Saturday, March 24, 2012

Celoteh pagi sabtu

Pagi sabtu ni (24 mac 2012) seperti kebanyakkan sekolah di seluruh negara, sekolah aku mengadakan mesyuarat pibg dan juga hari anugerah cemerlang. Hari ni penjaga2 dan cikgu2 bermesyuawarah bagaimana untuk menambahbaik pendidikan2 anak2. Yang rajin pulak hari ni la nak menerima penghargaannya.


Tahun ni aku kena jadi ajk susun kerusi meja, tapi orang bawahan saja la. Kat sini bebudak dikerah mengangkat dan menyusun semuanya. Ahhh, terbayang kat setapak dulu berhempas-pulas buat montage (powerpoint) dan jugak jadi kameraman, la ni tak mau dah buat kerja2 tu lagi. Ha, ha ha!


Tahniah kepada bekas anak murid aku di smpk setapak yang mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM baru2 ini. Hanson, razlan dan tan ee beng memang murid2 yang tekun. Kalau razlan tu memang selalu bertanya soalan2 yang di luar kurikulum yang mencabar pengetahuan cikgu2 yang mengajar. Moga2 bila masuk U nanti akan menimba ilmu dan mencari jawapan kepada soalan2 nya tu.


Minggu ni start hari isnin hingga hari khamis (19-22 mac) aku mesorat di hotel putra, kl. Di situ bersama2 pakya, cikgu yusuf dan cik hazrina kami membuat ds dan modul untuk salah satu subjek murid masalah penglihatan sekolah rendah. Bestnya hotel putra ni wifi dia free dan senang nak cari lokasinya kalau kita dari sg besi (u turn di bulatan pahang). Spoilnya satu saja iaitu kejap2 bunyi ambulan, maklum la dekat dengan ijn, hospital kl, hospital columbia kalau tak salah. Hospital pusrawi pulak memang sebelahnya.


Mesorat akan datang kononnya di langkawi. Tak mau pi lah jauh2. Entahlah, kalau tak peluk hanan sehari tak sah. Kalau ada tiket flight tak tau la. Ha, ha, ha!


Sebut pasai hanan, Alhamdulillah dia dah enam bulan dah usia dia. Dah gelak besar dan mula nak mengiring dah. Pagi2 pukui 5 pagi dah bangun nak sama2 bersiap pi sekolah. Waktu aku berulang-alik kalau mesyuarat kat kl, malam2 pukui 11 atau 12 tu masa aku sampai rumah selalunya dia akan bangun menyambut abahnya balik. Kadang2 dia teman tengok aku tengok berita tengah malam, khusyuk macam paham apa tv tu cakap.


Minggu cuti sekolah dan minggu ni jugak banyak duit aku keluar untuk merepair kereta wira aku tu. Mula2 tukaq eksober depan yang punah kerana kualiti jalan raya yang amat baik di seremban-labu tu. Pastu pasang tinted, dulu masa mula2 beli memang tak bertinted. Kesian anak kena panas, abah ada duit sikit, pasang la tinted. Lepas pasang tinted, servis major pulak, ye lah last servis bulan 9, tahun lepas. Budak kedai servis tu kata, "Bang, taya keto ni dah nak botak semuo ni. Yang belakang ni makan dalam (botak sebelah dalam). Tak nak tuka ko?" Den jawab, "Nanti kalau ado naik gaji hujung bulan depan boleh la." Budak tu tambah lagi, "Murah yo, promosi tayar kumho 180 sebiji." Den jawab laei, "Kalau mughah camno pun kalau duit takdo, tak dayo do den." Lepas tu kami sama2 gelak, ha, ha, ha!

No comments:

Post a Comment