Sunday, April 15, 2012

Jadi di mana kami oku nak parking?

Tengah hari sabtu kelmarin kami ke nilai 3. Mencari tudung (untuk matching baju kenduri cukur jambul hanan) dan balang putih (untuk isi kuih tempeyek nenek kenduri nanti). Tudung jumpa tetapi balang telah melambung harga ke rm2.50(tak jadi beli), tipu sungguh kerana hari ni (ahad) adik ipar aku telah beli balang yang sama jenis pada harga rm1.50 di kedai plastik yang lain (bukan di nilai 3). Jadi jangan tertipu kalau orang kata harga barang di nilai 3 lebih murah daripada tempat lain. Ada sekali tu beli kain langsir hari ini rm7.50, nak beli pulak di kedai yang sama pada minggu depan harga dah naik rm15.00.

Biarlah peniaga dengan kerakusan mengaut keuntungannya. Yang aku kesalkan ialah kerakusan peniaga menyapu tempat parking oku. Adakah patut diletakkan tong sampah di tempat parking oku? Nak saja aku langgar tong sampah tu tapi nanti jahanam pulak kereta aku.

Tempat parking pun habih disapu oleh lori2 dan warung2 penjual makanan. Nasib baik la kelmarin tempat parking ada banyak pasai gaji belum masuk lagi.

Jadi orang2 majlis perbandaran nilai tolong la buat kerja anda.

No comments:

Post a Comment