Wednesday, February 13, 2013

Minyak oh minyak...

Sewaktu aku balik pj masa raya cina baru ni aku telah tebus loyalty point yang aku himpun dari dua syarikat minyak yang berbeza. Waktu aku balik aku tebus yang petronas punya iaitu melalui kad mesra. Cara himpun mata dia ialah kalau nak tau setiap kali kita isi minyak, setiap satu ringgit dikira satu point. Kalau isi rm50 kita dapat 50 point. Aku himpun ada la 1332 point. Jadi hari tu masa nak tebus, di pam petrol tu mula2 swipe masuk kad mesra dan lepas lulus aku pun isi la minyak sampai habis 1332 point tu. Dapat la petrol rm13.32.

Sewaktu nak balik ke seremban, aku singgah pulak di petron. Kalau nak tau petron ni loyalty cardnya iaitu smiles turut boleh dihimpun di esso dan mobil. Mula nak tebus 1000 mata untuk rm10 petrol tapi cashier kat kaunter tu cadangkan, "Lebih baik encik tukar 1600 mata untuk rm20 petrol." Jadi aku pun tukar la 1600 mata untuk rm20 petrol. Kalau tak silap, kalau dihimpun sampai 3000 mata boleh tukar kepada rm45 petrol.

Kalau banding antara kedua2 program loyalti tu nampaknya lebih untung kita isi minyak jenama luar berbanding isi minyak jenama negara kita sendiri. Untuk yang pakai bonuslink (isi minyak di shell), kalau kita ada 3000 mata boleh tukar kepada baucer rm30 yang kemudiannya boleh diguna untuk isi minyak shell.

Untuk syarikat minyak caltex dan bhp sememangnya tak ada loyalty card kecuali yang dibuat oleh operator2nya secara individu. Sebagai contoh, caltex depan tanah perkuburan haji mohd said di seremban ni ada sistem kumpul point setiap kali isi minyak iaitu setiap rm 1 bersamaan 1 mata. Bila kumpul sekian jumlah dapat la tukar kepada mug, air mineral, beras, minyak masak dan lain2. Leceh la pulak pagi2 time pi sekolah aku nak u-turn isi minyak kat situ.

Bila dah makin berusia ni aku makin malas nak duduk depan trafik light lama2 samada time pergi atau balik sekolah. Aku selalunya pergi dan balik ikut lebuh raya lekas saja. Biar la keluar duit lebih sikit asalkan hati tak sakit. Bila sampai awal boleh la breakfast dulu sebelum naik perhimpunan pagi. Ahhh, lega minggu ni dua hari saja jadi guru bertugas ppki.   

Selamat menyambut tahun baru cina!

Kepada semua rakan2 berbangsa cina, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina. Terima kasih kepada yang bagi limau. Kepada yang tak sempat bagi limau boleh la bagi angpau dalam bentuk wang kiriman pos kat aku naaa.

Tuesday, February 5, 2013

Berbaju st john di hari rabu






Dulu masa mengaji kpli kat maktab perlis tahun 2004, salah satu benda pelatih2 kena ikut ialah badan beruniform. Kalau masa sekolah menengah rendah dulu aku masuk pertubuhan kadet bersatu malaysia di kolej sultan abdul hamid. Tiap2 petang selasa dan pagi sabtu berkawad la jawabnya. Ada la sekali tu sampai berkawad depan sultan kedah dalam stadium. Majlis apa tah tak ingat dah.
Time aku masuk pkbm dulu tu cuma pakai pakai baju round neck celoreng, seluar hijau uniform sekolah dan kasut hitam. Kalau masuk skuad utama baju uniform askar semua atm bagi. Tapi aku tak la sampai tahap berkawad pakai uniform dengan bawak senapang tu.
Bila mengaji mrsm aku masuk persatuan bulan sabit merah. Kali ni kena la tempah uniform yang lengkap. Pening kepala orang tua time tu bila budak2 mengaji nak pakai benda macam kan? Mana dengan buku, duit makan, baju sukan, itu dan ini. Tapi untung jugak bila aku masuk usm, aku continue dengan pbsm lagi, uniform semua dah ada jadi pakai saja baju tu.
Bila masuk maktab ingat boleh sambung lagi pakai baju pbsm tu tapi bila masuk st john ambulans kena la pulak tempah lagi satu set uniform. Tapi takpa duit elaun kpli ada. Seriusnya latihan st john ambulans kat maktab, sampai tahap nak ambil sijil kecemasannya maktab buat kat pulau langkawi.
Bila posting kat setapak tak ada la pulak badan beruniform yang kena disertai jadi baju st john ambulans tu simpan saja la dalam lemari. Memang ada pengakap dan pandu puteri tapi ada cikgu masing2 yang dah ditetapkan.
Bila tukar ke pz, budak2 pendidikan khas mengikuti aktiviti pengakap. Tak ada la pulak baju pengakap nak pakai (nak beli sayang duit) maka pakai la skaf pengakap dengan baju biasa. Tahun ni bila masuk pengetua baru kena pulak pakai uniform balik hari rabu. Nasib baik baju st john ambulans yang aku tempah maktab dulu elok lagi, pakai baju tu saja la bila hari rabu. Janji pakai baju uniform. Ha ha ha!