugget atau sosej yang very soggy (berminyak). Bukan semua orang reti masak2 ni. Silap hari bulan kena keracunan makanan, semua masuk tv.

Di kedai koperasi, kami telah disambut mesra oleh warga SMPK (dan mantan warga SMPK) yang terdiri daripada Tuan Haji Jalaludin (Pengetua, dulu pernah menjadi cikgu kepada Mawar di SMK Taman Medan), Cikgu Ruziyaton (GPK 1), Cikgu Zinaida (GPK HEM), Cikgu Suriyani (GPK Ko-Kurikulum), Cikgu Chuah (orang kuat koperasi), Cikgu Musfirah, Cikgu Siti Zaiton (mantan KB Teknik & Vokasional), Cikgu Hanafiah (mantan GPK 1), Cikgu Rajaletchumi (mantan orang kuat PSS), Kak Salmah (PAR SMPK), Kak Sivapakkiam (lab assistant SMPK) serta ramai lagi yang aku dah lupa namanya. Memang riuh-rendah bila bersembang, tak tau nak layan yang mana dulu.

Pihak koperasi ada menyediakan juadah ringan untuk dinikmati seperti bihun goreng, kuih-muih dan minuman untuk semua yang hadir. Terima kasih di atas layanan anda semua. Keadaan di dalam kedai koperasi juga sudah banyak berubah. Dah ada banyak aircond, banyak rak jualan, ada air filter Coway, ada pilihan menyediakan air sendiri, peti sejuk malahan peti ais aiskrim pun ada. Bagi saya, dah on par dengan Kedai Koperasi SMK Kota, Kelantan.

Dalam bersembang-sembang dengan rakan-rakan guru, saya juga sempat bertemu kembali dengan beberapa murid yang pernah saya didik seperti Tan Ee Beng, Blaise Yong, Rajeevan, Han Yong dan Fadhil. Mata mereka mungkin buta tapi hati mereka jauh lebih terang daripada saya ni. Saya doakan kamu semua berjaya dalam apa juga kamu usahakan dalam kehidupan ini.

Setelah bergambar, kami ke ke gelanggang pula untuk melihat aktiviti karnival koperasi. Waktu inilah saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan guru seperti Datin Norhayati, Cikgu Amir (masih hensem seperti dulu), Cikgu Zakaria (blogger untuk besiwaja.blogspot.my) dan of course yang turut menjemput saya ke program aktiviti hari ini iaitu Cikgu (Akak) Siti Nurshuhada. Maafkan saya kerana tak dapat berbicara lama dengan kawan2 semua kerana anak2 saya dah macam2 pukul 1 tu kerana dah penat dan mengantuk (sleeping time has come). Maaf juga saya mohon kepada Cikgu Rizal Tan dan Cikgu Jais serta guru-guru lain yang datang pada awal pagi kerana tak sempat berjumpa dengan anda semua.

Moga2 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi pada masa hadapan.

Pergi berburu ke padang datar, ehhh, salah pulak, itu pantun untuk berguru.
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Emmm, pantun ni pun tak sesuai juga. Hentam saja la Labu :)

Bawah ni ada tiga keping gambar yang sempat saya snap untuk tatapan anda semua.




No comments:

Post a Comment