Diam tak diam kita dah melepasi setengah bulan posa. Pelbagai dugaan haus, lapar, menjaga mata, telinga, mulut dan menegah diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa telah kita lalui. Pesta makan dan shopping sungguh meriah, bulan Ramadhan turut memberi peluang orang kita berniaga menambah pendapatan di bulan ini.
Namun demikian, turut dikesali sebilangan peniaga menjual makanan yang rendah kualiti barang jualannya. Aku ada terbeli putu buluh di pasar ramadhan stadium paroi minggu lepas. Malam tu waktu makan time moreh nasib baik aku makan part yang putih saja tetapi malang bagi isteriku termakan di bahagian gula merahnya yang telah pun expired maka sakit perut dan muntah2 dia esoknya. Kesian, dia makan bukan untuk dia sorang saja tetapi juga untuk baby yang dikandung.
Kelmarin pun terkena lagi dengan donut yang digoreng tak cukup masak oleh penjualnya di satu gerai berdekatan masjid kampung pasir putih, labu (tempat budak motor belah belakang kereta aku). Karipap dan murtabak yang dijualnya pun tak sedap. Last2, tong sampah yang kenyang macam kata emakku.
Tujuan aku komen bukanlah nak menghina makanan kerana Rasulullah SAW sendiri pernah dijamu limau masam tetapi baginda tak menceritakan keburukan makanan dijamahnya sehingga orang yang memberi limau itu pergi. Tapi bila makan tak sedap semasa berbuka puasa terasa teraniaya kerana dah la tak sedap, harga makanan itu pulak mahal. Tak ka berdosa tu?
Tentang persiapan raya tahun ni baru beli table runner di pasar larut malam ampangan. RM30 harganya. Meja pun nak raya juga. Baju melayu dan baju isteri untuk raya pulak dah siap 2, 3 bulan yang lalu. Songkok pakai tahun lepas punya, masih elok lagi. Kasut raya nanti nak pi cari di kedai bata, bukan batu-bata tetapi Bata. Beli kasut raya merangkap kasut sukan aku yang dah berlubang2 tu.
Bab kuih raya nanti akan dibuat di rumah mak isteriku. Rajin sungguh depa buat kuih, aku makan kuih tau la. Tahun ni beraya di petaling jaya saja. Nanti raya nanti nak minta isteriku buat ketupat pulut daun palas. Tahun lepas masa beli daun palas di pj masa raya haji budak yang jual daun palas siap bertanya, macam mana buat ketupat ni kak? Orang yang jual daun palas belum tentu tau buat ketupat.
Satu pesanan aku janganlah bermain mercun kerana ia amat merbahaya dan menyusahkan orang lain. Kebengongan beberapa ekor budak sekolah menengah teknik di ampangan yang datang ke tepi pagar sekolah aku ni dan melastik mercun yang dinyalakan ke dalam kawasan sekolah terbalas juga apabila ditangkap polis dan dijelkan dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Takat jel saja takpa, kena bayar RM500 untuk dijamin keluar satu hal yang lain pulak. Duit yang patut digunakan ibu bapa untuk menyediakan keperluan hari raya terpaksa dikorbankan bagi menjamin anak yang dah besar panjang tapi tak cerdik2. Itu tahap lebih sejuta kali lebih bangang daripada budak2 yang aku ajar (mungkin berkali ganda lagi kot?).
Kalau buta mata kena mercun ada chance melanjutkan pelajaran ke SKPK Seremban, SMPK Setapak, SMK St John, SMKV Indahpura atau MAB Brickfields. Harap2 tak jual tisu. Bayangkan pak imam dan makmum tengah sibuk terawih, tiba2 terkejut dengan bunyi letupan mercun. Jangan main2 doa orang teraniaya weh.
Time nak raya ni teringat jugak pada kerepek pisang yang selalu aku order daripada cikgu siti nur shuhada masa berkhidmat di SMPK Setapak dulu. Beli dua bungkus konon nak bawak balik pendang, makan lepas terawih depan tv di rumah sewa dah abih dah semua. He, he, he!
Teringat dulu time bujang2 makan sahur dengan Onn yang akan bangun dulu masak nasik pasai dia suka makan nasik panas2. Sekali tu terbangun lagi 5 minit soq (sahur) nak abih maka kami makanlah nasi minyak kedai mamak lebih berbuka semalam sorang sikit. Lepas Onn kerja di sabah, aku bangun sorang2 bancuh ali kafe satu mug, nestum satu mug. Itulah bekalan tenaga sampai berbuka. Alhamdulillah, bila dah kawin semua dah terurus.
Puasa mendidik kita mengingati akan insan2 lain yang tidak bernasib baik. Budak2 yang aku ajar di blok ni memang kurang bernasib baik. Di kalangan mereka pun ada yang lebih tidak bernasib baik iaitu murid2 dari rumah kebajikan. Ada yang terpaksa tinggal di situ kerana perceraian ibu bapa, ada yang tidak dikehendaki ibu bapa lagi, ada yang terpaksa tinggal di situ kerana perintah mahkamah akibat ibu bapa yang dijel kerana kes dadah dan ada yang dibuang sejak bayi lagi (ya betul, dijumpai dalam tong sampah).
Tapi yang ada mak bapak pun kadang2 nampak lagi malang kerana seperti tak terurus dengan tak mandi pagi, pakaian yang selekeh, gigi kuning tak bergosok, kancing seluar tercabut tak berganti, gatal2 kulit sana-sini sedangkan elaun yang dikeluarkan tiap2 bulan oleh penjaga entah betul atau tidak digunakan untuk anak OKUnya tu.
Bersyukurlah kita walaupun tertekan dengan harga barang yang melambung, harga minyak kereta (petrol) yang tak akan turun lagi, sakit di hati apabila mengetahui sebilangan kecil pemimpin kita bermewah2 membeli barangan berkontena2 bila melakukan lawatan kerja di luar negara, sakit di hati mengetahui duit cukai yang kita bayar tidak digunakan untuk merepair jalan berlubang walaupun dah bertahun2 rosak (lubang kat jalan besar kat pasar ampangan tu tak repair sejak 3 tahun aku service di sini), kita masih boleh berkerja dan beribadat di bumi Malaysia bertuah ini.
Kepada PM yang kita sayangi moga2 hujung tahun ni bagi lagi bonus setengah bulan gaji.
No comments:
Post a Comment