Friday, April 30, 2010

Pelangi Pagi tu di SMK Pendeta Za'ba

lama tak tengok pelangi...

Selamat Harijadi Sayang Mawar (Rasidah) Abang

29 Mac Khamis baru ni aku dan isteri ambik cuti. Ini bersempena dengan harijadi isteri aku pada hari tersebut. Dia pun agak keletihan kena jadi AJK Statistik Takraw Negeri selama dua hari berturut2 (bajet ciput, sekolah penganjur kena kreatif (PM kita mau kita kreatif...) macam mana nak save budget. ayaq mineral bagi sebotol yang 600ml untuk minum dari pagi sampai petang. makan tengah hari nasi lauk ayam cukup2 seketui sorang dengan jelatah, air sirap. minum petang tak dak langsung, petang tu ketua pengadil sponsor teh o dengan cucuq pisang. pastu game main sampai 9 malam. baju t shirt pegawai memang takdak. Koman sungguh. Berkatalah benar walaupun pahit.)

Malam Khamis tu kami berdua pergi Johnny's di Jusco makan steamboat. Kalau nak ikut nak sedap makan steamboat best lagi di Restoren Nelayan, KL. Nak makan udang tu mula-mula makan ubat alergic (Exede) sebiji, habih makan, makan lagi sebijik. Mula-mula dulu makan habih bengkak muka aku ni. Ha ha ha!

Malam tu nak tengok wayang takdak gambaq yang best. Steletto macam tak best, IP Man dua2 bilik full house, Kick Ass pulak tajuk dia pun dah bunyi hampeh dah. Belilah pop corn panggung tu, balik rumah layan The Day After Tommorrow kat TV2.

Pagi Khamis tu nak bangun segan sunggguh. Sedap tidur lagi best. Dah berminggu2 tak tidur cukup kerana kerja Sabtu dan Ahad (urusan dan kepentingan negara, tak boleh tulih kat sini). Tidur lama pun lagi letih pasai kena brain drain lain rasa penatnya berbanding bersawah, pukat ikan.

Bangun saja kami ke Stadium Paroi pekena Nasi Lemak Restoren Pinggiran. Boleh tahan. Lepas tu kami merayau-rayau area Senawang. Ada la yang dicari kat situ, tak leh bagitau sekarang.

Menjelang tengah hari patah balik ke Restoren Leha World kat area sekolah PZ aku. Sini makan harganya boleh tahan dan sedap pulak kerabu pelamnya. Paling best sekali, ayaq ambik self service. Tambah la berapa kali ayaq tu, tauke tak marah. Habih makan terus balik rumah dan keluaq merayau2 lagi pada petangnya.
Apa yang dicari? Tunggu...

Anak buah aku pun kena pengaruh 1 Malaysia

Budak2 memang tulus hatinya, tiada buruk sangka, tidak tahu apa itu politik, hanya mengikut apa yang ditayang dari TV.
Bila balik Pendang, si yoyo ni cukup takut kat aku. He he he!

INSTALLING LOVE

Thank you Shuhada for the e-mail.

--- On Fri, 4/30/10, Shuhada <*****@gmail.com> wrote:

From: Shuhada <*****@gmail.com>
Subject: INSTALLING LOVE
To: "Noor Azlan" <serikinda@yahoo.com>
Date: Friday, April 30, 2010, 6:21 PM

INSTALLING LOVE

 

* Tech Support: Yes, Ma'am.... how can I help you?

 

* Customer: Well, after much consideration, I've decided to install Love. Can you guide me though the process?

 

* Tech Support: Yes. I can help you. Are you ready to proceed?

 

* Customer: Well, I'm not very technical, but I think I'm ready. What do I do first?

 

* Tech Support: The first step is to open your Heart. Have you located your Heart, ma'am?

 

* Customer: Yes, but there are several other programs running now. Is it okay to install Love while they are running?

 

* Tech Support: What programs are running, ma'am?

 

* Customer: Let's see, I have Past Hurt, Low Self-Esteem, Grudge and Resentment running right now.

 

* Tech Support: No problem, Love will gradually erase Past Hurt from your current operating system. It may remain in your permanent memory, but it will no longer disrupt other programs. Love will eventually override Low Self-Esteem with a module of its own called High Self-Esteem. However, you have to completely turn off Grudge and Resentment. Those programs prevent Love from being properly installed. Can you turn those off, ma'am?

 

* Customer: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

 

* Tech Support : With pleasure. Go to your start menu and invoke Forgiveness. Do this as many times as necessary until Grudge and Resentment have been completely erased.

 

* Customer: Okay, done! Love has started installing itself. Is that normal?

 

* Tech Support: Yes, but remember that you have only the base program. You need to begin connecting to other Hearts in order to get the upgrades.

 

* Customer: Oops! I have an error message already. It says, "Error - Program not run on external components ." What should I do?

 

* Tech Support: Don't worry, ma'am. It means that the Love program is set up to run on Internal Hearts, but has not yet been run on your Heart. In non- technical terms, it simply means you have to Love yourself before you can Love others.

 

* Customer: So, what should I do?

 

* Tech Support: Pull down Self-Acceptance; then click on the following files: Forgive-Self; Realize Your Worth; and Acknowledge your Limitations.

 

* Customer: Okay, done.

 

* Tech Support: Now, copy them to the "My Heart" directory. The system will overwrite any conflicting files and begin patching faulty programming. Also, you need to delete Verbose Self-Criticism from all directories and empty your Recycle Bin to make sure it is completely gone and never comes back.

 

* Customer: Got it. Hey! My heart is filling up with new files. Smile is playing on my monitor and Peace and Contentment are copying themselves all over My Heart. Is this normal?

 

* Tech Support: Sometimes. For others it takes awhile, but eventually everything gets it at the proper time. So Love is installed and running. One more thing before we hang up. Love is Freeware. Be sure to give it and its various modules to everyone you meet. They will in turn share it with others and return some cool modules back to you.

 

* Customer: Thank you, God.


Friday, April 23, 2010

Guru jadi kerani di sekolah?

ARKIB : 10/12/2009 utusan online

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang 'beban kerja perkeranian'.

Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.

Tetapi guru biasiswa, lain pula ceritanya. Mereka perlu membuat salinan borang, mengedarkan borang, mengutip semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yang miskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapi secara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan.

Soalnya, tidak bolehkah kerja mengenal pasti murid dan semua 'kerja-kerja kertas' itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan pengurusan biasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yang sebenar, iaitu P&P?

Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagi orang-orang politik, semua masalah sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. Benar, sekolah memang tempat mendidik, tapi apakah setiap kali ada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru. Tugas guru ialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan kita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu 'merempit salah', 'hisap dadah salah' atau 'mencuri salah', kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri.

Tetapi apabila kita menghadapi masalah mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayah yang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapati murid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan, seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100 persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa yang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil gambar, membuat perancangan tahunan. Ini semua 'kerja-kerja kertas'. Mengapa tidak boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan persatuan ini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktiviti ini.

Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru, misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanya dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit di sekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah). Masalahnya, guru-guru data ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?

Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orang yang paling sakit kepala di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerja melalui guru tingkatan. Guru biasiswa hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Murid kemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan. Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Murid tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelas tak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau kelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang, memang guru boleh kena serangan jantung.

Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu. Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad 001 seawal bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yang hendak mengurus kad 001 itu, sebab hampir semua keperluan maklumat murid akan diambil dari SMM. Jika kita ada setengah juta murid baru masuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk darjah satu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu juta ringgit untuk kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satu juta ini? Dan hal menguruskan kad 001 itu, tenaga siapa kalau bukan guru?

Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guru ini kerjanya mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapa banyak perlu dihapuskan, berapa banyak perlu mohon yang baru, dan berapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini membantu murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut oleh KPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa guru bermandi peluh turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan, ada yang berat. Saya pernah nampak; macam buruh yang kerja membuat bangunan.

Saya tidak nafi, di luar negara pun amalannya ialah melantik guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak kerja pentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masa kerja? Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besar mereka pun mengajar hampir separuh daripada masa kerja dan membuat kajian tindakan. Adakah Guru Besar dan Pengetua kita membuat kajian tindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan semua guru membuat kajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian 'depan komputer' kerana kesuntukan masa.

Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas hakiki guru kita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddin bercakap tentang beban kerja guru?

Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihan guru sukan, supaya guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasan kokurikulum, sebagai usaha mengurangkan beban kerja guru?

Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang pendidikan lebih sedar hakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? dan mengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah ada Tonggak 12, kalau bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yang digariskan dalam Tonggak 12, dek kerana kerja-kerja perkeranian ini? Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak 'kerja-kerja kertas' dibuat oleh guru?

Wednesday, April 21, 2010

Sapa nak mandi kolam bawah fly over antara Hospital PPUM dan KWSP?

Pagi tu hujan lebat baru seriyat di Petaling Jaya. Pagi-pagi lagi kena pi bengkel di sebuah agensi kerajaan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Melalui federal highway kenderaan tak berapa banyak, tak ramai yang kerja hari Sabtu.

Sampai saja dekat area PPUM dan KWSP, dari jauh nampak bertaburan anak patung, plastik dan beg atas jalan di ketiga-tiga lorong jalan. Lorong perlahan dan lorong laju dah digenangi air sedalam betis kalau tak salah. Nak lalu cuma boleh guna lorong memotong saja. Di tepi jalan pula nampak sebuah Viva, Wira yang eksiden tu.

Siapa yang nak disalahkan. Mudah untuk menuding jari kata pemandu tak berhati-hati namun aku rasa kereta Viva tu masa nak sampai kat bawah fly over tu mesti drivernya mengelak dari lorong laju masuk ke lorong memotong dan bammmmm! Kena bantai dari belakang oleh Wira.

Kalau kat US dan Europe sana dah kena saman dah JKR dan kerajaan tempatan kerana gagal memastikan jalan boleh digunakan dengan selamat tapi yelah kat sini tak pernah lagi kena saman kecuali PLUS kerana lembu langkah ke lebuh raya, kereta langgar, orang mati. Saman kerana cuai memastikan keselamatan pagar. Hemmm, entahlah...

Berhati-hati memandu lebuh raya Seremban – Kuala Lumpur waktu hujan

Kemalangan yang telah menimpa Achik Spin baru-baru ini telah mengingatkan aku untuk menulis tentang betapa merbahayanya laluan lebuh raya utara selatan di antara Seremban – Kuala Lumpur.

Dulu masa berulang Seremban – Kuala Lumpur kalau hujan saja mesti akan ada kemalangan antara R&R Seremban dan tol Seremban. Buktinya jelas kelihatan pada divider-divider tengah lebuh raya yang dah banyak bengkang (bukan kuih bengkang) -bengkong kesan hentaman kenderaan.

Salah satu faktor selain kerana manusia ialah bentuk jalan itu sendiri yang menjadi alur sungai bila hujan. Bagi yang memandu di lorong memotong ada baiknya memandu di lorong tengah atau di lorong perlahan terutamanya di satu curve antara tol Seremban dan R&R Seremban kerana di garis putih yang memisahkan lorong laju dan lorong memotong akan ada anak sungai dan lopak air di situ.

Bagi yang terkejut tayar kirinya tiba-tiba termasuk ke dalam sungai atau lopak air tentu akan counter stering ke kanan dan bammmm! Eksiden la jawabnya. Lebih malang lagi orang dari belakang akan turut langgar anda.

Kalau perlu juga memandu di lorong laju tu pada waktu hujan, bawalah berhati-hati. Ada baiknya juga kalau anda memakai tayar yang berkualiti tinggi yang bunganya berbentuk V. Kalau pakai tayar bunga straight macam tayar Silverstone yang pernah aku eksiden hari tu jaga-jagalah.

Tuesday, April 20, 2010

Semoga Achik damai di sana...

Travelling does wear you down.
I wonder what really happened coz I was in the same position travelling seremban - kl.
Penat woo.

Takziah kepada keluarga Achik

Petikan Utusan Online 20 Mac 2010

Semoga Achik damai di sana...

Saat bahagia Achik dan Tasha ketika menyambut kelahiran, Putri Salfiah dua tahun lalu.

SEBILANGAN besar daripada kita menyifatkan pemergian penyanyi muda, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, dalam kemalangan di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban, Sabtu lalu sesuatu yang amat menyedihkan.

Hayat Achik sudah ditakdirkan Allah berakhir dalam situasi begitu. Kita yang mengenalinya dari jauh hanya sekadar mampu berdoa memohon Ilahi menempatkan Allahyarham di sisi orang-orang yang beriman.

Ketika ini juga, orang yang paling sedih pastinya isteri Achik, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 26 atau lebih mesra disapa sebagai Tasha.

Kepada Tasha, Achik bukan hanya pergi membawa cinta yang mereka semai selama ini, tetapi Allahyarham pergi membawa bersama perjuangan dan pengorbanan yang terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Tasha punya sebab untuk merasa sugul kerana suami yang selama ini menjadi pelindung kepada dia dan dua orang anak mereka, Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, tidak akan kembali lagi untuk terus menganyam buih-buih cinta.

Masih jelas melekat di fikiran Tasha perbualan terakhir dengan Allahyarham kira-kira setengah jam sebelum mereka bercerai mati.

Dalam perbualan itu, Achik kata Tasha, beria-ia mahu membawa dia dan anak-anak mereka menghabiskan masa bersama.

"Allahyarham bercadang membawa kami keluar berjalan-jalan. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, saya mendapat satu panggilan telefon mengatakan suami saya itu terbabit dalam kemalangan jalanraya dan sudah meninggal dunia," katanya yang merasakan dunia di sekelilingnya gelap gelita kala mendapat berita sedih itu.

Kesayuan dan kesedihan Tasha tambah berganda bila mengenangkan suaminya yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas jauh di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Allahyarham Achik dari kaca mata Tasha merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan meletakkan keluarga sebagai keutamaannya.

Kesediaan Achik berulang alik antara Ampangan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari rezeki sudah cukup untuk menggambarkan Allahyarham tidak pernah mengabaikan isteri dan anak-anak.

Achik menghembuskan nafas terakhir dalam kecelakaan jalanraya selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.

Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam

Achik sebelum itu muncul dalam rancangan Gah 1 yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.

Bagaikan sudah tahu yang dia bakal menemui ajal, Achik beberapa kali berpesan kepada isterinya supaya menonton rancangan tersebut.

"Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur dia berpesan kepada saya supaya jangan lupa menonton rancangan Gah 1 bersama anak-anak kami. Saya tidak sangka, itu rancangan TV terakhirnya yang kami sekeluarga tonton," katanya ketika ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan tempat jenazah Allahyarham suaminya disemadikan.

Sambil mengesat air matanya, Tasha juga menceritakan bahawa Allahyarham merancang untuk mengecat rumah yang baru didiaminya sejak kira-kira seminggu lalu di Taman Desa Rose, Ampangan yang sepatutnya dilakukan Ahad lalu.

Kesedihan dan kepiluan turut dirasakan oleh seorang teman Achik yang berada bersama-sama Allahyarham dua jam sebelum takdir ini berlaku.

Apa yang menyentuh emosi Fatul Rahim Salim atau Amy yang juga Pengurus Promosi di syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) ialah sebelum masing-masing berpisah untuk pulang selepas selesai tugas di RTM, Allahyarham memberikan lambaian buatnya.

Pada pemahamam Amy, lambaian Achik itu saling tidak ubah seperti lambaian yang lazimnya diberikan oleh orang lain sebelum berpisah. Namun, tidak pula terfikir lambaian itu yang terakhir daripada seorang artis yang pernah diuruskannya.

Sehingga ke akhir hayat Achik, penyanyi kumpulan pop rock itu dan Amy, cukup rapat dan hubungan mereka sangat akrab dan sudah seperti abang dan adik sejak mereka sama-sama terlibat dalam industri muzik lebih sedekad yang lalu.

"Selepas habis siaran langsung rancangan Gah 1 yang dijayakan Achik dan Nana di Wisma TV, Angkasapuri, saya dan Allahyarham berjalan bersama-sama menuju ke kereta kami yang diletakkan di kawasan parkir di situ.

Lambaian terakhir

"Sewaktu menuju ke keretanya, arwah sempat melambai-lambaikan tangannya kepada saya. Sebelum ini, dia tidak pernah berbuat begitu. Saya tidak sangka itu adalah lambaian terakhirnya kepada saya," kata Amy dalam nada sebak kepada Hits sewaktu ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan, Negeri Sembilan sejurus selepas majlis pengkebumian Achik Ahad lalu.

Sifat luar biasa Achik bagaimanapun, disedari Amy sebelum siaran langsung Gah 1 apabila dia banyak berbual dan bertegur sapa dengan para krew RTM yang menjayakan siaran langsung rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah lihat dia (Allahyarham) macam itu sebelum ini. Bukan itu sahaja, pada awal pertemuan kami di Angkasapuri pada petang tersebut, arwah panggil saya dengan menyebut nama penuh saya iaitu Fatul Rahim.

"Ini juga tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sebelum ini, arwah hanya panggil saya Abang Amy sahaja. Saya tidak menyangka itu mungkin tanda arwah mahu meninggalkan kita selama-lamanya," ujarnya lagi.

Dalam Gah 1 tempoh hari, Allahyarham menyanyikan lagu secara solo berjudul Kau Yang Ku Cinta dan berduet dengan Siti Nordiana atau nama dalam lagu Mencari Ketenangan.

Menurut Amy, sepanjang lebih 10 tahun menguruskan aktiviti nyanyian Achik, dia tidak menghadapi masalah, sebaliknya Allahyaraham merupakan seorang yang mudah menerima teguran dan sentiasa memberi kerjasama kepadanya.

"Bagi saya, Achik antara artis di FMC yang mudah untuk saya uruskan. Saya kenal dia hampir 11 tahun lalu dan hubungan kami bukan lagi seperti pengurus promosi dan artis, bahkan kami sudah seperti adik beradik," ujar Amy menjelaskan hubungan akrab beliau dengan Allahyarham.

Kini Amy tidak punya ruang atau kesempatan untuk melalui semua itu dengan Achik lagi. Bukan saja Amy bahkan isteri Allahyarham, Tasha dan dua orang anaknya juga harus menerima apa yang sudah ditentukan oleh Ilahi dengan reda.

Itulah perjanjian antara Abdillah Murad Md. Shari atau Achik dengan Allah.

Tiada siapa di antara kita yang boleh mempersoalkan ketentuan ini kerana sebagai umat Islam kita harus akur dan reda bahawa ajal dan maut adalah kerja Allah.

Buat Achik, kami pasti akan merinduimu. Damailah kamu di sana wahai

Friday, April 16, 2010

Mendalami lirik Bangau oh Bangau dari satu sudut yang lain...

Bangau oh bangau!
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Jumaat, 21 Mei 2004 @ 9:39:39
Topik: Tazkirah

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta
diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

Friday, April 9, 2010

Tiger yang garang

Dalam farmville mungkin belum ada anjing jaga ladang lagi tapi belakang rumah ni dah ada seekoq anjing gelandangan (merempat). Kami panggil dia Tiger. Aku weu wit sikit teruih dia mai. Tiger ni garang jugak, pantang dengaq bunyi motor teruih dia kejaq. Sebab tu la dah lama aku tak berani naik moto keliling taman, takut dia ligan. Ada sekali tu pak guard kayuh gerek (basikal) dia ligan sampai dapat gigit tayar belakang. Pecah weh! Kasut pak guard pulak kena gigit, terus resign pak guard tu.

Terbanglah punai

Kalau korang nak tau kat belakang rumah ni ada sepasang anak burung punai suka landing ataih daun pisang. Sambil2 tu cari makan kat rumput karpet. Dalam tu duk tengok ada ibu dengan bapa dia yang masih observe dari jauh.

Jalan2 Tree Top Walk Sungai Sedim

Cuti sekolah yang baru ni aku sempat pi Tree Top Walk (TTW) di Sungai Sedim, Kulim. TTW ni dah dibuka secara rasminya oleh KDYMMulia Sultan Kedah pada tahun 2009. Inilah kali pertama aku pi ke sana bersama isteri, mak dan abah. Abah aku kebetulan hari tu ada mesorat di Kulim jadi hanya kami 3 orang saja la yang naik. Naik TTW ni tak la segayat naik yang kat Hutan Negara di Pahang nun kerana struktur binaannya yang diperbuat daripada besi berbanding yang di Pahang yang buat pakai tali saja.Lepas naik TTW aku turun mandi kat tempat flying fox bawah tu. Memang best, lama dah tak mandi ayaq sungai.

Tuesday, April 6, 2010

JPA3 datang menyelamat

Hari ni den kughang sihat, sakit tekak, selsema dan batuk. Walaubagaimanapun den totap poei sekolah. Potang nyo, sampai yo den kek ghumah, den terus vakum sikit ruang tamu yang kebetulan penuh dengan semut merah yang dah padam kena spray pagi tadi masa nak pi sekolah.
Habih yo vakum, ternampak van JPA3 berhenti depan rumah Cikgu Lee, jiran sebelah ghumah ni. Bukak la pintu, yo lah jiran prihatin la kato kan, mana tau ada yang cedera ka apa. Sekali anggota JPA3 tu meninjau pokok depan rumah jiran den. Humang hai, bosa gadang sarang penyengat tergantung ataih pokok. Mulo2 anggota JPA3 tu mintak la spray serangga kat jiran den, sekali dia bawak keluar yang water based punya, tak leh la spray buat flame thrower tu. Den pun bagi la yang den punyo. Apo laei spray la anggota JPA3 tu kat sarang penyengat tu. Terima kasih anggota2 JPA3 kerana menyelesaikan masalah dengan cepat.

Monday, April 5, 2010

28 Mac 2010 Nurul bertunang dan Jepah kawin

Itu hari den balik kampuang den kek Monceh. Sepupu den yang duo oghang tu soghang bertunang dan soghang laei kawin. Ucapan tahniah ajo lah yang dapek den sampaikan. Moga2 diberkati Allah Taala.

Last of the Wira aka Evo 3..

Bangun pagi tu nak pi kedai beli tauge masuk dalam kuetiau goreng baru perasan meter keta ni 66000 km. 66000 yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Dengan keta ni la aku amik lesen, maklum la kerajaan kita tak mampu nak adakan banyak keta auto untuk OKU macam aku ni ambik lesen. Dengan keta ni jugak la aku bawak mak dan adik pi Cameron Highland makan angin, ehh silap makan strawberi. Dengan keta ni jugak la aku bawak tunang (sekarang isteri) pi Cameron Highland jalan-jalan. Keta ni dah pernah sampai Pantai Timur masa aku mesorat kat K Terengganu dan juga rombongan meminang adik aku kat Kg Labok, Kelantan. Keta ni jugak dah kena saman dua kali, kali pertama pasai potong double line dan sekali lagi pasai eksiden, langgar nazir sekolah lagi. Keta ni juga pernah menjadi jet pejuang ketika berulang-alik Seremban-KL-Seremban masa keja kat Setapak dulu.Takat la ni
macam2 yang dah pernah rosak kat keta ni, nak manja2 dengan aku la katakan. Yang eksiden dengan nazir hari entah la apa yang rosak kat depan tapi semua insuran bayaq la. Lampu signal kanan dan brek ketiga dah pernah tukar. Side mirror kanan pun dah patah, aku nak lipat ke dalam masa parking, terus patah. Eksorber dah pernah tukaq sekali, mungkin nak kena tukaq pulak yang belakang pasai dah bunyi tikus. Anak buah aku yang dua tahun hari tu naik keta dia concern bunyi apa tu? Bila jawab kata bunyi tikus terus dia kata syoh, syoh. Ha ha ha! Bracket windows dah tukaq kiri dan kanan untuk penumpang hadapan dan driver. Sport rim dah pasang yang set kedua. Tayar pulak Hankook HP199, bentuk V bunganya. Tobat tak pakai bunga straight dah lepas eksiden hari tu. Ekzos pun dah tukaq kepada yang bunyi kuat sikit. Minyak RON 95 buleh isi tapi selalunya batuk2 dan takdak pick up. Kalau RON 97 ok je, kalau V Power, dia naik bukit ontokkk yo bunyi nyo jang oi. Loan ada 6
tahun lagi, harap2 boleh pakai sampai habih la keta ni.

Nurhanni / Yaya

Yang pulak Nurhanni, adik kepada Yoyo tadi. Tuk dia panggil dia Yaya. Sekali tengok macam jantan tapi pompuan.

Nurhanna / Yoyo

Yang ni anak buah aku, anak sulung adik aku. Nurhana nama dia tapi tuk wan dia panggil dia yoyo. Budak ni cukup takut dengan aku, tengok sikit saja mesti terus nangis.