Kelmarin semasa membaca blog cikgu zakaria (besiwaja.blogspot.com) aku terkejut dengan blognya yang memaklumkan bahawa akaun e-melnya telah diceroboh oleh individu yang tidak dikenali. Lebih malang lagi individu tersebut telah mengarang e-mel palsu kepada rakan2nya menyatakan beliau berada di luar negara, dirompak dan memerlukan bantuan kewangan yang boleh disalurkan melalui satu nombor akaun.
Saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Semasa belajar paper network di universiti dulu ini dipanggil masquerading atau penyamaran. Banyak e-mel spam seperti ini turut saya terima sehingga kini dan saya padam saja tanpa membacanya. Ada sekali terbuka e-mel sedemikian telah mengakibatkan yahoo memblok saya menghantar e-mel beberapa ketika.
Walaupun saya lulusan jurusan sains komputer tetapi saya tak pernah yakin dengan kebolehpercayaan untuk urusan duit secara online. Kad kredit pun hanya guna untuk isi minyak saja dan tak pernah beli tiket online atau barang2 online. Akaun e-mel, no ic, no akaun bank, alamat rumah, no tel, no plate kenderaan tu semua rahsia kita yang perlu kita simpan dan tidak boleh dishare sewenang2nya seperti dipostkan di facebook.
Kalau anda melancong atau ke mana2 meninggalkan rumah untuk satu tempoh yang lama adalah menjadi kepantangan untuk memberitahu bahawa anda akan meninggalkan rumah. Ada orang yang bangga post di wall facebook, "Bestnya esok kami nak pi langkawi satu minggu," atau "Bestnya makan barbeque di pantai cenang malam ni!" Kenapa tak boleh buat demikian? Tahukah anda bahawa bakal penjenayah (mungkin kenalan facebook) yang tahu di mana rumah anda, boleh datang memecah masuk rumah anda dan menyapu bersih harta benda anda?
Saturday, February 19, 2011
Kenduri Kawin 2 Sepupu Mawar di Pengkalan Balak.
Hari ahad baru ni kami berdua balik ke rumah nenek mawar di pengkalan balak, masjid tanah, melaka. Kali ini anak pak ngah mawar melangsungkan perkahwinan. Dua beradik sekali iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kami bertolak agak tengah hari dari seremban dan sampai lebih kurang sebelum pukul 1 petang. Time sampai pengantin2 tengah bersiap2 nak berarak masuk. Sepasang hijau sepasang lagi emas. Bukan main meriah tetamu yang hadir. Ada live band entah apa namanya tapi yang pastinya bukan band orang butalah.
Hari tu ada nasi minyak, nasi putih, gulai dagin, sambal ayam, nanas masak lemak, tapai sarimah dan sirap. Mesti la sedap, salah sorang tukang masaknya ialah mak mawar. Makan sambal ayam saja dah boleh agak mak yang masak.
Perarakan masuk pengantin diiringi oleh kompang. Berdentum2 bunyinya. Mula2 biasalah ada majlis bertepung tawar. Selesai bertepung tawar sampailah timenya untuk santapan pengantin. Kameraman2 tak henti2 mengambil gambar.
Selesai makan aku sempat melayan karenah bujang2 nenek yang bertiga tu. Bila tiba waktu zohor aku pun pi solat zohor di surau nenek jemaah. Selesai solat aku pun baring2 dan terlelap. Bila tersedar dah pukul 4 dan setelah salam2 dengan sanak saudara, kami pun balik la ke seremban. Trafik time balik kira ok la, agaknya orang dah puas berjalan masa raya cina hari tu (duit dah abih kot).

Naik Bot Cinta Sayang di Tasik Putrajaya
Time cuti sekolah raya tahun baru cina baru ni aku tak ke mana2 dan hanya berada di rumah. Entah kenapa cuti panjang kali ini tak terlintas di hati nak ke mana2. Mungkin nak balas dendam tak puas cuti panjang semester yang lalu kerana kerap masuk mesorat di samping satu mesorat yang berlangsung semasa cuti thaipusam yang aku dapat suratnya lambat tapi pergi la jugak.
Cuti sekolah juga agak boring kerana keta aku masuk bengkel. Time tulih blog ni keta masih di bengkel kerana tauke kedai tu cuti raya sejak 31 Januari hari selama 10 hari. Tunggu insurans nak approve untuk boleh amik keta. Ikut hati nak saja repair pakai duit sendiri (mentang2 la cek penilai dah dapat keh, keh, keh) tetapi memandangkan dah jadi kes polis tunggu saja dulu. Sekarang berulang ke sekolah dengan Honda Wave 125 yang masih setia. Walaupun lama tak start, tarik choke, press starter, Insya Allah hiduplah motor.
Naik moto ke sekolah memang cepat sampai. Cilok sana cilok sini kejap saja dah sampai tapi 20 minit la jugak. Boleh laju lagi tapi nanti takut tak sampai2 la pulak. Petang2 aku takut hujan turun masa nak balik sekolah. Dulu kat setapak boleh la redah balik cepat2 kerana trafik light ada 3 batang saja sebelum sampai ke sekolah. Pendek kata kalau 7.20 pagi baru start motor 7.30 pagi dah boleh punch kad.
Pada pagi hari Jumaat, 4 Februari yang lalu aku sempat membawa isteri aku jalan2 di putrajaya. Sampainya kat situ destinasi pertama yang dituju ialah taman tasik botani kot kalau tak salah la. Ha ha ha, walaupun kerap pi putrajaya untuk mesorat tapi tak pernah jalan2 kat sana. Di tasik tu kami berdua berjalan sekeliling tasik tu. Pengunjung tak la ramai, aku bilang ada la dalam tak sampai 30 orang. Yang ramai aku nampak ialah bangla dan indon yang menjadi tukang sapu dan buruh di taman berkenaan.
Antara tempat yang nampak menarik ialah satu bangunan ala Turki entah apa namanya. Kami cuma ambik gambar di luar bangunannya kerana nak kena bayar untuk masuk. Di restoren nelayan pulak kami cuma duduk2 di luar melepas lelah. Kemudian sambung jalan melalui laluan pepohon buluh, laluan bunga raya dan laluan bunga kenanga. Kat laluan bunga kenanga bukan main wangi lagi.
Kami kemudian menuju ke masjid putrajaya. Cadangnya nak makan dulu dan solat jumaat sebelum sambung ronda2 di alamanda pulak. Turun saja ke bazar di bawahnya terjumpa pulak bot cruise untuk mengelilingi tasik putrajaya. Punya la ramai arabian nak naik cruise terbaca pulak perkhidmatan ronda tasik dengan menaiki bot cinta sayang. Murah je RM20 untuk orang dewasa dan yang ada kad OKU macam den ni RM10. Paling best naik bot tengah hari tu ialah kami berdua saja dan mestilah ada drebar botnya. Terasa macam menempah satu bot pulak untuk kami berdua saja. Romantikkk... bot tu pusing2 tasik ada la dalam 20 minit gitu.
Selesai naik bot kami makan biskut dan minum sedikit air dahulu kerana bang (azan) jumaat telah kedengaran. Besar sungguh masjid putrajaya. Siap beraircond lagi. Ada skrin2 yang memaparkan muka tok khatib baca khutbah. Hari tu khutbah tentang kafir yang taat kepada pemerintah tidak boleh disakiti, begitulah lebih kurang.
Kemudian ronda2 diteruskan ke alamanda, tempat parking nampak padat nasib baik ada parking oku. Emmm, apa yang menarik ya? Cuma ada banyak shopping complex dalam tu seperti cold storage dan carefour. Kami makan nasik padang kat food court. Sempat jugak masuk shopping beberapa barangan sebelum balik.

Subscribe to:
Posts (Atom)