Wednesday, April 21, 2010

Berhati-hati memandu lebuh raya Seremban – Kuala Lumpur waktu hujan

Kemalangan yang telah menimpa Achik Spin baru-baru ini telah mengingatkan aku untuk menulis tentang betapa merbahayanya laluan lebuh raya utara selatan di antara Seremban – Kuala Lumpur.

Dulu masa berulang Seremban – Kuala Lumpur kalau hujan saja mesti akan ada kemalangan antara R&R Seremban dan tol Seremban. Buktinya jelas kelihatan pada divider-divider tengah lebuh raya yang dah banyak bengkang (bukan kuih bengkang) -bengkong kesan hentaman kenderaan.

Salah satu faktor selain kerana manusia ialah bentuk jalan itu sendiri yang menjadi alur sungai bila hujan. Bagi yang memandu di lorong memotong ada baiknya memandu di lorong tengah atau di lorong perlahan terutamanya di satu curve antara tol Seremban dan R&R Seremban kerana di garis putih yang memisahkan lorong laju dan lorong memotong akan ada anak sungai dan lopak air di situ.

Bagi yang terkejut tayar kirinya tiba-tiba termasuk ke dalam sungai atau lopak air tentu akan counter stering ke kanan dan bammmm! Eksiden la jawabnya. Lebih malang lagi orang dari belakang akan turut langgar anda.

Kalau perlu juga memandu di lorong laju tu pada waktu hujan, bawalah berhati-hati. Ada baiknya juga kalau anda memakai tayar yang berkualiti tinggi yang bunganya berbentuk V. Kalau pakai tayar bunga straight macam tayar Silverstone yang pernah aku eksiden hari tu jaga-jagalah.

No comments:

Post a Comment