Thursday, June 7, 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan
Pada malam 22 Mei 2012 bertempat di padang majlis perbandaran seremban, aku dan mawar telah menghadiri majlis sambutan hari guru peringkat negeri. Sungguh gah sambutan malam itu dengan ribuan jemputan yang terdiri daripada guru-guru (dan pembantu makmal, pembantu pengurusan murid, pembantu am rendah, kerani yang menggantikan cikgu2 tak mau pi untuk melengkapkan kuota jemputan sekolah) seluruh negeri sembilan.
Pukul 7 petang tu kami terlebih dulu menghantar hanan ke rumah wannya di senawang. Mawar bawa exora manakala aku menunggang awan guling tayar duaku yang dah 8 tahun setia berkhidmat bertemu di rumah wan di senawang. Cakap tentang awan guling aku tu, dia tak pernah menyusahkan tuannya, tak start sebulan pun kalau tarik saja choke, tekan elektrik starter maka hidup la dia. Cuma kadang2 mati tengah jalan apabila tuannya lupa nak isi petrol. Ha ha ha!
Lepas solat maghrib kami pun menuju ke padang mps dengan menaik awan guling tayar dua. Lalu ikut jalan carefour rahang, laluan agak sibuk juga mulai nak tiba di geogrian green (padang sekolah cerita lagenda budak setan). Parking motor agak mudah didapati di tepi parkson tu.
Sempat lagi pi tandas dalam parkson dan minum ribena kat kedai mamak tu dulu sebelum masuk majlis. Tiba kat khemah dalam jam 8.30 malam, ramai cikgu-cikgi (ppm, par,
kerani, pembantu makmal) dah duduk di meja masing2. Riuh-rendah mengalahkan burung cak2 nak tidur di ranting2 pokok. Kami berdua kemudian berpecah ke meja sekolah masing2.
Setelah duduk di meja bersama cikgu2 sekolah aku maka yab mb negeri sembilan yang senang dipanggil tok mat oleh rakyat jelata pun tibalah ke majlis tempat seperti tentatifnya iaitu 8.40 malam. Beliau diarak masuk dengan syair dan kompang siap dengan bunga2 manggar dan pachek. Ada juga budak2 sekolah yang memegang bendera malaysia di bahagian depan pentas yang menyorak kegembiraan semasa perarakan masuk.
Maka selepas bacaan doa pembuka majlis, semua yang hadir pun bersantaplah dengan hiburan yang disampaikan oleh pelajar2 sekolah, adira ombak rindu dan jamal ubaidullah. Makanan malam tu nasi putih, gulai kambing, ikan kembung masak cabai, ayam goreng, papaya, sambal gesek, ulam2an dan sirap merah kurang gula.
Hiburan yang dipersembahkan malam itu aku rasa dah over run masa yang sepatutnya kerana tamat 10 malam. Habih makan aku tengok ramai yang dah berangkat balik. Istilah yang sesuai ikut budak2 khas aku ialah kurang asam, ha ha ha!
Bagi menghormati tuan rumah, aku mendengar juga ucapan tuan pengarah dan yab mb. Tatkala masa mb nak berucap, masa dah time iaitu 10.28 malam sedangkan majlis patut tamat 10.30 malam. Meja cikgu2 sekolah aku dah lama clear, tinggal pk koko dan sorang dua cikgu yang masih setia. Aku pun bergerak ke meja makan sekolah mawar.
Kat sini aku kongsikan sikit beberapa kerat ucapan mb yang aku masih ingat malam tu.
"Saya ingin meluahkan rasa kecil hati apabila ada pihak yang mempersoalkan kenapa kita harus buang duit untuk meraikan hari guru...Perbelanjaan yang digunakan untuk malam ini satu sen pun kita tidak menggunakan duit kerajaan negeri... Tiada paksaan kepada sesiapa untuk datang pada malam ini. Kalau tak nak datang jangan datang. Kita bukan hidup pada zaman penjajahan jepun, kalau tak nak datang kena pancung kepala... Sebesar mana pun majlis yang kita buat untuk menghargai guru sebenarnya ia tidak lebih dari setitis air di lautan yang luas jika nak dibandingkan dengan jasa guru. Kalau ada pihak ingin memperlekeh keikhlasan kerajaan negeri untuk mengadakan majlis seperti ini biarkanlah, Insya Allah tahun depan kita
akan adakan majlis lebih besar dari ini."
Ketika aku nak meninggalkan majlis (yang belum tamat) bersama mawar, jam dah dekat 10.50 malam. Sampai di rumah wan dekat 11.30 malam, hanan yang baru terlena telah terjaga dan terlena semula dipeluk mawar dalam kereta. Motor tinggal dulu di rumah wan. Masa bawa keta pun bawa slow saja kerana dah mengantuk. Sampai rumah dah lepas tengah malam.
Kalau tunggu lagi sampai majlis habih mungkin pukul 1.00 pagi baru sampai rumah. Sampai rumah belum boleh tidur lagi, kena siapkan bubur bekal hanan nak bawa pi rumah wan dulu, kemas baju dia, siapkan baju kerja baru boleh tidur. Ye la, esoknya (rabu) kerja bukan cuti.
Berkhidmat di negeri sembilan sebagai guru aku rasa guru2 lebih dihargai. Semasa hari guru ada sms ucapan selamat hari guru dari mb, tapi paling mahal sekali sms ucapan selamat harijadi dari mb. Walaupun mungkin komputer yang buat tetapi itu bermakna negeri sembilan ada kerajaan yang menghargai rakyatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment