Kelmarin semasa membaca blog cikgu zakaria (besiwaja.blogspot.com) aku terkejut dengan blognya yang memaklumkan bahawa akaun e-melnya telah diceroboh oleh individu yang tidak dikenali. Lebih malang lagi individu tersebut telah mengarang e-mel palsu kepada rakan2nya menyatakan beliau berada di luar negara, dirompak dan memerlukan bantuan kewangan yang boleh disalurkan melalui satu nombor akaun.
Saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Semasa belajar paper network di universiti dulu ini dipanggil masquerading atau penyamaran. Banyak e-mel spam seperti ini turut saya terima sehingga kini dan saya padam saja tanpa membacanya. Ada sekali terbuka e-mel sedemikian telah mengakibatkan yahoo memblok saya menghantar e-mel beberapa ketika.
Walaupun saya lulusan jurusan sains komputer tetapi saya tak pernah yakin dengan kebolehpercayaan untuk urusan duit secara online. Kad kredit pun hanya guna untuk isi minyak saja dan tak pernah beli tiket online atau barang2 online. Akaun e-mel, no ic, no akaun bank, alamat rumah, no tel, no plate kenderaan tu semua rahsia kita yang perlu kita simpan dan tidak boleh dishare sewenang2nya seperti dipostkan di facebook.
Kalau anda melancong atau ke mana2 meninggalkan rumah untuk satu tempoh yang lama adalah menjadi kepantangan untuk memberitahu bahawa anda akan meninggalkan rumah. Ada orang yang bangga post di wall facebook, "Bestnya esok kami nak pi langkawi satu minggu," atau "Bestnya makan barbeque di pantai cenang malam ni!" Kenapa tak boleh buat demikian? Tahukah anda bahawa bakal penjenayah (mungkin kenalan facebook) yang tahu di mana rumah anda, boleh datang memecah masuk rumah anda dan menyapu bersih harta benda anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment