Selepas bersoal-jawab lebih kurang dengan cikgu kelasnya, kira lama jugak la sesi antara cikgu aliran perdana dengan cikgu ppki, maka cikgu tu nak balik la ke sekolah dia. Dalam pada tu sempat juga dia singgah melihat sesi p&p di kelas anak dia yang sedang dikendali oleh Cikgu N.
Cikgu N sedang mengajar murid-muridnya macam mana nak eja ‘kereta.’ “K E ke, R E re, T A ta, kereta” lebih kurang macam tu la lebih kurang ajar Cikgu N. Tiba-tiba emak budak ni masuk, “Cikgu, anak saya ni tak boleh eja perkataan tiga suku kata, susah. Cikgu ajar la yang dua suku kata dulu macam perkataan ‘meja’, M E me, J A ja, meja” sambil mengambil marker dan menulisnya di papan putih.
Merah padam muka Cikgu N kerana diperlakukan begitu di depan murid-muridnya. Jangan katakan pengetua, aku rasa nazir kementerian pun tak pernah tegur cikgu2 semasa p&p berlangsung. Jadi Cikgu N pun jawab, “Macam ni la kak, kalau kak nak ajar dia macam tu kak boleh ambik anak kak ni bawa balik ajar dia kat rumah.” Jadi mak budak ni pun terus belah balik ke sekolah dia. Tak tau la pulak kalau2 cerita ni dipanjang2kan pulak di sekolah dia.
Pada pendapat aku tak ada salahnya kalau nak menegur tetapi mak budak tersebut harus mengambil kira sensitiviti Cikgu N yang tengah mengajar semasa itu. Mak budak tersebut yang bertugas sebagai guru pun rasanya lebih arif tentang p&p kerana telah lama berkhidmat sebagai guru. Kalau tengah diobserve oleh pengetua atau siapa saja pun rasanya orang yang mengobserve tu pun tak mencelah kecuali satu kes serius di mana cikgu praktikal ajar pjk dihentikan mengajar oleh pensyarah pembimbingnya kerana cikgu praktikal tersebut menyepak hingga tersungkur murid yang mencarut semasa p&pnya sedang berlangsung.
Ada satu kes, cikgu praktikal tengah mengajar dan sedang diobserve pensyarah. Sedang murid-murid melengkapkan lembaran kerja, cikgu praktikal keluar dari kelas dan hisap rokok dulu tepi kelas. Tapi itu kategori boleh dimaafkan la pasai sakit dilanda tekanan jiwa dan kena makan ubat penenang setiap hari. Kesian sungguh. Dalam kes ni pensyarah tersebut hanya marah selepas p&p berakhir.
No comments:
Post a Comment