Monday, December 17, 2012
Pak Abu and his friends got the last laugh at us...
Aku percaya kalau tak ramai mesti ada sedikit di kalangan kita yang suka akan filem2 p ramlee macam aku ni. Salah satu filem kegemaran aku ialah pendekar bujang lapuk. Bujang lapuk ada banyak siri dia. Bermula dengan bujang lapuk kemudian ada seniman bujang lapuk, pendekar bujang lapuk, ali baba bujang lapuk, bujang lapuk kembali daaa dan last sekali ialah budak lapuk.
Dalam pendekar bujang lapuk mungkin scene yang paling diingati ialah part pak abu diketawakan satu kelas kerana tidak mengenali huruf yang disuruh baca oleh cikgu ros iaitu huruf ha kecil yang disebutnya sebagai huruf m. Tetapi adakah benar ada huruf ha kecil yang ditulis di papan hitam dalam filem tu?
Bagi yang mengaji Al-Quran kita tahu ada dua jenis huruf ha iaitu pertama huruf ha (besar) yang disebut sebagai huruf jim buta oleh aziz satar dan yang kedua ialah ha (kecil atau simpul) yang konon ada ditulis di papan hitam dan disebut sebagai huruf m oleh pak abu.
Kat bawah ni aku share capture dari filem tu. Sapa2 ada vcd ka dvd boleh check sendiri kalau tak puas hati.
Gambar 1: cikgu ros baru siap tulis kat papan hitam sampai huruf ca. Baris atas ada alif, ba, ta dan sa. Baris bawah ada jim, ha, kho dan ca.
Gambar 2: tengok bbm manila kad belakang cikgu ros yang ada tulis alif sampai pa saja. Tengok turutan huruf baris dua. Jim, ha besar, kho, ca, dal, dzal, ro dan zai. Tak ada huruf ha kecil/simpul dalam baris tu.
Gambar 3: cikgu ros test bujang lapuk baca baris atas. Alif, ba, ta dan sa. Perhatikan baris bawah ada jim, ha, kho dan ca. Tak ada huruf ha kecil/simpul pun.
Gambar 4: kat sinilah produser dan pengarah filem tipu (memperbodohkan) kita. Kalau perasan kita cuma boleh nampak huruf jim dan ha besar saja di papan hitam. Huruf kho dan ca tak masuk dalam sudut yang dirakam kamera. Dan kita turut mentertawakan pak abu yang kononnya tak kenal huruf ha kecil tu.
Kesimpulannya, aku rasa pada akhirnya Pak Abu and his friends (pengarah dan produser) got the last laugh at us kerana berjaya menipu kita untuk mempercayai bahawa huruf terakhir yang tidak kelihatan dalam filem tu dengan memanipulasi sudut rakaman kamera itu adalah ha kecil dan bukannya ca seperti yang ditulis oleh cikgu ros pada awalnya. Sayugia diingatkan bahawa cikgu ros tidak pernah dilihat memadam huruf ca untuk digantikan dengan huruf ha kecil atau menambah huruf2 baru di bawah jim, ha, kho dan ca.
Ha, ha, ha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak juga sebab apabila Ramlee salah jawab, Cikgu Rose perbetulkan. Begitu juga apabila Aziz salah jawab. Namun apabila Sudin salah jawab, Cikgu Rose tidak memperbetulkan terlebih dahulu tetapi bertanya (soalan huruf yang sama) kepada pelajar lain yang overconfident. Apabila didapati jawapan yang diberikan adalah salah, Cikgu Rose memberikan teguran sambil memberikan jawapan yang betul. Saya juga menggunakan kaedah ini bagi mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar.
ReplyDelete