Wednesday, December 11, 2019

Hanim Hanim Bermain Di Rumah Salji Rembau @ NKA Frozen Food

12.00 tengah hari, Selasa, 10 Disember 2019, NKA Frozen Food Rembau

Ini bukan iklan berbayar, sumpah Uncle satu sen pun tak dapat cuma ingin berkongsi salah satu lokasi yang boleh dibawa oleh warga Seremban dan sekitarnya yang ingin membawa anak2 bermain salji di time cuti sekolah ni.

NKA Frozen Food ni terletak kira2 30 km daripada Seremban. Kalau berkereta dari Seremban, lepas sedikit saja daripada Pekan Rembau tu bila nampak banner iklan warna kuning Jeruk Madu Pak Ali tu maknanya nak sampai dah la tu.

AddressLot 1701 Kedai Kampung Batu Nunggul, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

NKA Frozen Food ni selain menjual Jeruk Madu Pak Ali, ada juga jual set pengurusan jenazah @ RM160 (cukuplah mati itu sebagai satu nasihat), gula2 timbang, rempah-ratus timbang, ayam segar, daging lembu, daging kambing, daging diperap sos bbq, barang2 makanan cap Agromas, masak tempoyak daun kayu frozen, rendang maman frozen, kuih-muih frozen.

Belakang kedainya pula ada homestay berkadar rm190 untuk satu hari satu malam. Menurut pemiliknya ada dua bilik berhawa dingin, peti ais, dapur, mesin basuh dan yang kanak2 suka sekali ada satu kolam mandi PVC. Kalau tersosek atau ada kerja kahwin kat Rembau kira sesuai la nak bermalam di sini.

Untuk masuk ke dalam rumah salji pula, bayaran yang dikenakan untuk orang dewasa RM5 manakala kanak2 RM15, kalau salah betulkan kesilapan Uncle. Tempoh masa untuk bermain pula, kalau tak tak ramai pengunjung time kome datang tu, duduklah dalam tu selama mana kome tahan sejuk. Dalam kes Uncle ada la lebih daripada satu jam. Siap boleh keluar, minum dan makan lepas tu masuk balik.

Luas bilik salji ni ada la dalam setengah saiz kontena tu. Selamat berkunjung!




Tak perlu susah2 bawa kasut/boot dan baju sejuk dari rumah kerana memang ada disediakan (included). Ada satu tempat yang Uncle pernah pi di Malaysia, nak sewa kasut harga lain, sewa baju sejuk harga lain. Cuma kalau yang perlu dibawa sendiri adalah sarung tangan dan topi, kalau kebal tak ada pun tak apa.










Sementara budak2 main, ada disediakan kerusi untuk para penjaga duduk. Ada speaker kecik tepi tu yang mainkan lagu2 bertema salji.

Dinosaur bukan tak ada di tempat salji ka? Sesat pula seekor kat sini.





Pehhh, macam betul2 berselfie depan igloo.

Dah lapar kita boleh makan nasi campur kat kedai makan di seberang jalan NKA Frozen Food.

Di Kedai Salai Gunung Resources ni ada macam2 lauk salai masak lemak cili api. Antara yang ada ialah daging salai, ayam salai, keli salai. Dessert ada tapai, dadih dan jeli kelapa. Yang tak nak makan nasi, ada juga laksa dan pelbagai masakan mee yang boleh dipesan.

No comments:

Post a Comment