Thursday, July 26, 2012

Anak Kampung


 Gambar: abah jangan kacau, hanan nak drive ni.
 
 Gambar: tepi, tepi ni nak drift ni!

 Gambar: laju la keretaku, awek ku dah menunggu...

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain.

Selamat menyambut Ramadhan


Ramadhan di awalnya rahmat, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya kebebasan daripada api neraka. Rasanya masih belum terlambat lagi aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Idea nak post blog banyak tapi awal2 posa ni nak mengarang kekadang tak sempat. Ada saja benda nak diuruskan dan internet 2, 3 hari sekali nak buka pun payah. Hari kedua posa yang cadang nak mengarang blog tak jadi kerja kerana terlena lepas solat subuh dek sejuknya hujan yang turun pagi tu.

Alhamdulillah, sahur pertama tahun ni di rumah mak (pj). Bukan senang nak dapat mula sahur pada hari cuti. Berbuka petang tu pun di rumah mak dikelilingi kemeriahan bujang2 nenek manakala hanan yang sporting lena dulu time kami berbuka. Dah abih makan baru dia bangun.

Tahun ni baju raya tema merah jambu. Awal tahun lagi dah siap potong. Hanan pun ada baju melayunya. Siap dengan sampin dan songkok yang ditempah khas kerana kepalanya masih kecik.

Takat ni (4 ramadhan) belum meround lagi mana2 pasar ramadhan. Tahun lepas beli putu buluh di pasar ramadhan stadium paroi, mawar sakit perut sampai kena bukak posa esoknya. Peniaga2 pasar ramadhan ada yang tak bertanggungjawab jual benda makan yang entah bila dimasaknya.  

Tahun ni juga kali pertama kami adik-beradik berpuasa tanpa abah yang pergi raya posa ketiga tahun lepas. Masa hidupnya, dia sangat menitikberatkan bangun makan soq (sahur), kalau tak soq tak ada tenaga nak posa katanya.
 
Time nak cari baju raya masa kami kecik2 dulu untuk dapat harga murah, dia pernah bawa kami dua keluarga pi pasar baju di bukit kayu hitam. Baju yang nak dibeli ditawar sampai separuh harga pun pekedai akan jual kepada kami kerana beli baju banyak pasang (ye lah dua keluarga). Ada sekali masuk ke bahagian dalam sikit di thailand tu dan semua orang bukak posa (makan siang) kecuali aku. Ha ha ha! Entah apa la rasanya tomyam yang nampak sedap tengah hari tu depa makan ramai2.

Terima kasih juga kepada kerajaan yang mengumumkan bonus setengah bulan gaji petang semalam. Ada la jugak duit nak pusin untuk bayar roadtax keta aku yang akan tamat tengah bulan depan. 

Kenangan masa kecik2


Hari jumaat penghulu segala hari ini (13 julai 2012) menandakan sudah 10 bulan kelahiran anak kami. Pelbagai rintangan telah dihadapi pada awal kelahirannya. Syukur Alhamdulillah semuanya berjaya dihadapi dengan tabah dan sabar.

Masihkah korang ingat detik2 awal kehidupan bermula iaitu mulai sedar akan kehidupan korang di dunia ni? Yang aku ingat mula2 ialah suasana kelam, mungkin dalam perut mak lagi kot masa tu.

Ingatan yang kedua ialah kemudiannya aku rasa macam baring kat atas kerusi row belakang kereta ayah aku waktu malam. Kat tangan ada mainan bas dua tingkat warna merah yang diperbuat daripada material aluminium kalau tak salah dan berbunyi bila aku pusing tayar2 getahnya. Sayup2 terdengar suara abah berkata, “Bas merah, bas merah.” Waktu pulak rasanya waktu malam.

Ingatan yang ketiga ialah ingatan kesakitan tangan kiri tersepit pintu kereta. Yang aku ingat latar belakang ialah macam kedai makanan segera, mungkin KFC atau Mc Dota. Waktunya ialah waktu malam. Mungkin di alor setar. Nampak makcik aku, dan ayah aku tengah marah makcik aku kerana mengakibatkan tangan aku tersepit. Dalam lolongan kesakitan dan tangisan tu aku terlena. Bila tersedar aku nampak mak aku sedang menangis sambil meng’iron’ kain kapas tebal untuk dituam pada tangan aku yang membengkak.

Waktu kecik dan zaman bermain kanak2 yang aku mampu ingat ialah ketika aku tinggal di sebuah pekan kecil bernama kuala nerang di mana ayah aku berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah. Walaupun aku lahir semasa ayah aku berkerja sebagai penolong pentadbir tanah daerah kota setar, aku tak ada ingatan tentangnya walaupun ada satu gambar aku tengah main organ di rumah sewa keluargaku di taman uda alor setar.

Kehidupan dan ingatan kanak2 ku ialah di kuala nerang. Tinggal di kuarters dibuat daripada kayu, tau2 aku dah ada adik perempuan (azlin). Kawasan keliling rumah merupakan kawasan permainan yang ada pokok2 besar. Ada macam2 haiwan yang ayah aku bela. Yang paling aku ingat ialah seekor burung enggang rampasan mergastua yang dibela ayah aku yang dinamakan Daud.

Burung enggang tu sangat manja dan tak pernah menggigit aku. Menemui ajalnya akibat termakan gula2 getah yang dilempar oleh budak2 nakal. Bila dah pandai sikit dalam 4 tahun aku ada kengkawan. Ada sorang budak laki tu pernah kami masuk sama2 dewan orang ramai dekat rumah aku, nyanyi sama2 di mikrofon yang telah di set-up seseorang yang pi minum kat mana entah. Bila dia sampai kembali, lintang-pukang kami lari.

Time di kuala nerang pun aku dah pandai berbasikal. Dari ada dua roda sokongan di tayar belakang sampailah dibuka roda sokongan tu. Kayuh basikal keliling rumah, masuk tempat padang parking pejabat daerah, lintas jalan nasib baik tak kena langgar kereta.

Time umur aku masuk pra sekolah kami dah berpindah ke sungai petani. Tinggal di rumah nombor 2 jalan sungai layar yang bersebelahannya ialah taman jubli perak kalau tak salah. La ni rumah tu dah tak dak, diroboh dan dibina masjid sultan muzaffar syah. Kali ni aku dapat play ground yang lebih besar. Balik saja sekolah lepas makan dah berani pi main kat taman sorang2 dan bila balik lambat dah tentu kena ligan dengan tali pinggang.


Tapi time tu tak ada orang nak menganiaya bebudak macam zaman sekarang ni. La ni jangan kata yang kecik, yang remaja jalan dalam berkumpulan pun boleh ditarik ke dalam kereta untuk diperdagangkan.
Time di sungai petani keluarga aku bertambah dengan Azrul dan Azlina. Kuarters dua tingkat kerajaan yang kami tinggal tu berhantu. Ada dua rumah sepertinya, yang nombor satu di sebelah, rumah besar di depannya dua tingkat tak berpenghuni manakala di belakangnya ada kuarters setingkat yang menjadi tempat aku pi main petang2 lepas sekolah kerana ada member nak bermain di situ.

Rumah nombor dua yang kami tinggal pula seingat aku, kami semua sekeluarga tidur di dalam satu bilik di tingkat bawahnya manakala tingkat atas ada dua wing. Wing kiri sepupu aku, naim yang kerja dengan sapura menumpang dengan kami tinggal di situ manakala wing yang satu lagi pulak ada kakak kerani yang tinggal di situ.

Antara dua wing ada ruang kosong yang agak besar jugak dan di situ band muzik majlis daerah sungai petani berlatih. Kira hujung2 minggu meriah jugak la.

Rumah kuarters yang kami tinggal tu merupakan peninggalan kolonial british, mungkin tempat tinggal pegawai2 british. Lantai tingkat atas diperbuat daripada kayu macam lantai sekolah cikgu shaari dalam cerita masam2 manis. Tiang2 roman rumah pula sebesar pemeluk orang dewasa.

Ia pernah menjadi ibu pejabat pentadbiran tentera jepun semasa zaman penjajahannya ke atas malaya. Tak tau la kot2 dua2 wing kat atas pernah menjadi tempat simpan “comfort women” atau hanya jadi tempat tidur pegawai2 jepun sahaja.

Semasa kanak2 kita dikatakan boleh melihat benda2 halus. Nak percaya payah, tak nak percaya pun payah tapi aku alami sendiri. Yang pertama aku terserempak ialah semasa menaiki tangga rumah tersebut yang di perbuat daripada kayu, aku terjumpa 2 orang yang memakai baju uniform (askar jepun kot) tetapi kedua2 orang itu hanya senyum dan tidak mengapa2kan aku. Bila aku turun nak panggil mak untuk tengok kedua2 orang tersebut dah hilang.

Ada suatu hari aku duduk sorang2 kat ruang tamu di bawah. Mak aku pulak bawa adik2 aku semua mandi kat dalam bilik. Tiba2 melintas onn (azrul) depan aku keluar dari bilik di mana mak sedang mandikan adik2 aku dengan kain batik dan botol susu menuju ke dapur. Aku pun ikut la dia ke dapur takut2 dia nak punggah barang2 kat dapur. Tau2 je dah hilang dia dari pandangan aku. Bila pi ke bilik rupanya onn masih duk mandi dalam bilik air.

Ular senduk pun ada sesat jugak masuk dalam rumah. Pernah sekali tu ular berlingkar bawah sofa dalam bentuk penyangkut baju. Tapi ular tak menyerang dan ia melarikan diri.

Pada zaman kemelesetan ekonomi tahun 1986 kami berpindah ke taman siakap, seberang perai di mana lebih dekat untuk abah berulang-alik dari usm pulau pinang kerana cuti tanpa gaji untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana. Nanti akan disambung pada masa akan datang cerita aku ni.

Saturday, July 7, 2012

Abdul Hanan dah mula merangkak

Alhamdulillah dah merangkak Hanan sekarang ni. Dah mula nak memanjat. Habih satu rumah nak ronda. Dah menuju ke meja komputer (ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?) Kalau dia bising2 cakap sorang2 tu tak pa, kalau diam tu mungkin tengah kutip benda nak makan. Gigi dah dua batang, kalau kena gigit bukan main kuat. Dah boleh suap roti (krimnya tak boleh). Makan pun memilih, dua tiga hari ni tak mau moi (bubur), kalau makan pun bubur ayam mc donalds.

Gambar: Cak!!! Nak panjat bakul.

Gambar: Slow lagi merangkak, nanti tak terkejar ni nanti ni.

Gambar: Tengah mengira bulatan pada katil.

Gambar: Nak jadi pilot ka? Kena siap rm200000 lebih ooo.

Gambar: Sedapnya hisap jari.

Wajah 3 Generasi dan cerita tentang internet

Gambar: Dari kiri Abd Rahman b Ahmad (wan Abdul Hanan), Noor Azlan b Abd Rahman (abah Abdul Hanan) dan Abdul Hanan b Noor Azlan.

Alhamdulillah, akhirnya dah start kuota internet maxis yang baru. Kuota habih atau tidak lebih kurang sama saja kecuali bila dah start kuota baru ni tak ada la sms dan bunyi warning kuota dah abih tu. Hajat hati nak pakai Yes ka, P1 ka tapi belum ada coverage kat galena ni. Celcom dan Digi jangan mimpi la boleh dapat lampu biru, kalau biru pun putus2 kata area rumah aku ni.

Kami start guna maxis dengan kuota rm68 untuk 3.5gb pastu bila kuota dah selalu abih kerana facebook dan main game farmville ambik yang kuota lebih besar dengan bayaran dekat rm100. Sekarang ni pakai yang lite saja rm48 untuk 1.5 gb. Ye lah pelepasan cukai rm500 saja, 48 kali 12 rasanya dah lebih rm500, mana la tau nak beli jiwa pengundi boleh dapat pulak pelepasan rm1000 untuk internet baru la boleh upgrade ke kuota yang lebih besar balik.

Sekarang ni semua nak pakai internet. Dasar kerajaan nak mengonlinekan 90 peratus urusannya telah menerima respon yang pelbagai. Sebagai contoh, sebilangan cikgu2 kat sekolah tak senang duduk, kena isi markah online, elaun murid online, pertukaran online, naik pangkat online dan katanya nanti cuti pun mohon online. Ini mengakibatkan sebilangan kecil yang otai resist kepada perubahan  kerana bagi dia komputer tu hanya guna untuk taip word.

Kalau dulu hari cuti cikgu2 boleh duduk rumah kemas rumah dan masak2 atau jalan2 hujung minggu dan hari2 biasa lepas pukul 9 atau 10 malam dah boleh masuk tidur lena, kini kadang2 tengah malam (suweh betui, orang baru nak romen2 kacau pulak...) pun pegawai jabatan atau pentadbir sekolah telefon atau sms suruh bukak emel, ada opmen baru, kena adjust markah skpm ni bagi tinggi lagi, apasal cikgu tak pindah atau terima cikgu baru posting ke sekolah seolah2 esok dah takdak dah. Kalau berjalan ke mana2 notebook dan broadband wajib bawa sama kot2 tiba2 kena buat kerja.

Aku dengan dasar kerajaan aku tak dak masalah tetapi aku rasa kadang2 pelaksanaan yang tak betul. Ada sekali tu kena pi taklimat tentang satu sistem online yang baru, yang dibuat tengah2 minggu cuti panjang. Buang masa pi sekolah hari sabtu untuk sekolah ganti (untuk dapatkan cuti panjang) kerana kita kena pulak pi kerja masa orang lain dah berjalan jauh entah ke mana2 atau balik kampung. Ayat yang selalu pegawai guna "Cikgu boleh dipanggil bila2 tau." Tapi paling malang aku pi taklimat sistem online hari tu ialah pegawai yang briefing pun macam tak tau apa2 dan sungguh malang tak boleh hands on kerana komputer dan internet pun tak ada. Pelawak Maidin kata "Punggah!!!"

Dengar cerita jawatan cikgu data akan dihapuskan tidak lama lagi kerana akan ada pulak kerani data di sekolah. Harap2 menjadi kenyataan la kerana rugi rasanya jadi cikgu yang kurang mengajar kerana cikgu sepatutnya lebih kepada p&p. Tiba masanya untuk melakukan transformasi dan bukan hanya cakap2 kosong di samping mengadakan mesyuarat2 yang memanggil seramai2 cikgu tetapi sebahagian agendanya ialah meraikan persaraan atau pertukaran pegawai (katanya budget tak dak). Kalau nak merasa persaraan yang meriah pada tahun akhir perkhidmatan minta tukar balik ke sekolah jadi cikgu semula, apa salahnya, tuan/puan dulu pun mula kerja sebagai cikgu, nak pencen pun jadi la cikgu balik. Kalau kat PZ ni Insya Allah ada paluan kompang, budak2 buat konsert, bagi bunga, bagi hadiah penuh satu kereta.

Thursday, July 5, 2012

Baru ada akai (akal)

Semalam berlaku satu kejadian nak dikategorikan lucu pun boleh jugak kot kalau nak dikirakan berlaku di ppki aku ni. Kisahnya ada satu mak budak yang merupakan cikgu sekolah menengah mengajar aliran perdana berhampiran sekolah aku ni datang nak ambik report card anak dia. Hari jumaat minggu lepas semasa perjumpaan 3 penjuru dia tak sempat datang jadi dia datang la pada minggu ini semasa waktu p&p masih berlangsung.
Selepas bersoal-jawab lebih kurang dengan cikgu kelasnya, kira lama jugak la sesi antara cikgu aliran perdana dengan cikgu ppki, maka cikgu tu nak balik la ke sekolah dia. Dalam pada tu sempat juga dia singgah melihat sesi p&p di kelas anak dia yang sedang dikendali oleh Cikgu N.

Cikgu N sedang mengajar murid-muridnya macam mana nak eja ‘kereta.’ “K E ke, R E re, T A ta, kereta” lebih kurang macam tu la lebih kurang ajar Cikgu N. Tiba-tiba emak budak ni masuk, “Cikgu, anak saya ni tak boleh eja perkataan tiga suku kata, susah. Cikgu ajar la yang dua suku kata dulu macam perkataan ‘meja’, M E me, J A ja, meja” sambil mengambil marker dan menulisnya di papan putih.

Merah padam muka Cikgu N kerana diperlakukan begitu di depan murid-muridnya. Jangan katakan pengetua, aku rasa nazir kementerian pun tak pernah tegur cikgu2 semasa p&p berlangsung. Jadi Cikgu N pun jawab, “Macam ni la kak, kalau kak nak ajar dia macam tu kak boleh ambik anak kak ni bawa balik ajar dia kat rumah.”  Jadi mak budak ni pun terus belah balik ke sekolah dia. Tak tau la pulak kalau2 cerita ni dipanjang2kan pulak di sekolah dia.

Pada pendapat aku tak ada salahnya kalau nak menegur tetapi mak budak tersebut harus mengambil kira sensitiviti Cikgu N yang tengah mengajar semasa itu. Mak budak tersebut yang bertugas sebagai guru pun rasanya lebih arif tentang p&p kerana telah lama berkhidmat sebagai guru. Kalau tengah diobserve oleh pengetua atau siapa saja pun rasanya orang yang mengobserve tu pun tak mencelah kecuali satu kes serius di mana cikgu praktikal ajar pjk dihentikan mengajar oleh pensyarah pembimbingnya kerana cikgu praktikal tersebut menyepak hingga tersungkur murid yang mencarut semasa p&pnya sedang berlangsung.

Ada satu kes, cikgu praktikal tengah mengajar dan sedang diobserve pensyarah. Sedang murid-murid melengkapkan lembaran kerja, cikgu praktikal keluar dari kelas dan hisap rokok dulu tepi kelas. Tapi itu kategori boleh dimaafkan la pasai sakit dilanda tekanan jiwa dan kena makan ubat penenang setiap hari. Kesian sungguh. Dalam kes ni pensyarah tersebut hanya marah selepas p&p berakhir.