Petang selasa hari tu hanan batuk lebih kuat daripada biasa. waktu aku ambik dia time balik sekolah petang tu dia siap berguling lagi dalam baby carrier dia sampai aku buka tali pinggang dan riba dia kat sebelah sambil memandu. bahaya sungguh oku yang sorang ni memandu, siap angkat hazard light sambil memandu. bila sampai rumah terus ajak mawar ke klinik untuk check batuk hanan.
Melilau cari klinik pakar dari seremban membawa ke senawang. ada klinik yang tutup, ada yang tengah tar jalan depan kliniknya, ada yang patient penuh hingga malam baru boleh jumpa dr. di senawang yang terdekat ialah hospital salam. bila check di emergency, dr kata kahak banyak, nak kena x-ray, check darah dan nak kena admit wad.
Kami tak masuk wad di situ tetapi terus ke unit kecemasan htj. selepas x-ray di unit kecemasan dr cakap sedangkan budak lahir cukup bulan kena admit wad apatah lagi budak lahir tak cukup bulan macam hanan lagi la kena tahan wad. dr pun tak tau samada kena jangkitan kuman yang macam mana di paru2 hanan samada bakteria, virus ataupun apa2 lagi. kena test dulu.
Maka admit la ke wad 8a maghrib tu. part nangis2 tak payah cakap la. bila masuk wad pulak duduk di bahagian isolasi di mana semua budak2 asyik batuk2 saja. dalam ramai2 tu semua nampak terjelepok tak bermaya. hanan antara yang batuk2 tapi aktif kerabat (panjat) pagar katilnya. untung hanan walaupun batuk tapi tak demam dan makan dan minum normal. dr cuma monitor dan hanan cuma perlu sedut gas untuk orang sakit asma tu.
Dua malam juga hanan dan umi tinggal di wad. aku pun dua malam juga la berulang-alik ke hospital naik awan guling (motor) aku. Alhamdulillah, tengah hari khamis semalam hanan dah dibenarkan keluar hospital. dah lega banyak nampaknya hanan. ubat cuma satu botol saja. salbutamol kot kalau tak silap untuk cairkan kahaknya.
untuk yang ada anak kecik, kurangkan aktiviti luar di kala cuaca tak menentu macam sekarang ni. ujian makmal htj untuk punca sakit hanan masih belum diketahui lagi sehingga hari ni. Insya Allah, tolong doakan anak kami sihat.
Terima kasih sekali lagi dr dan misi unit kecemasan dan wad 8A HTJ!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment