kalau kita tengok dalam beberapa tahun kebelakangan ini didapati banyak pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong ke negara kita yang akhirnya menjadi pelacur. pelancong2 yang menjadi pelacur daripada negara china, indonesia malahan daripada eropah pun ada kerap kali ditangkap oleh pihak berkuasa seperti yang ditunjukkan di dalam media perdana negara kita.
kasihan pulak rasanya pembaca berita terpaksa membaca panjang cerita iaitu, "pelancong asing yang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk menjadi pelacur di ...." dalam berita setiap malam. jadi ada baiknya aku cadangkan kepada dbp untuk mengenalkan istilah baru iaitu 'langcur' iaitu perkahwinan di antara perkataan 'lancong' dan 'lacur'. setakat semakan di web dbp tadi belum ada perkataan tersebut.
maka 'langcur' akan bermaksud orang yang masuk ke sesebuah negara atas visa lawatan sosial tetapi bekerja sebagai pelacur di negara tersebut.
maka kalau istilah aku ni diterima bolehlah pembaca berita kita membaca berita, "Pihak polis telah menahan 15 pelangcur di sebuah pusat hiburan di Taman NST, Seremban pada malam tadi." automatik pendengar berita akan tahu yang ditangkap tu ialah pelancong yang menjadi pelacur.
Thursday, September 27, 2012
Friday, September 21, 2012
Terima kasih dr dan misi unit kecemasan dan wad 8A HTJ!
Petang selasa hari tu hanan batuk lebih kuat daripada biasa. waktu aku ambik dia time balik sekolah petang tu dia siap berguling lagi dalam baby carrier dia sampai aku buka tali pinggang dan riba dia kat sebelah sambil memandu. bahaya sungguh oku yang sorang ni memandu, siap angkat hazard light sambil memandu. bila sampai rumah terus ajak mawar ke klinik untuk check batuk hanan.
Melilau cari klinik pakar dari seremban membawa ke senawang. ada klinik yang tutup, ada yang tengah tar jalan depan kliniknya, ada yang patient penuh hingga malam baru boleh jumpa dr. di senawang yang terdekat ialah hospital salam. bila check di emergency, dr kata kahak banyak, nak kena x-ray, check darah dan nak kena admit wad.
Kami tak masuk wad di situ tetapi terus ke unit kecemasan htj. selepas x-ray di unit kecemasan dr cakap sedangkan budak lahir cukup bulan kena admit wad apatah lagi budak lahir tak cukup bulan macam hanan lagi la kena tahan wad. dr pun tak tau samada kena jangkitan kuman yang macam mana di paru2 hanan samada bakteria, virus ataupun apa2 lagi. kena test dulu.
Maka admit la ke wad 8a maghrib tu. part nangis2 tak payah cakap la. bila masuk wad pulak duduk di bahagian isolasi di mana semua budak2 asyik batuk2 saja. dalam ramai2 tu semua nampak terjelepok tak bermaya. hanan antara yang batuk2 tapi aktif kerabat (panjat) pagar katilnya. untung hanan walaupun batuk tapi tak demam dan makan dan minum normal. dr cuma monitor dan hanan cuma perlu sedut gas untuk orang sakit asma tu.
Dua malam juga hanan dan umi tinggal di wad. aku pun dua malam juga la berulang-alik ke hospital naik awan guling (motor) aku. Alhamdulillah, tengah hari khamis semalam hanan dah dibenarkan keluar hospital. dah lega banyak nampaknya hanan. ubat cuma satu botol saja. salbutamol kot kalau tak silap untuk cairkan kahaknya.
untuk yang ada anak kecik, kurangkan aktiviti luar di kala cuaca tak menentu macam sekarang ni. ujian makmal htj untuk punca sakit hanan masih belum diketahui lagi sehingga hari ni. Insya Allah, tolong doakan anak kami sihat.
Terima kasih sekali lagi dr dan misi unit kecemasan dan wad 8A HTJ!

Tuesday, September 18, 2012
Karnival sukan dan kesenian pendidikan khas n9
Gambar: Pandangan aku sebagai ajk pa system dan buku program karnival permainan.
Gambar: Satu2nya kipas yang ada semasa karnival permainan, itu pun aku punya yang dibawa dari sekolah.
Gambar: Bergambar kenangan di depan banner karnival kesenian.
Terima kasih!!!
Kami sekeluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah datang bertamu di rumah kami bagi meraikan harijadi Abdul Hanan serta jamuan hari raya pada hari Ahad baru2 ini. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri kali ini. Murah rezeki, panjang umur kita buat lagi tahun depan.
Thursday, September 13, 2012
Selamat Harijadi Abdul Hanan bin Noor Azlan bin Abd Rahman bin Ahmad bin Ali bin Ibrahim
Kalau ikut bulan Islam, 15 Syawal yang lalu merupakan harijadi anak kami. Kalau ikut bulan orang putih pula, 13 September merupakan harijadinya yang pertama. Abah dan umi mendoakanmu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga menjadi anak yang soleh, disayangi semua, menyayangi semua dan dirahmati Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)