Wednesday, March 23, 2011

Lama sungguh rasanya tak update blog. Ahhh, agak sibuk dengan satu mesorat di kota bharu sebelum cuti, emak dan ayah datang ke rumah untuk transit sebelum ke klia untuk menaiki penerbangan ke jeddah untuk menunaikan umrah dan menghantar nurain balik ke pendang dari seremban (takut naik kapai terbang sorang2, orang buta pun tak takut naik kapai terbang sorang2, siap boleh bertekak lagi, heh, heh, heh).

Mula2 aku ingin melupakan apa yang aku lihat di luar pagar 'tadika' ppki smk pendeta za'ba hari ini iaitu gerombolan sebilangan kecil bebudak yang datang mengambil result spm dengan rambut yang merah menyala di'dye', menghisap rokok dengan puntung rokok di tangan kanan dan slip keputusan peperiksaan spm di tangan kiri, lantas bangga membawa girlfren di belakang sambil me'ramn' enjin motor cabuknya. Pendidikan selama 12 tahun gagal membentuk satu benda yang dipanggil adab dan apa pun result yang diperolehi walaupun A+ semuanya tidak bernilai satu sen pun pada pendapat aku nih.

Perjalanan untuk mesorat di kelantan hari tu aku pergi dengan air asia. Mawar menghantar aku untuk menaiki flight di lcct pada pagi isnin tu. Untunglah mawar sekolah petang dan dia boleh terus ke sekolah pada waktu petang.

Landing di airport pengkalan chepa aku terus mendapatkan teksi airport, agak mahal jugak iaitu RM27. Dalam perjalanan sempat berbual dengan pemandu teksi yang merupakan seorang polis pencen. Dia agak arif tentang seremban kerana pernah berkhidmat di sini. Hotel crown garden iaitu tempat aku akan bermesorat agak terselindung di belakang hotel juita inn.

Setelah check in, dengan permohonan mendapatkan bilik non-smoking, aku masuk dulu bilik dan belum ada room mate lagi. Bustamam pula tinggal bersebelahan dan memilih Abang Z sebagai room mate yang masih belum tiba. Kerana masih belum ada makan2 aku pun keluar berjalan kaki menyusur Jalan Kebun Sultan untuk makan tengah hari. Memang banyak kedai makan dengan papan tulisan jawi tapi kedai makan cina. Jalan jauh sedikit aku terjumpa pasar raya maidin, pasar pantai timur dan macam kenal je iaitu Pasar Siti Khadijah.

Naik saja atas terus aku makan nasi lauk ayam goreng, lala dan kerabu pelam. Ada ayaq megnet (gas) perisa sarsi. Best betui. Sudah makan jalan balik ke hotel. Tiba saja ke bilik adik aku telefon, jom kita pi minum.

Onn iaitu adik lelaki aku sedang bercuti di kampung isterinya. Bekerja di Sabah, dia balik nak tengok isterinya yang bekerja di smk kemahang, mengajar 'budak2 tadika' macam aku lah jugak. Kami pi minum di satu kedai yang bertentangan dengan pizza hut kalau tak salah aku.

Selesai minum, adik aku bergegas menghantar aku balik ke hotel dengan keta viva isterinya. Hmmm, walaupun kecik tapi saiz viva ni kira ok lah. Jam 2.30 petang taklimat umum mesorat pun bermula di bilik mesorat. Butir2 mesorat takleh cerita lah macam biasa kerana ianya sulit. I can tell you but i have to kill you after i told you.

Esoknya lepas sesi petang mesorat aku ke pasar siti khadijah lagi. Kali ni nak beli khepok. Beli yang keping2 dan berbentuk jejari. Terbeli jugak asam celagi dan serunding daging (sedap, mahal pun tak pa). Kendian aku jalan2 lagi dalam hujan tu sebelum singgah di satu warung untuk makan bihun goreng dan minum milo ais (piau punya manih!).

Selesai mesorat pada hari Khamis, aku dan abang z telah dihantar ke airport oleh Cikgu Helmi. Terima kasih cikgu helmi! Hari tu abang z naik air asia dan pengalaman pahitnya seperti yang tertulis di besiwaja.blogspot.com. Tengah hari tu flight mas lambat (hehhh...) dan aku berpeluang melihat abang z naik kerusi roda dari balik cermin kaca tempat aku menunggu flight mas aku yang terlewat tu. Terkejut jugak tengok dia naik kerusi roda, takut2 dia mengalami kemalangan sebelum naik flight tetapi bila jawapan sms menunjukkan dia ok aku terfaham bahawa beginilah cara air asia membantu oku penglihatan naik flight.

No comments:

Post a Comment