Wednesday, April 21, 2010

Sapa nak mandi kolam bawah fly over antara Hospital PPUM dan KWSP?

Pagi tu hujan lebat baru seriyat di Petaling Jaya. Pagi-pagi lagi kena pi bengkel di sebuah agensi kerajaan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Melalui federal highway kenderaan tak berapa banyak, tak ramai yang kerja hari Sabtu.

Sampai saja dekat area PPUM dan KWSP, dari jauh nampak bertaburan anak patung, plastik dan beg atas jalan di ketiga-tiga lorong jalan. Lorong perlahan dan lorong laju dah digenangi air sedalam betis kalau tak salah. Nak lalu cuma boleh guna lorong memotong saja. Di tepi jalan pula nampak sebuah Viva, Wira yang eksiden tu.

Siapa yang nak disalahkan. Mudah untuk menuding jari kata pemandu tak berhati-hati namun aku rasa kereta Viva tu masa nak sampai kat bawah fly over tu mesti drivernya mengelak dari lorong laju masuk ke lorong memotong dan bammmmm! Kena bantai dari belakang oleh Wira.

Kalau kat US dan Europe sana dah kena saman dah JKR dan kerajaan tempatan kerana gagal memastikan jalan boleh digunakan dengan selamat tapi yelah kat sini tak pernah lagi kena saman kecuali PLUS kerana lembu langkah ke lebuh raya, kereta langgar, orang mati. Saman kerana cuai memastikan keselamatan pagar. Hemmm, entahlah...

No comments:

Post a Comment