Hari ahad baru ni kami berdua balik ke rumah nenek mawar di pengkalan balak, masjid tanah, melaka. Kali ini anak pak ngah mawar melangsungkan perkahwinan. Dua beradik sekali iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kami bertolak agak tengah hari dari seremban dan sampai lebih kurang sebelum pukul 1 petang. Time sampai pengantin2 tengah bersiap2 nak berarak masuk. Sepasang hijau sepasang lagi emas. Bukan main meriah tetamu yang hadir. Ada live band entah apa namanya tapi yang pastinya bukan band orang butalah.
Hari tu ada nasi minyak, nasi putih, gulai dagin, sambal ayam, nanas masak lemak, tapai sarimah dan sirap. Mesti la sedap, salah sorang tukang masaknya ialah mak mawar. Makan sambal ayam saja dah boleh agak mak yang masak.
Perarakan masuk pengantin diiringi oleh kompang. Berdentum2 bunyinya. Mula2 biasalah ada majlis bertepung tawar. Selesai bertepung tawar sampailah timenya untuk santapan pengantin. Kameraman2 tak henti2 mengambil gambar.
Selesai makan aku sempat melayan karenah bujang2 nenek yang bertiga tu. Bila tiba waktu zohor aku pun pi solat zohor di surau nenek jemaah. Selesai solat aku pun baring2 dan terlelap. Bila tersedar dah pukul 4 dan setelah salam2 dengan sanak saudara, kami pun balik la ke seremban. Trafik time balik kira ok la, agaknya orang dah puas berjalan masa raya cina hari tu (duit dah abih kot).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment