Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Sekarang ni agak panas dan berangin di seremban ni. Time aku menulis ni kebetulan ada sedikit waktu terluang sementara tunggu untuk balik sekolah.
Minggu lepas agak sibuk di permaisuri beach resort, port dickson. Ada majlis tilawah al-quran pendidikan khas peringkat kebangsaan yang berlangsung. Aku jadi ajk statistik untuk pertandingan tersebut. Kerja yang sebenarnya tak payah tetapi menjadi payah apabila beberapa kontinjen yang menyertai pertandingan tersebut tidak memberikan kerjasama yang baik pada peringkat awal iaitu tidak menyerahkan senarai peserta yang lengkap kepada ajk buku pertandingan.
Rupanya tidak banyak beza orang yang hantar senarai nama peserta untuk kejohanan peringkat daerah dan kejohanan peringkat kebangsaan. Orang macam ni kalau handle hantar nama peserta untuk peringkat antarabangsa silap2 peserta tak boleh bertanding bila sampai masa pertandingan. Heh!
Akibatnya, setelah selesai mesyuarat ketua2 kontinjen pada jam 10 malam maka bermulalah kerja aku mengisi tempat2 kosong dalam borang statistik yang aku buat lebih awal. Huh, sampai pukui 4 pagi. Itu pun aku isi untuk pertandingan sebelah pagi 27 hb. Bila dah balik banglo atas puncak desir angin, aku terus terlena. Kesian isteri aku tidur sorang2 kat rumah. Yang lagi kesian ajk teknikal pertandingan yang dengaq ceritanya pukui 5 pagi baru naik.
Bila bangun pagi setelah mandi, solat dan breakfast terus ke bilik urus setia/hakim. Rupanya ajk teknikal pertandingan dah tulis arahan2 untuk pengacara bilik2 pertandingan untuk pertandingan pagi tu di papan putih. Walaupun kalut pada awalnya, setelah bertungkus-lumus isi 'lompong2' pada borang2 pertandingan semalam, hari ni agak rilek la sikit.
Duduk dalam bilik urus setia/hakim, memberi peluang aku melihat macam2 'peel' manusia. Ada yang datang dengan kain pelikat dan singlet, ada tak putar tombol sampai habis dan rempuh pintu, ada yang sesat, ada yang datang minta hadiah yang terlupa ambil, ada yang songlap gula2 atas meja, ada yang songlap tag nama pun ada.
Time mtaq ni jugak aku berpeluang berjumpa dengan kawan2 lama dan bekas murid dari smpk setapak. Aku sempat makan semeja (breakfast) pada pagi rabu dengan ustaz zamani, cikgu mazdi serta murid yang diiringi mereka. Murid2 buta aku kagum sampai bila2 kerana dengaq suara kita, nama cikgu tak pernah dia lupa akan kita. Bebudak ld? Heh, heh, heh, lain kali la cerita.
Pada malam Khamis pulak ada jamuan negeri. Sungguh grand orang Negeri Sembilan buat program, ada pachek, kompang dan gimik hidangan makan malam oleh chef hotel. Kerana turun agak lambat malam tu, iaitu sampai sama dengan ketibaan dif-dif kehormat, maka abih la seat di meja yang duduk makan berhidang tu. Sebenarnya bukan habih pun tetapi biasa la, bila tak ada orang yang atur duduk tetamu yang tiba dengan betul ada la meja duduk 7, ada yang penuh, ada yang tak buat kerja apa2 pun tiba2 cuih duduk penuh meja.
Maka bersembang la aku dengan cikgu azean, cikgu roslan (yang sibuk dengan kamera barunya) dan cikgu khairul di tepi khemah dan belakang pentas persembahan. Sempat la layan beberapa persembahan nasyid dan bacaan Al-Quran sambil melihat betapa sedapnya tetamu yang datang makan.
Kecewa dan ingin terus balik ke rumah, tiba2 tekak terasa haus. Berjalan la aku pelan2 pi ke kafe tempat urus setia makan. Wah, rupa2nya ada juga dihidangkan makanan kat situ untuk pachik2, pemain2 kompang dan polis2. Maka aku pun telefon la cikgu azean ajak makan. Baru aku start makan maka berbondong2lah kawan2 aku datang makan. Walaupun tak sama lauk seperti yang makan di khemah utama, makanan kuli pun jadilah.
Nasib baik la ada orang cari ayaq...
No comments:
Post a Comment