Thursday, July 26, 2012
Kenangan masa kecik2
Hari jumaat penghulu segala hari ini (13 julai 2012) menandakan sudah 10 bulan kelahiran anak kami. Pelbagai rintangan telah dihadapi pada awal kelahirannya. Syukur Alhamdulillah semuanya berjaya dihadapi dengan tabah dan sabar.
Masihkah korang ingat detik2 awal kehidupan bermula iaitu mulai sedar akan kehidupan korang di dunia ni? Yang aku ingat mula2 ialah suasana kelam, mungkin dalam perut mak lagi kot masa tu.
Ingatan yang kedua ialah kemudiannya aku rasa macam baring kat atas kerusi row belakang kereta ayah aku waktu malam. Kat tangan ada mainan bas dua tingkat warna merah yang diperbuat daripada material aluminium kalau tak salah dan berbunyi bila aku pusing tayar2 getahnya. Sayup2 terdengar suara abah berkata, “Bas merah, bas merah.” Waktu pulak rasanya waktu malam.
Ingatan yang ketiga ialah ingatan kesakitan tangan kiri tersepit pintu kereta. Yang aku ingat latar belakang ialah macam kedai makanan segera, mungkin KFC atau Mc Dota. Waktunya ialah waktu malam. Mungkin di alor setar. Nampak makcik aku, dan ayah aku tengah marah makcik aku kerana mengakibatkan tangan aku tersepit. Dalam lolongan kesakitan dan tangisan tu aku terlena. Bila tersedar aku nampak mak aku sedang menangis sambil meng’iron’ kain kapas tebal untuk dituam pada tangan aku yang membengkak.
Waktu kecik dan zaman bermain kanak2 yang aku mampu ingat ialah ketika aku tinggal di sebuah pekan kecil bernama kuala nerang di mana ayah aku berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah. Walaupun aku lahir semasa ayah aku berkerja sebagai penolong pentadbir tanah daerah kota setar, aku tak ada ingatan tentangnya walaupun ada satu gambar aku tengah main organ di rumah sewa keluargaku di taman uda alor setar.
Kehidupan dan ingatan kanak2 ku ialah di kuala nerang. Tinggal di kuarters dibuat daripada kayu, tau2 aku dah ada adik perempuan (azlin). Kawasan keliling rumah merupakan kawasan permainan yang ada pokok2 besar. Ada macam2 haiwan yang ayah aku bela. Yang paling aku ingat ialah seekor burung enggang rampasan mergastua yang dibela ayah aku yang dinamakan Daud.
Burung enggang tu sangat manja dan tak pernah menggigit aku. Menemui ajalnya akibat termakan gula2 getah yang dilempar oleh budak2 nakal. Bila dah pandai sikit dalam 4 tahun aku ada kengkawan. Ada sorang budak laki tu pernah kami masuk sama2 dewan orang ramai dekat rumah aku, nyanyi sama2 di mikrofon yang telah di set-up seseorang yang pi minum kat mana entah. Bila dia sampai kembali, lintang-pukang kami lari.
Time di kuala nerang pun aku dah pandai berbasikal. Dari ada dua roda sokongan di tayar belakang sampailah dibuka roda sokongan tu. Kayuh basikal keliling rumah, masuk tempat padang parking pejabat daerah, lintas jalan nasib baik tak kena langgar kereta.
Time umur aku masuk pra sekolah kami dah berpindah ke sungai petani. Tinggal di rumah nombor 2 jalan sungai layar yang bersebelahannya ialah taman jubli perak kalau tak salah. La ni rumah tu dah tak dak, diroboh dan dibina masjid sultan muzaffar syah. Kali ni aku dapat play ground yang lebih besar. Balik saja sekolah lepas makan dah berani pi main kat taman sorang2 dan bila balik lambat dah tentu kena ligan dengan tali pinggang.
Tapi time tu tak ada orang nak menganiaya bebudak macam zaman sekarang ni. La ni jangan kata yang kecik, yang remaja jalan dalam berkumpulan pun boleh ditarik ke dalam kereta untuk diperdagangkan.
Time di sungai petani keluarga aku bertambah dengan Azrul dan Azlina. Kuarters dua tingkat kerajaan yang kami tinggal tu berhantu. Ada dua rumah sepertinya, yang nombor satu di sebelah, rumah besar di depannya dua tingkat tak berpenghuni manakala di belakangnya ada kuarters setingkat yang menjadi tempat aku pi main petang2 lepas sekolah kerana ada member nak bermain di situ.
Rumah nombor dua yang kami tinggal pula seingat aku, kami semua sekeluarga tidur di dalam satu bilik di tingkat bawahnya manakala tingkat atas ada dua wing. Wing kiri sepupu aku, naim yang kerja dengan sapura menumpang dengan kami tinggal di situ manakala wing yang satu lagi pulak ada kakak kerani yang tinggal di situ.
Antara dua wing ada ruang kosong yang agak besar jugak dan di situ band muzik majlis daerah sungai petani berlatih. Kira hujung2 minggu meriah jugak la.
Rumah kuarters yang kami tinggal tu merupakan peninggalan kolonial british, mungkin tempat tinggal pegawai2 british. Lantai tingkat atas diperbuat daripada kayu macam lantai sekolah cikgu shaari dalam cerita masam2 manis. Tiang2 roman rumah pula sebesar pemeluk orang dewasa.
Ia pernah menjadi ibu pejabat pentadbiran tentera jepun semasa zaman penjajahannya ke atas malaya. Tak tau la kot2 dua2 wing kat atas pernah menjadi tempat simpan “comfort women” atau hanya jadi tempat tidur pegawai2 jepun sahaja.
Semasa kanak2 kita dikatakan boleh melihat benda2 halus. Nak percaya payah, tak nak percaya pun payah tapi aku alami sendiri. Yang pertama aku terserempak ialah semasa menaiki tangga rumah tersebut yang di perbuat daripada kayu, aku terjumpa 2 orang yang memakai baju uniform (askar jepun kot) tetapi kedua2 orang itu hanya senyum dan tidak mengapa2kan aku. Bila aku turun nak panggil mak untuk tengok kedua2 orang tersebut dah hilang.
Ada suatu hari aku duduk sorang2 kat ruang tamu di bawah. Mak aku pulak bawa adik2 aku semua mandi kat dalam bilik. Tiba2 melintas onn (azrul) depan aku keluar dari bilik di mana mak sedang mandikan adik2 aku dengan kain batik dan botol susu menuju ke dapur. Aku pun ikut la dia ke dapur takut2 dia nak punggah barang2 kat dapur. Tau2 je dah hilang dia dari pandangan aku. Bila pi ke bilik rupanya onn masih duk mandi dalam bilik air.
Ular senduk pun ada sesat jugak masuk dalam rumah. Pernah sekali tu ular berlingkar bawah sofa dalam bentuk penyangkut baju. Tapi ular tak menyerang dan ia melarikan diri.
Pada zaman kemelesetan ekonomi tahun 1986 kami berpindah ke taman siakap, seberang perai di mana lebih dekat untuk abah berulang-alik dari usm pulau pinang kerana cuti tanpa gaji untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana. Nanti akan disambung pada masa akan datang cerita aku ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment